NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Selasa, 29 April 2014

PROGRAM SIMULASI HAJI 2014

Program       : Simulasi Haji 2014
Tarikh           : 29 April 2014
Masa             : 2.00 pm - 6.00 pm
Tempat         : SMK Sg  Besar
Penceramah : Tn Hj Suhaimi Bin Jalil
                       Penceramah Lembaga Tabung Haji

Panitia Pendidikan Islam bersama Persatuan Agama Islam Dan Bahasa Arab dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji telah berjaya melaksanakan  Program Simulasi Haji. Tahniah kepada murid tingkatan 4 dan 5 yang menyertai program .
Amat beruntung murid2 ini... kerana dpt  mendalami ilmu berkaitan  ibadat haji dari penceramah yang cukup berpengalaman. Tn Hj Suhaimi Bin  Jalil sudah 30 tahun menjadi penceramah haji. Sebagai Mutawif .... setiap tahun beliau dapat pergi ke tanah suci Mekah . Indahnya kerana dapat beribadah di sana.
Sehari sebelum program beberapa orang murid turut membantu menggangkat peralatan kursus haji  dari Tabung Haji Sabak Bernam. 
Menikmati makan tengahari setelah selesai solat zohor berjemaah
Terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu menjayakan program ini.
Ceramah ibadah haji  disampaikan oleh Tn Hj Suhaimi
Khyusuk mendengar ... mudahan mereka  dapat mengingati amalan haji ini 
Penerangan sebelum ibadat tawaf dilakukan
Permulaan untuk tawaf ...
Melakukan 7 pusingan untuk tawaf umrah 
Walaupun panas terik ... mereka sabar mempelajarinya
Wukuf di Arafah ... murid diberi penerangan berkaitannya
Bermalam di Muzdalifah ..... sunat mengutip anak batu
Kami beli batu untuk akurium .... lain kali boleh beli batu kerikil setengah ela... lagi murah. 
Amalan pada 10 Zulhijjah .... melontar di Jamratul Kubra
Tempat untuk melontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Melontar di 3 jamrah untuk 11 Zulhijjah 
Ia pengalaman yang amat bermanfaat buat mereka, makin memahami apa yang telah mereka pelajari

Sabtu, 19 April 2014

Bersatu kita Teguh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (Ahad, 20 Jdl. Akhir 1435H)
Bersatu kita bersatu,
Dengan Setia Berganding Bahu,
Jiwa Teguh Berpadu,
Kita Rumpun Melayu.

Bersatu kerana bangsa atau kerana agama ? Nabi Muhammad SAW berulang kali menyeru kepada setiap orang yang beriman agar tidak berpecah-belah dan diwajibkan kepada kita agar bersatu kepada 'Tali Allah' kerana bersatu padu merupakan perintahnya-Nya di dalam al-Quran. Allah SWT mewajibkan kepada orang-orang beriman agar sentiasa berjamaah dengan guna kalimah i'tisam (اعتصام). Allah menyeru agar setiap mukmin sentiasa bersatu sebagaimana firman-Nya:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".
(QS. Ali Imran :103)
       
PENCERAHAN :
'Tali Allah' atau hablullah (حبل الله) yang dimaksudkan di sini ialah 'perjanjian Allah' sebagaimana yang terdapat di dalam ayat al-Quran yang mafhumnya;
"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia". (QS. Ali Imran:112)
           
Hablullah (حبل الله) dimaksudkan juga sebagai "Al-Quran".  Ia memberi maksud bahawa kekuatan berjamaah tercipta setelah kembali kepada al-Quran, kerana al-Quran memandu ke jalan yang lurus. sebagaimana terdapat dalilnya dari hadis Nabi Muhammad SAW;

اِنَّ هَذَا اَلْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنُ ، مَنْ قَالَ بِهِ صَدَق وَعَمَلَ بِهِ رَشَد ، وَمَنِ اعْتَصَمَ بِهِ هدى اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.

"Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus." Jelas di sini, Allah SWT menyeru agar para hamba-Nya yang beriman sentiasa bersatu dengan berpegang teguh kepada 'Tali Allah'. Maka 'Tali Allah' yang dimaksudkan antaranya ialah;

    (1) “Al-Jamaah” iaitu sebagaimana dapat difahami dari penafsiran Abdullah bin Mas'ud bahawa Hablullah ialah al-Jamaah.  Menunjukkan bahawa berjamaah itu wajib dan berpecah-belah adalah haram.
    (2) “Islam” iaitu sebagai agama Allah yang mana manusia dipersaudarakan oleh Allah dengan agama ini.
    (3) "Al-Quran" kita diseru agar berpegang kepada al-Quran kerana ia menjadi penunjuk jalan yang lurus, cahaya yang terang dan penyelamat kehidupan di dunia dan di akhirat.
    (4) “Sirat al-Mustaqim” (صراط المستقيم) jalan yang lurus. Manusia akan bersatu jika mengikut satu jalan yang lurus.
    (5) “Ikhlas”, sebagaimana yang dijelaskan oleh Abul 'Aliyah rahimahullah  ( بالاخلاص لله وحده ) "Dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah Yang Esa".
    (6) “Perjanjian dan perintah Allah”, sebagaimana dari Qatadah: "Dengan perjanjian dan suruhan-Nya."

Semua pihak perlu kembali semula kepada panduan al-Quran. Tinggalkan maksiat dan kemungkaran, tegakkan keadilan, perjuangkan agama Allah, seru kepada perkara kebaikan dan kehidupan beragama, berlaku baik kepada orang lain  serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman setiap masa. Itulah ciri-ciri umat terbaik.

Nabi tidak pernah menyeru umat Islam bersatu atas dasar kebangsaan, atas dasar Arab atau Quraisynya baginda, tetapi bersatu atas dasar Islam. Kerana pasti kita tidak akan dapat bersatu atas dasar bangsa yang pelbagai ini, sebaliknya Islamlah yang akan menyatukan kita semua.

KESIMPULAN :
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, persoalan yang membelenggu umat Islam masa kini bukanlah hal remeh-temeh tetapi persoalan utama mereka ialah masih belum dapat menerima syariat Islam sepenuhnya, lemahnya akidah, rosaknya akhlak, terabainya solat, banyaknya rasuah dan maksiat, lemahnya pentadbiran dan pelbagai lagi. Hal ini berpunca daripada mereka tidak mahu menggunakan akal fikiran, hilangnya penghayatan kepada Rukun Iman, Islam dan Rukun Ihsan serta terputusnya 'Tali Allah'
Wallahu a'lam - Cuit-cuit Ust Kay.

Sabtu, 12 April 2014

Percutian Ke Medan

Percutian ke Medan selama 4 hari 3 malam ....
 Day 1 
Tiba di airport baru  Medan .... Kualanamu International Airport
Taman bunga menyambut kehadiran tetamu .. view yang cantik
Salah satu tempat bersejarah di Medan yang pasti akan dilawati oleh pengunjung iaitu Istana Maimon Medan , Sumatera Utara. Istana yang megah dan memiliki nilai sejarah yang cukup tinggi . Istana Maimon merupakan istana peninggalan Kerajaan Deli yang dipimpin Sultan Al Rasyid Perkasa Alamsyah pada tahun 1973.
                              

 
Senibina yang indah yang memadukan unsur-unsur warisan kebudayaan Melayu, dengan gaya Islam, Sepanyol, India dan Itali.
Singgahsana Diraja ...
Banyak barang peninggalan Kerajaan Deli seperti foto, pakaian Diraja, alat senjata dipamerkan.
Rombongan anakku ke Medan 4D3N ... 27-30 Mac 2014
Pelawat boleh memakai pakaian Diraja dengan harga RP10,000. 
Di Medan pun ada persembahan ghazal di Istana Maimon... pakaian mereka pun sama seperti orang2 Malaysia. 
Pemandangan Istana Maimon dari hadapan
Salah satu tempat persinggahan  ... makan durian di Berastagi. Durian ada 4 rasa ... masam , manis, pahit dan .... lupa la. Peminat durian pastinya suka acara makan2 nie. Anakku.... duduk dalam bas sebab tak suka makan durian....  baunya pun dia tak suka. Durian sedap ... ada juga yang tak suka...rugi2.
Masjid Al-Kamal di Berastagi
Berastagi Hills adalah tempat sejuk seperti di Cameron Highland... banyak buah-buahan, bunga, sayuran dan pakaian yang dijual di sini. Perjalanan dari Medan ke Berastagi mengambil masa
 selama 3 jam
Kakak yang seorang nie( ahli rombongan ) siap buat promosi jual buah-buahan ...



Ada buah-buahan yang tak pernah jumpa pun kat Malaysia nie...

Jika nak beli souvenier ... kat Berastagi nie harga okey berbanding di Medan. 
Cantikkan ...
Suasana waktu petang di Berastagi Hills ... sejuk tau

Sama seperti di Cameron ... banyak jualan bunga .
Datang ke Medan ... berhati-hati memilih tempat makan dan pastikan halal. Daging anjing dan daging babi di jual bersebelahan dengan kedai makan orang Islam... 
Menginap di Hotel Sinabung Hills ...4*.  . Hotel yang cantik dan view menarik ... memang puas hati mereka menginap di sini. Internet pun ada bagi pengunjung yang nak on line..
View di Sinabung Hills
View di belakang hotel... Masing2 dok possing kat belakang hotel yang cantik nie
View di hadapan Hotel Sinabung Hills
Amboiii cantiknya bilik ....
Day 2
Keesokan harinya ... perjalanan di teruskan ke Istana Raja kaum Batak. 
Istana raja kaum Batak ... yang berkahwin dan mempunyai 12 orang isteri.
Tanah perkuburan kaum Batak
Ukiran dinding oleh kaum Batak.
Perjalanan dari Berastagi menuju jeti Danau Toba  memakan masa hampir 3 jam, membuatkan ramai yang pening, mabuk dan muntah-muntah kerana jalan yang sempit, curam dan berliku-liku. Rasa terseksa nak sampai ke sini .... tapi berbaloi melihat keindahan dan kecantikan Danau Toba... Bestnyaa Akhirnya ... sampai jua ke jeti Danau Toba. 
Menaiki feri ... menyeberang ke Pulau Samosir
Pemandangan  Danau Toba... Danau Toba merupakan danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau vulkanik iaitu Pulau Samosir .
Perjalanan ke pulau Samosir memakan masa 45 minit .
Ada penghibur cilik di atas feri ... lepas tu boleh beri sedikit wang bukannya gratis ya
Singgah sebentar di  Horas ..... jalan-jalan membeli belah dan banyak kedai jualan kat sini
Selesai membeli belah di  Horas , menaiki bot semula meneruskan perjalanan 
Alhamdulillah ... dah sampai di jeti Pulau Samosir
Kedai jualan di jeti Pulau Samosir ... nak shopping , boleh je 
 Hutasiallagan menempatkan rumah2 kaum Batak , ia merupakan tempat lawatan di Pulau Samosir
Unik..kerusi batu yang digunakan oleh Raja2 Kaum Batak mengadakan mesyuarat
Menaiki feri menuju ke Toledo Inn
Subhanallah .... cantik ciptaan Ilahi
Menginap di Toledo Inn
Wellcome to Toledo Inn
Subhanallah ... 
Menunggu hidangan makan malam .. Perjalanan menggunakan pakej lebih mudah kerana  makan minum , transport serta penginapan sudah termasuk sekali. ..tak payah pening2 fikir. Malah kita dapat mengetahui maklumat tempat lawatan dan sejarahnya dari pemandu pelancung. 
Persembahan tarian mangkuk sewaktu dinner ... ada 4 mangkuk yang pecah ketika persembahan.

Day 3
Check out hotel dan meneruskan lawatan ..

Bergambar di Toledo Inn sebelum menaiki feri
Berangkat pulang ke Medan
Singgah di Masjid Raya Medan... menunaikan solat jamak zohor dan asar.
Masjid Al Mashun Medan atau lebih dikenali dengan Masjid Raya Medan merupakan masjid yang bersejarah di Indonesia. Ia didirikan tahun 1906 dan selesai pembinaannya tahun 1909....
Inilah warisan Kerajaan Melayu Deli
 
Masjid ini berbentuk segi lapan dan memiliki sayap di bahagian selatan, timur, utara dan barat.
Check in di Polonia Hotel

cantik ..

Day 4

Berangkat pulang ..

Singgah shopping

Pendapat kakakku ..... Medan cantik untuk dilawati tapi ia tidak sesuai untuk pemborong sepertinya. Pergilah ke Bandung atau Padang Bukit Tinggi jika ingin memborong pakaian.

Mengemaskan barang2 sebelum drop bagasi ....

Selamat tinggal Medan... 
Tiba di LCCT, bagasi tiada. Apalagi ... masam la muka anakku, semua barang yang dibeli ada di dalam tu.
Terus buat laporan .... 2 hari selepas tu Airasia menghantar semula beg yang tertinggal di Medan.
Syukur Alhamdulillah .
Tahniah buatmu duhai anakku ... Hadiah pencapaian dalam akademik. Gembira sangat dirimu mendapat hadiah ini...
Terima kasih buat penaja ... kakakku Masiah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...