Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 28 November 2014

On The Way To Pass A Way

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 5 Safar  1436H. ON THE WAY TO PASS A WAY !

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "Siapakah yang dapat menyembuhkan. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Tuhanmu lah pada hari itu kamu dikembalikan." (QS. Al-Qiyamah : 26-30)

PENCERAHAN :
Ust. Kay sebenarnya tersentuh apabila mendapat bahan 'viral' di WhatsApp, sepasang warga emas telah ditetak apabila berlaku rompakan di rumahnya. Mutakhir ini, banyak kes-kes seperti ini berlaku di negara kita sama ada sehingga melibatkan kematian atau cedera parah.

Ia juga berkaitan kematian mengejut selain kematian akibat strok sakit jantung, darah tinggi dan kemalangan jalanraya yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Alangkah moleknya sekiranya kita dapat melakukan persedian sebelum menghadapi kematian. Antara amalan yang boleh kita lakukan sebelum ajal menjelang tiba bila-bila masa ialah :

1) Bertaubat dan Beristighfar Setiap Hari.
Baginda Rasulullah SAW sendiri walaupun seorang nabi yang maksum (terpelihara dari dosa kecil mahupun dosa besar) tetap beristigfar lebih 70 kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah. Firman Allah SWT  :

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُون

“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar).” (QS. Al-Anfal : 33)

2) Khusyuk Dalam Solat.
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardhu sesuatu. Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardhu. Demikianlah keadaan amalan lain." (HR : At-Tirmidzi)

3) Melunaskan Semua Hutang-piutang.
Bila mana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati.

"Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (HR : At-Tarmidzi)

4) Banyakkan Sedekah Jariah.
Amalan mewaqafkan harta pada jalan Allah SWT adalah termasuk sedekah jariah. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka pewakaf akan mendapat pahala yang berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia meninggal dunia.

Di sini Ust. Kay ingin merakamkan  jazakumullahu khairan kathiran kepada mereka yang telah menyumbangkan dana untuk Pembinaan Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran yang Ust. Kay usahakan.

5) Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat.
Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan kebaikan, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan kejahatan, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun." (HR : Muslim)

6) Pastikan Anak Sentiasa Mendoakan Kita.
Doa seperti :

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. "

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dan menjagaku sejak kecil dahulu."

Di dalam syurga nanti, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah SWT lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”. Allah SWT menjawab : “Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (HR : Ahmad - Kitab Mustika Hadis)

7) 'Kosong-kosong' Kepada Semua Orang.
Kita hendaklah mendapatkan kemaafan daripada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan kesalahan dan dosa. Sekiranya berkaitan wang ringgit ataupun harta-benda, hendaklah kita pulangkan semula atau kita gantikan dengan senilai dengannya.

(ANDA TERLEPAS CUIT-CUIT UST. KAY YANG LALU? JANGAN BIMBANG... DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S DI KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH NEGARA)

KESIMPULAN :
Sediakan payung sebelum hujan, check tekanan darah selalu sebelum kena darah tinggi, sediakan amalan sebelum kematian dan sediakan RM 25.00 sebelum dapat buku CCUK Hehehehe... Wallahu a'lam - Maafkan segala kesalahan Ust. Kay selama ini. Tekanan darah Ust. Kay sepanjang minggu ini, 131/100. Bersedialah untuk tidak dapat membaca CCUK setiap hari lagi selepas ini... doakan kesihatan Ust. Kay ye ! Ukay's (UST. HJ. KAMIL SIDEK)

Ahad, 23 November 2014

Laba @ Bala

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 30 Muharram 1436H. LABA @ BALA

Tak ada orang yang tak suka laba dan tak ada orang yang suka dapat bala. Laba ialah keuntungan atau kebaikan yang diperolehi daripada sesuatu pihak atau pekerjaan. Manakala bala pula ialah suatu bencana atau keburukan yang ditimpakan oleh Allah SWT kepada seseorang atau kepada sesuatu kaum.

PENCERAHAN :
Memang kedua-duanya mempunyai perbezaan yang jauh. Tetapi kedua-duanya juga mempunyai persamaan yang dekat, iaitu kedua-duanya adalah ujian daripada Allah SWT:

(1)
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

"... Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang beriman." (QS Ar-Rum : 37)

(2)
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (QS Al-Baqarah : 214 )

Sama ada kita menerima laba ataupun bala, kedua-duanya menuntut kita agar bersyukur dan bersabar bila menghadapinya. Sabda Rasulullah SAW :

عَجَبًا لأمرِ المؤمنِ إِنَّ أمْرَه كُلَّهُ لهُ خَيرٌ وليسَ ذلكَ لأحَدٍ إلا للمُؤْمنِ إِنْ أصَابتهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فكانتْ خَيرًا لهُ وإنْ أصَابتهُ ضَرَّاءُ صَبرَ فكانتْ خَيرًا لهُ

"Pelik urusan orang Mu’min, kerana semua urusannya baik, semuanya kerana ia seorang yang mu’min, sekiranya ia menerima ni’mat atau kebaikan maka ia bersyukur, manakala jika ia ditimpa musibah atau kesusahan ia bersabar, dana itulah yang terbaik untuknya." (HR : Muslim)

DATANG BALA KERANA DOSA-DOSA MANUSIA

فَكُلّاً أَخَذْنَا بِذَنبِهِ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِباً وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri" (QS Al-Ankabut : 40)

KESIMPULAN :
Laba jangan hanya dipandang pada wang ringgit atau harta yang bertambah sahaja, dikurniakan isteri yang solehah dan anak-anak yang baik dan bijak adalah juga laba @ keuntungan yang besar pada seseorang. Begitu juga bala, jangan hanya dipandang pada banjir besar, gempa bumi yang dahsyat atau angin taufan dan sebagainya. Tetapi kos sara hidup yang semakin menghimpit, berleluasanya maksiat dan berkurangnya orang yang soleh dalam sesebuah negeri atau negara juga merupakan satu bala sebenarnya. Wallahu a'lam - Teringat pernah Ust. Kay berforum bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Ukay's (SYEIKH HJ. KAMIL AL-JAWI AL-JERAMI)

Sabtu, 22 November 2014

Dugaan Dan Cabaran

Memandu sendiri ke KL untuk menghadiri mesyuarat di Regency Hotel  .... Bukan mudah tau , dah la jauh , jalan jem pulak tu .... tapi ... alhamdulillah ada gps ... boleh tunjuk jalan ke sana. Hampir 2 jam perjalanan .... barulah sampai ke sana dgn selamat... syukur.
Subhanallah nice view
Malam2 bising dgn karoke
Market kat depan hotel ... keluar hotel je dh bau ikan
cantik
Mula2 sampai semua lampu bilik tak hidup ..... pihak hotel pun datang utk tukar mentol lampu. Masuk bilik meeting ... kami kepanasan sbb aircond tak sejuk. Makanan yang disediakan ... perlu ditambah baik... agar dpt memberi kepuasan kepada pelangan.
Hari terakhir  di sini ....  air pulak tak de.  Memang syahdu... ada kawan yang berwuduk  guna air mineral , Mandi pun ala kadar . Yang nak 'qada hajat' ....kesiann . Akhirnya pihak hotel tak nak angkat call sebab terlalu ramai yang nak buat aduan tak de air. Cabaran itu mendidik kita utk sabar dan bersyukur.

Sabtu, 15 November 2014

Majlis Jalinan Kasih & Jasamu Dikenang

Majlis Jalinan Kasih & Jasamu Dikenang di Sekin Resort Sekinchan pada 14 November 2014. Terima kasih kepada semua ajk kerana berjaya mengendali majlis ini.  Majlis  meriah dengan tema  " soul garden " . Program yang dapat menjalin kerjasama dan  silaturrahim disamping meraikan teman2 yang berpindah ke tempat baru.
Dewan terbuka Sekin Resort
Cenderahati buat yang istimewa
Hamper buat yang bertuah ... jangan hampa jika tak dapat. 
Semua kanak2 & remaja yang hadir menerima hadiah
Cenderahati buat warga SMKSB
Bos2 Sekin Resort ... dua orang sebelah kiri
Pn Jalina with family
En Adnan with family
Good idea my friend
Happy family
Pn Sarinah
Selamat Menjamu Selera
Pn Rose with family
ustz Shahren with family
Pn Zaidah with family
pn Kamariah Ton with family
 Pn Zaiha with family
Banyak bunga
Terima kasih sudi hadir
Alhamdulillah rezeki malam ni
En Ashari with family
Datin Suhaida & Dato Din
Dr Sultan
Pengacara Majlis
Gembira menerima hadiah
Cabutan bertuah
Cenderahati buat warga SMKSB
Anak2 comel menerima hadiah
Ucapan Pengetua Tn Hj Saroni
Selamat bertugas di tempat baru buat Tn Hj Azhari dan Tn Hj Roslan
Selamat bertugas di tempat baru buat Pk koko .... Pn Sazuna 
Family Pn Faridah
Ucapan PK KOKO
Family Pn Hafizah
Family Pn Ida
Family Pn Zainab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...