NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Khamis, 8 Oktober 2015

Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah ( KISS ) Peringkat Negeri Selangor

Selesai sudah program  Khemah  Ibadah  Sekolah-Sekolah  (  KISS  )  Peringkat  Negeri  Selangor  di  Pusat  Sumber  Pendidikan  JAIS, Klang Selangor pada  3- 4  November  2015. 
Peserta khemah Ibadah (KISS )
Aktiviti ketika icebreaking
Suasana ceria ..
Pelbagai aktiviti disediakan .... Tahsin wuduk, Tahsin Solat , Motivasi, Qiammullail, ceramah dll
Membantu dengan gembira ketika sesi minum petang
Setiap kali menikmati hidangan  .... murid2 ini dilatih untuk membaca doa sebelum makan dan doa sesudah makan . 
Cantik dengan pakaian seragam biru 
Penyampaian sijil penyertaan ..
Peserta menerima sijil lengkap ketika Majlis Penutupan Khemah Ibadah . 
Mereka gembira dan berpuas hati sepanjang program ini ... buktinya 93% peserta memberikan 5***** . Tahniah semua

Rabu, 7 Oktober 2015

Percutian Ke Ho Chi Minh - Part 2

Hari ketiga ... selepas sarapan pagi kami berkumpul bersama kumpulan2 lain menaiki  bas pergi ke Cu Chi Tunnels . Ketika sedang menunggu bas ... tiba2 datang seorang anak muda .. terus cuci kasut . Saya cuba mengelak tapi dia ambil kasut ... cuci dan buat tampalan pada tumit kasut . Hahh ... apa yg dibuat ni !!! Orang tak suruh ... memandai je .Lepas tu minta upah .. Aduhh .. geramnya, takut pun ada ... mujur ramai orang ... rasa lega sikit. Tour guide memaklumkan bahawa mereka itu kumpulan gang**** ... adoii takutnya. Tak lama kemudian bas pun sampai .

Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit . Di dalam bas , en Adam ( tour guide ) menceritakan sejarah Cu Chi Tunnels dan sejarah perang Vietnam . ... emm dengar ajelah ceritanya  .. siap nyanyi lagu melayu lagi ...  terasa lama pula perjalanan ke sana. 
 Sepanjang perjalanan ... macam2 yang dilihat berkenaan budaya serta ekonomi masyarakat di Vietnam . Kelihatan terdapat perkuburan hampir di setiap kawasan pertanian milik persendirian .. untungnya kita .. masyarakat Islam yang ada tanah wakaf dan dijadikan tanah perkuburan . Tak le kebumi jenazah di kawasan/tanah masing2. 
 Dah sampai Cu Chi Tunnel .. berapa harga tiket masuk sini ... tak tahu sebab ia dah termasuk dalam pakej. Jauh juga berjalan dalam kawasan ni .. kami diberitahu bagaimana masyarakat Vietnam meneruskan kehidupan ketika zaman perang .
 Tempat tentera vietnam bersembunyi ... patut le mereka berbadan kecil ... baru boleh muat nak masuk dalam tu . 
 Adam menerangkan jenis2 perangkap yang dicipta oleh tentera Vietnam ... kreatif , bahaya dan mengerunkan.  Musuh yang jatuh dalam lubang tu ... confirm mati.. 
 contoh jerangkap ...
 Gambaran tentera Vietnam ... kecik2 je mereka supaya muat untuk masuk terowong dalam tanah.
 Tengok aje pun dah ngeri ..
 Kepakaran mereka membina terowong yang di dalamnya ada dapur, bilik mesyuarat, tempat membuat senjata dan segala keperluan ketika itu. Terowong yang panjang , tiada peta ... mereka hanya perlu ingat laluan2 di bawah tanah tersebut. Kepakaran dan kebijaksanaan mereka dapat mengalahkan tentera Amerika.

 Selesai melawat cu chi tunnel ... kami di bawa makan tenghari di Saigon Halal dan solat jamak takdim di masjid ini. 
 Seterusnya dibawa ke Center Post Office ... masuk ke dalam sekejap ... pusing2 melihat jualan , bergambar dan gerak balik.
 Suasana di dalam center Post Office ... 
 mata wang Vietnam . seterusnya ke Hard Rock Cafe ... tak masuk dalam pun sebab terlalu sesak . Duduk luar je .. lihat gelagat pelancung yg datang . Masing2 sibuk bergambar dan selfie .
 Malam tu sambung lagi shopping di Night Market . Kenapa asyik2 shopping ke situ je ..??
Pertama .... sebab ia dekat ... turun hotel je dah pasar malam.
Kedua .... barangnya murah !! .. contoh .. beli stokin 4 pasang RM10 ... kat Malaysia tentu RM6/8 sepasang, saya lihat antara barang yang banyak diborong oleh orang2 Malaysia ..telekung , baju pasang, tudung , kain pasang , kain jubah .  
Ketiga ... sebab nak beli buah-buahan ... i like
keempat ... ronda2 gerai ...tawar menawar bagasi ... Beg besar tu RM3++ kat Malaysia tapi saya dapat harga RM130 ( mereka terima duit Malaysia ) . Ada sorang pembeli tu dapat harga RM180 . Rezeki masing2 ye.
Bergambar sebelum chek out hotel. Banyak kenangan di sini.. 

Sebelum balik ... last shopping di Ben Thanh Market . In Sha Allah ... ada rezeki boleh datang lagi ke Ho Chi Minh. Thanks Sofia . 

Jumaat, 7 Ogos 2015

Latihan Pemeriksaan SJC

Alhamdulillah  tugasan dan amanah yang diberi dapat disempurnakan dengan baik dan lancar.
Taklimat oleh en Azrul berkenaan PT3
Mempertingkatkan kemahiran gpi 
perkongsian ilmu ... syukran u. Amir
GPI yang hadir ke bengkel

Jumaat, 19 Jun 2015

Percutian Ke Ho Chi Minh Vietnam - Part 1

Alhamdulillah ... pada 3 hingga 6 Jun lepas , kami sampai di bumi Ho Chi Minh. Penerbangan ke Ho Chi Minh  hanya mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan akhirnya kami tiba di Lapangan Antarabangsa Tan Son Nhat . Seterusnya dibawa ke Thanh Trong hotel dan makan tengahari di Restoran 1 Malaysia. Selesai melakukan solat Jamak Takdim....  kami berehat dahulu di bilik hotel , maklumla jam 2 pagi dah bersiap untuk perjalanan . kami  ke pasar Ben Thanh dan malam sambung shopping di Night Market . Ketika  membeli .... tawar harga dgn sebaiknya agar dapat harga yg cukup istemewa. Kami  membeli di kedai2 berdekatan hotel kerana harganya  lebih murah  berbanding  di pasar Ben Thanh.
Pasar Ben Thanh .... macam2 boleh dibeli kat sini . Boleh tempah jubah , baju , seluar dan kot dengan harga yang murah dan berpatutan .
Deretan kedai makanan halal ... berdekatan dengan pasar Ben Thanh .Boleh pilih restoran Hjh Basiroh, Kedai makan 1 Malaysia dan restoran Hj Osman . Tapi harga makanan agak mahal ... sepinggan  nasi lemak rm12 -rm18 . Kumpulan kami seramai 10 orang , makan minum dah termasuk dalam pakej ... 
 Kopi ais vietnam yang sangat digemari
Hari kedua ... Melawat Sungai Mekong . Lebih kurang 2 jam perjalanan ... barulah sampai. Sepanjang perjalanan ... kita dapat lihat kehidupan masyarakat Vietnam .  Jalan2 di sini dipenuhi ribuan motosikal . Kebanyakan pengguna motosikal akan memakai penutup hidung  dan wanita Vietnam pula akan memakai skirt labuh yang direka khas ketika menaiki motosikal .. kemungkinan untuk melindungi mereka dari cahaya matahari , asap kenderaan  dan habuk. 

Sebelum naik bot .. sempat lagi beli jubah dengan harga yang murah , Kat Malaysia mana nak dapat jubah cantik dengan harga RM40 .  Oleh kerana berpuashati dengan jubah yang dibeli .... akhirnya abangku tambah lagi sepasang setelah balik dari melawat delta sg. Mekong . Menyusuri Sg Mekong menaiki bot ... suatu pengalaman yang baru dan perhentian pertama adalah perusahaan madu .
Minum madu yang disediakan .... lepas tu boleh beli madu dan krim .... jika suka. Banyak gerai jualan kat sini .... jual cenderamata , baju, buah-buahan dan barangan kulit . Kami ke gerai buah-buahan  ... sambil makan dihiburkan dgn nyanyian Vietnam  dan lagu melayu.... siap persembahan  mereka  edar bakul utk isi sumbangan . Kami  hulur sumbangan  bukan krn persembahan  tapi hidangan  buah-buahan  yg kami  dah habiskan..... cukup manis buah-buahannya.
Sarang lebah ..
Hidangan buah-buahan .
 
Dah siap  makan .... bergerak ke destinasi  seterusnya.... menaiki sampan lebih kurang  10 - 15 minit utk ke bot . Semua  penumpang bot diberi minum air kelapa ....  suka sangatt sebab tengah haus dan  cuaca panas terik.
 
Lokasi kedua ... melihat  perusahaan  membuat candy kelapa. Kemudia pelancong dibawa pula menaiki kereta  kuda . Apabila  dtg ke sini .... pastikan bawa air minuman supaya tidak kehausan.
 
 
Tak banyak gerai jualan di lokasi yang ke 2 .

Selesai  lawatan di sg Mekong . .. kami dibawa ke Linda House ( pembekal pakaian pasaraya terkenal di Malaysia  ). Kami sudah lapar .... tak semangat nak membeli. 
Sampai  di masjid .... kami solat   terlebih  dahulu sementara hidangan tengahari disediakan. Tempat makan di dalam  kawasan masjid  ... orang memang ramai dan masjid penuh dengan jamaah ..Alhamdulillah .. dapat menunaikan solat dan dapat menu yang sedap.
Nie makan malam ... alhamdulillah . Lepas makan leh sambung shopping kat night market. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...