NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Rabu, 4 Disember 2013

Puff Pastry Ayam & Daging



Cuti2 sekolah ni ....teringin nak makan  puff pastry..... saya pun mula  google internet untuk mendapakan idea .... jumpa macam2 resepi . Oleh kerana bahan memang dah ada...... apa  lagi.. terus masuk dapur dan buat inti menggunakan kentang, ayam dan daging... saya adjust sedikit resepi  yang saya dapat dari Amie's Little Kitchan. TQ atas tunjuk cara.  

Oleh kerana saya suka pedas, maka saya tambahkan cili kisar. Saya masukkan sekali ayam dan daging . Ia menjadikan inti puff pastry yang sedapp. .. Berebut2 anak  makan inti.... alamakk takut tak cukup pulak utk puff pastry.

Saya kongsikan resepinya ...

Puff Pastry Ayam & Daging

Bahan - Bahan :

Puff pastry ( Jenama kawan ) 
1 biji telur ayam

Bahan Untuk Inti :

5 biji kentang dipotong kecil2 ( potong dadu )
sedikit ayam dan daging  dicincang ( Nak ayam saja pun boleh )
3 sudu rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 labu bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 cawan air atau lebih 
daun kari
sedikit minyak
garam, gula dan perasa 

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi , kemudian masukkan rempah kari 
  3. Masukkan daging dan masak sebentar , kemudian masukkan ayam , kentang dan daun kari
  4. Masukkan air dan perlahankan api ... masak hingga daging dan kentang empuk
  5. Kemudian masukkan garam, gula dan perasa
  6. Masak hingga kuahnya hampir kering
  7. Boleh diangkat dan ketepikan dahulu
  8. Ambil puff pastry dan potong dua, kelar-kelar satu puff pastry
  9. Letak inti ditengah2 kepingan puff pastry 
  10. Ambil satu lagi puff pastry yang dikelar tadi dan tutupkan inti puff pastry
  11. Ambil hujung garfu dan tekan disekeliling puff pastry supaya ia melekat
  12. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega
  13. Sapukan telur di atas permukaan puff pastry
  14. Bakar dengan suhu 180'c selama 30 minit
  15. Sedia untuk hidangan minum pagi/petang/malam ..... enak di makan ketika panas.
Anak2 umi  boleh cuba resepi  ni ye ...

Inti yang sudah siap

Pastry di potong dua 


Puff Pastry sedia untuk di bakar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...