NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Sabtu, 30 November 2013

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah

Harian Brunei

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
2013. #sila share.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198 (1) mana2 lelaki yg
memakai pakaian perempuan dan berlagak
menyerupai perempuan atau mana2 perempuan
yg memakai pakaian lelaki dan berlagak
menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa
alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000,
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2)
mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan
berlagak menyerupai perempuan atau mana2
perempuan yg memakai pakaian lelaki dan
berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam
untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236(1)
mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan
sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau
fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau
selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi
penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk
membayar zakat atau fitrah tersebut adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya
sekali.

KHALWAT 196. (1) Mana-mana orang Islam yg
melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana
orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu
denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya sekali. (3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna (a) bersekediaman,
bersekedudukan, berkurung; atau (b)
Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg
mendatangkan syak bahawa mereka sedang
melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan
sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur
syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan
suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan
kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau
meminum atau menghisap apa jua tembakau
ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam
bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000,
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2)
Mana-mana orang yg menjual atau menghidang
ada jua makanan atau tembakau untuk
dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta
di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya sekali. (3) Ceraian (2) hendaklah tidak
dikenakan kepada mana-mana pengamal
perubatan atau mana-mana orang lain yang
menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat
kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya
pesakit itu terjejas. (4) Jika mana-mana orang yg
gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya
sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan
kesalahan tersebut dan telah menyebabkan
kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu
melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa
kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya
dan dia telah mengambil langkah-langkah yang
munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69. (1) Mana-mana orang Islam
yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut
Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak-kehendak
tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan hukuman hadd seperti berikut - (a) jika
dia muhshan, direjam sehingga mati dengan
disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau (b)
jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan
dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam
dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina
dan dibuktikan dengan keterangan selain yang
diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan - (a) jika dia muhshan, disebat
tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi
15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi 3 tahun. (3) Mana-mana
orang bukan Islam yang melakukan zina dengan
seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan
ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-
kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah
berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-
kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama
sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian
(1). (4) Mana-mana orang bukan Islam yang
melakukan zina dengan seseorang Islam dan
dibuktikan dengan keterangan selain daripada
yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang
sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah
ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN
MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan
mukallaf atau belum mencapai umur baligh
melakukan zina dan- (a) dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut
Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak-kehendak
tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan
ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang
difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu
tempoh tidak melebihi 3tahun; atau (b) dibuktikan
dengan keterangan selain daripada yg
diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15
sebatan dan ditahan di mana-mana pusat
pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah
selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Perkongsian dari blogger Suhaili Sahari

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Perintah Kanun Jenayah Syariah (pdf file) bolehlah download secara online. Dikongsikan linknya

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013
http://www.agc.gov.bn/agc1/images/LA...13/BM/B069.pdf

Syariah Penal Code Order 2013
http://www.agc.gov.bn/agc1/images/LA...13/EN/S069.pdf

Bilakah Malaysia akan melaksanakan hukuman Hudud ????. 
Pelaksanaan hudud dapat membenteras jenayah yang semakin berleluasa.
Tahniah dan syabas ..... Kerajaan Berunai. Semoga Allah memberkati

Ajaran Sesat Tuhan Harun

KUANTAN - Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.
   
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JaipP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.
   
Katanya, Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD.
   
"Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.
   
"Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor," kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit.
   
"Harun akan dituduh di bawah beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu Seksyen 162 mengajar ajaran salah, Seksyen 164 mencetak, menerbit, mengedarkan dokumen yang salah, Seksyen 165 memiliki dokumen yang salah dan Seksyen 170 menghina agama Islam.
   
"Pengikutnya pula akan dituduh mengikut Seksyen 186 kerana bersubahat dengan Harun terhadap semua kesalahan itu," katanya.
  
Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka.
   
Difahamkan Harun akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 April depan.  - 

Sumber Sinar Harian 17 April 2013 

Jumaat, 29 November 2013

Keindahan Tasik Maninjau, Sumatera Barat

Hari ketiga lawatan ...... selepas bersarapan di hotel , kami berjalan kaki ke Jam Gadang semata2 untuk bergambar   maklumla dekat .... Selesai bergambar barulah  kami   bergerak ke Tasik Maninjau


Untuk sampai  ke Tasik Maninjau, kami perlu melalui 44 kelok ( corner ) sebelum sampai ke bawah . Jalan yang dilalui agak kecil dengan selekoh yang tajam. Kami memang puji .... pemandu bas yang cukup cekap ketika memandu. Maklum la ... jalannya agak menakutkan.
Subhanallah .... Lihatlah keindahan dan kedamaian Tasik Maninjau, Sumatera Barat
Padi ditanam di lereng bukit , rumah Minangkabau dan Tasik Maninjau.
view yang sangat cantik


Kami dibawa ke
Rumah Kelahiran dan Muzium Prof Buya HAMKA di Tasik Maninjau. Diberi penerangan oleh
 anak saudara Buya Hamka
anak saudara Buya HAMKA

Potret Buya HAMKA


Bergambar bersama anak saudara Buya HAMKA.
Rumah ini sangat cantik dan ia menghadap Tasik Maninjau. 



Jom kita nikmati keindahan Tasik Maninjau yang terbentang luas.


 Kami bermalam di sini ..... udara yang nyaman ditambah pemandangan yang menakjubkan. 
Hari keempat ..... berkemas barang untuk pulang ke tanah air.
kedinginan waktu pagi di Tasik Maninjau 
Bergambar sebelum bergerak pulang meninggalkan Tasik Maninjau.
 Seterusnya kami di bawa ke Kota Gadang , tempat pertukangan tangan perak.


kami dibawa pula melawat Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Sebuah Muzium yang sesuai dilawati untuk mengetahui sejarah dan budaya Minangkabau.

Padang, Bukit Tinggi dan Tasik Maninjau merupakan tempat yang cantik untuk anda kunjungi. Pasti anda tidak akan menyesal datang ke sini. Keistemewaannya adalah mempunyai pemandangan yang cantik, barangan yang murah dan berkualiti , masyarakatnya yang ramah dan berbudi bahasa serta makanan yang enak untuk anda nikmati.

Kali pertama saya datang ke sini  Ogos 2008 dan kali kedua pada 5 - 8 Jun 2010. Ia  sudah lama tapi baru di  publish  dlm blog.

Istano Basa Pagaruyung Bukit Tinggi, Indonesia

Hari ke 2 .... lawatan diteruskan ke banyak tempat , keluar waktu pagi dan balik lewat petang .

Sarapan di The Hills Hotel 
Keluargaku sedang sarapan

Selepas sarapan pagi, kami dibawa ke Pasar Atas dan Jam Gadang untuk membeli belah. Dari hotel jalan kaki 10 minit sahaja ke Pasar Atas.... sangat dekat.

Pakaian Sulam, telekung , kain batik dan kain palekat sangat murah di sini

Boleh borong untuk berniaga bagi yang berminat 
Kami dibawa melawat ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma di Desa Baso


Gambar yang diambil ketika lawatan tahun 2008

Tekun gadis tempatan ini mempelajari sulaman. 

Berhenti sebentar di Tabek Patah untuk melihat proses pembuatan kerepek pisang dan kopi.
Kami diberi minum kopi dan kerepek pisang ....... percuma
Gunung dibelakang Tabek Patah

Kami berhenti makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora



Ruang makan yang terletak diatas kolam ikan dan dikelilingi sawah padi 
Masakan padang .... satu tarikan kepada pelancung
Cukup banyak ikan di dalam kolam ini ...

Bergambar sebagai kenangan

Kami meneruskan perjalanan ke Istano Basa Pagaruyung

Di hadapan pintu masuk ke Istano Basa Pagaruyung
Masa kami datang ia tidak dibuka kepada pelancung kerana ada penambahbaikan.
Seterusnya kami pergi pula ke
Lobang Jepang
Dibina oleh tentera Jepun  dari tahun 1942-1945 oleh penduduk sekitar secara paksa.
Di dalam Lobang Jepang ( Lubang Jepun )
Di dalam terowong ini ada 21 lorong kecil yang digunakan tentera Jepun sbg ruang makan, dapur, penjara, bilik senjata dan bekalan ubatan.
Ia adalah terowong tentera Jepun suatu masa dahulu yang digunakan sebagai pertahanan bawah tanah .
Selesai sudah program lawatan pada hari kedua,  Lawatan hari ketiga  .... dalam entri seterusnya...

Khamis, 28 November 2013

Padang - Bukit Tinggi, Indonesia.

Kali ni saya masukkan entri ...... percutian ke Padang - Bukit Tinggi, Sumatera Barat Indonesia.  Kami datang awal ke LCCT  iaitu 2 jam sebelum penerbangan . Tiba di International Airport Minangkabau Padang , kami disambut oleh pemandu pelancung dan bas terus bergerak ke Bukit Tinggi.

Dalam perjalanan .... kami menyaksikan keindahan panorama Dan Air Terjun Lembah Anai.

Airnya terasa dingin sekali... 
Keindahan senibina bangunan 
Nampak kerosakan pada bangunan kesan gempa bumi

Kami singgah di beberapa buah kedai pakaian . Bukit Tinggi memang terkenal dengan sulaman yang cantik dan halus

Makan tengahari di restoran tempatan
Ini menu makan tengahari di Restoran Pak Datuk .... enak sekali makanan padang
Rumah Minangkabau ...... memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.




Bumbung rumah adat Minangkabau dipanggil Rumah Gadang ( Rumah Besar )

Rumah ini terbakar .... ini sahaja yang tinggal. 
Inilah rumah asal yang kami lawati kali pertama tahun 2008.


Cukup indah dan halus senibinanya .... sayang sekali ia sudah terbakar
Bergambar di rumah ini  tahun 2008
Pokok kelapa .... seperti Keris

Pemandangan yang cukup indah .... unik sistem penanaman padi di sini


 Setelah penat melawat .... kami check in hotel di Bukit Tinggi 

Pemandangan di luar hotel tempat kami menginap

Selepas penat berjalan .... kami merehatkan diri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...