NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Jumaat, 19 Jun 2015

Percutian Ke Ho Chi Minh Vietnam - Part 1

Alhamdulillah ... pada 3 hingga 6 Jun lepas , kami sampai di bumi Ho Chi Minh. Penerbangan ke Ho Chi Minh  hanya mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan akhirnya kami tiba di Lapangan Antarabangsa Tan Son Nhat . Seterusnya dibawa ke Thanh Trong hotel dan makan tengahari di Restoran 1 Malaysia. Selesai melakukan solat Jamak Takdim....  kami berehat dahulu di bilik hotel , maklumla jam 2 pagi dah bersiap untuk perjalanan . kami  ke pasar Ben Thanh dan malam sambung shopping di Night Market . Ketika  membeli .... tawar harga dgn sebaiknya agar dapat harga yg cukup istemewa. Kami  membeli di kedai2 berdekatan hotel kerana harganya  lebih murah  berbanding  di pasar Ben Thanh.
Pasar Ben Thanh .... macam2 boleh dibeli kat sini . Boleh tempah jubah , baju , seluar dan kot dengan harga yang murah dan berpatutan .
Deretan kedai makanan halal ... berdekatan dengan pasar Ben Thanh .Boleh pilih restoran Hjh Basiroh, Kedai makan 1 Malaysia dan restoran Hj Osman . Tapi harga makanan agak mahal ... sepinggan  nasi lemak rm12 -rm18 . Kumpulan kami seramai 10 orang , makan minum dah termasuk dalam pakej ... 
 Kopi ais vietnam yang sangat digemari
Hari kedua ... Melawat Sungai Mekong . Lebih kurang 2 jam perjalanan ... barulah sampai. Sepanjang perjalanan ... kita dapat lihat kehidupan masyarakat Vietnam .  Jalan2 di sini dipenuhi ribuan motosikal . Kebanyakan pengguna motosikal akan memakai penutup hidung  dan wanita Vietnam pula akan memakai skirt labuh yang direka khas ketika menaiki motosikal .. kemungkinan untuk melindungi mereka dari cahaya matahari , asap kenderaan  dan habuk. 

Sebelum naik bot .. sempat lagi beli jubah dengan harga yang murah , Kat Malaysia mana nak dapat jubah cantik dengan harga RM40 .  Oleh kerana berpuashati dengan jubah yang dibeli .... akhirnya abangku tambah lagi sepasang setelah balik dari melawat delta sg. Mekong . Menyusuri Sg Mekong menaiki bot ... suatu pengalaman yang baru dan perhentian pertama adalah perusahaan madu .
Minum madu yang disediakan .... lepas tu boleh beli madu dan krim .... jika suka. Banyak gerai jualan kat sini .... jual cenderamata , baju, buah-buahan dan barangan kulit . Kami ke gerai buah-buahan  ... sambil makan dihiburkan dgn nyanyian Vietnam  dan lagu melayu.... siap persembahan  mereka  edar bakul utk isi sumbangan . Kami  hulur sumbangan  bukan krn persembahan  tapi hidangan  buah-buahan  yg kami  dah habiskan..... cukup manis buah-buahannya.
Sarang lebah ..
Hidangan buah-buahan .
 
Dah siap  makan .... bergerak ke destinasi  seterusnya.... menaiki sampan lebih kurang  10 - 15 minit utk ke bot . Semua  penumpang bot diberi minum air kelapa ....  suka sangatt sebab tengah haus dan  cuaca panas terik.
 
Lokasi kedua ... melihat  perusahaan  membuat candy kelapa. Kemudia pelancong dibawa pula menaiki kereta  kuda . Apabila  dtg ke sini .... pastikan bawa air minuman supaya tidak kehausan.
 
 
Tak banyak gerai jualan di lokasi yang ke 2 .

Selesai  lawatan di sg Mekong . .. kami dibawa ke Linda House ( pembekal pakaian pasaraya terkenal di Malaysia  ). Kami sudah lapar .... tak semangat nak membeli. 
Sampai  di masjid .... kami solat   terlebih  dahulu sementara hidangan tengahari disediakan. Tempat makan di dalam  kawasan masjid  ... orang memang ramai dan masjid penuh dengan jamaah ..Alhamdulillah .. dapat menunaikan solat dan dapat menu yang sedap.
Nie makan malam ... alhamdulillah . Lepas makan leh sambung shopping kat night market. 

Jumaat, 12 Jun 2015

Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam

Ho Chi Minh , Vietnam ... memang teringin sangat nak jejak kaki ke sana .  Alhamdulillah ... cuti bulan 6 yang lalu , ..  tercapai jua impian . Apabila kita nak bermusafir .. beberapa persediaan perlu dilakukan dan kadang kala persediaan itu sangat penting . Saya ingin kongsikan pengalaman ketika berada di sana.  Walaupun kita pergi tempat yang sama  namun pengalaman kita mungkin berbeza. 

1. Tiket Flight
Tetapkan tarikh bila mahu pergi bercuti ... Apabila ada promo tambang murah dari Airasia .... apalagi ... cepat2  booking. Jika nak dapat harga tambang murah , kena rajin menjengah laman web Airasia untuk meninjau promo yang ada. Kita juga boleh melayari  www.skyscanner .com.my sangat mudah untuk mengetahui harga tiket dari semua flight. Pilih sahaja waktu yang kita suka.

2. Passport 
Pastikan passport belum expierd dan masih hidup lebih dari 6 bulan dari tarikh berangkat . Ada yang tak dapat pergi bercuti apabila tarikh passport kurang dari 6 bulan. Perkara ini pernah berlaku  .... orang lain naik flight .... dia terpaksa balik rumah ...kesiann. Tapi ia tidak berlaku pada group kami.

3. Bagasi 
Jika niat nak shopping ... tak perlu bawa banyak pakaian . Bawa sehelai dua ... lepas tu boleh beli dan tempah  kat Ben Thanh Market . Bila balik bagasi tu boleh isi barang2 baru . Bagi saya barang2 kat sini  murahh ... hari ni tempah baju dan seluar , esok dah siap . Ada yang tempah baju kod sepasang hanya rm200 je , tempah 2 helai seluar sleek  rm130 . Jahitan memang puas hati. 

4. Money Changer
Di sini ia menerima Vietnamese Dong , USD dan yang best jualbeli dalam Ringgit Malaysia. 
Jika nak tukar boleh la tukar sikit je untuk bayaran teksi, makan dan beli simcard. Disediakan money changer dekat Ben Thanh Market . 

5. Makanan Halal
Sekitar Ben Thanh Market ... terdapat banyak kedai makanan halal seperti Nabil Beryani , Hjh Basiroh , Kedai Hj Osman, kedai Halal Kampung Melayu dan Restoran 1 Malaysia, Harga makanan kat sini ... mahal betull . Sepinggan nasi lemak antara rm12 - rm17 , mee goreng rm18, roti canai rm18 . Air kopi, milo , teh rm5 .... tu baru sarapan pagi . Sebelum datang .. bawa la roti gardenia, jem dan maggi ..bawa sekali 3in1 kopi dan milo... ha tentu jimat sikit . 

Suka buah-buahannya ... banyak dijual di night market buah ciku , mangga , dragon fruit ,.. sangat manis ...setiap malam beli . Buah durian pun besar .... lemak manis. Dah makan 2 kali baru dimaklumkan oleh tour guide ... jangan makan buah durian di sini sebab buahnya ada bahan kimia!! . Kata tour guide .... musang king kat Malaysia lagi sedapp. 

Banyak yang jual kacang rebus .... jika TAK NAK BELI  ... jangan ambil kacang yang dihulur . Jika ambil ... bermakna anda setuju untuk membeli kacang tersebut.

Banyak kedai makanan halal di sini.
6. Line Internet
Sangat laju line internet  di hotel atau di kedai2 makan . ... free wifi . Password diberi kepada pelanggan . Tak beli simcard pun ... sebab masih boleh berhubungan dengan family melalui whatsApp dan telegram . Sambil tunggu hidangan makanan disedikan ... masing2 sebok update status dan berhubungan dengan family.

7. Adaptor
Bawa adaptor supaya mudah untuk mengecas telefon dan power bank . 

8. Shopping 
Berada di Ho Chi Minh ...macam berada di Malaysia pulak . Ramainya pelancung Malaysia hingga peniaga Vietnam fasih berbahasa melayu .  Mereka menyediakan pakaian yang mereka sendiri tak pakai ... seperti jubah dan baju kurung . Ketika shopping di pasar Ben Thanh dan night market , kena pandai tawar menawar ... pasti kita dapat harga yang murah . Elakkan memegang barangan mereka sehingga benar-benar nak beli . Kalau tak ... dia akan pegang tangan anda kuat2 hingga susah nak lepas .  

Sedikit info ... Kain sutera Vietnam no 1 rm50 , sutera vietnam no 2 rm45. Jubah lelaki rm40 je. Baju kurung rm60 - rm80 . Kain cotton rm23 - rm30 sepasang. Telekung sepasang rm30 - rm60. Saya membeli barang di kedai berdekatan hotel  lagi murah berbanding pasar Ben Thanh . 

Pastikan bila membeli .... kita cek terlebih dahulu barang terutama dalam plastik supaya terima barang yang sama seperti yang dikehendaki . Ini untuk mengelakkan tertipu.

Ketika di sana ... jangan biarkan kasut anda dikilatkan . Tukang pengilat kasut ni ramai...  mereka akan menghampiri anda terus mengilatkan kasut serta  meminta anda menanggalkan kasut .  Ia menampal tumit kasut tanpa disuruh. .. selesai tugas mereka akan meminta bayaran yang tinggi . Hati2 dengan taktik mereka .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...