NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Sabtu, 31 Disember 2016

Percutian Ke Sabah

Percutian Ke Sabah 
Trip bersama kawan2 pada 18 - 21 November 2016 ke Sabah bahh .. Kami sepakat memilih Sabah sebagai tempat percutian .. kami  ingin merehatkan minda setelah penat bekerja  , pergi bercuti , jalan2 ditempat orang adalah motivasi buat kami . Seperti biasa .. saya dan suami akan uruskan tiket perjalanan . kami mula meninjau tiket2 yg murah untuk ke Sabah. Airasia juga yang ada tiket murah . Terima kasih Airasia . Kami buat tempahan hotel di Kota Kinabalu dan Kundasang , ambil 2 buah kenderaan, booking 2 buah bot untuk pusing pulau2.... Maklumla tempahan  untuk 22 orang . Meriahnya group kami .. Menguruskan group yang besar ..dengan pelbagai kerenah dan permintaan buat kita pening kepala . 

Hari jumaat 18 November 2016 ..habis sesi persekolahan, kami memulakan perjalanan ke KLIA 2 .. flight jam 6.25 petang maka kami perlu segera  sampai di KLIA 2 . Van yang membawa kami hanya berhenti utk solat jumaat sahaja. Setelah sampai di KLIA 2 .. Terus uruskan bagasi dan masuk ke balai berlepas . Flight mendarat dgn selamat di lapangan terbang Kota Kinabalu..  Malam itu kami menginap di Switz Paradise Hotel. Suasana di sekitar hotel ini kurang enak . .. Di bhg bawah bangunan hotel ada casino .. Kami terserempak pula dgn beberapa orang yang mencurigakan dan menakutkan . Ini faktor kami pindah ke hotel lain. 

Oleh kerana kami rasa tak selesa  dengan suasana di Hotel budjet tempat kami menginap ... akhirnya group saya pindah ke Hotel J&J ... walaupun kami sampai pagi sekitar jam 7.00 pagi .. kami tetap dibenarkan  chek in hotel J&J untuk simpan beg dan barang2 sebelum aktiviti pulau. Terima kasih kerana memudahkan urusan kami.
Hari kedua , selesai chek in hotel J & J..  kami bersiap2 untuk ke pulau2 Tunku Abdul Rahman iaitu Pulau Manukan , pulau Mamutik dan pulau Sapi . Kami ambil 2 bot ... satu bot rm370 .. utk snorkling rm15 dan tiket pulau rm3 ( bayaran untuk seorang) . Kami menaiki bot di kawasan pasar Filipin ... jalan kaki sahaja dari J&J hotel . Alahai dekatnya ..
Kami dibawa ketiga2 pulau untuk aktiviti snorkling dan mandi manda . Tapi hanya 5 orang je yang nak mandi2 ... Yang lain ... duduk2 dn makan2 je ( Kami beli dan bawa makanan ) sambil menikmati keindahan laut dan pantai . Selfi sana sini dan kami tengok ikan dari atas jeti je . Hiss ..langsung tak basah . 

Setelah selesai aktiviti di pulau2 ... Kami balik semula ke jeti . Perut pun dah lapar dan ia beri isyarat untuk diisi. Terdapat beberapa kedai makan di deretan hotel J & J . Selesai makan tengahari ... Kami berehat sebentar di bilik hotel .  Aktiviti petang tu jalan2 dan shopping di sekitar Pasar Filipin .. Boleh cari mutiara , t-shirt , ikan kering , ikan bilis ..macam2 ado .   Waktu malam sambung pula beli barang di pasar malam . Kami duduk di J&J hotel depan pasar Filipin ... mmg senang nk shopping. Rupanya beli mutiara di pasar malam lebih murah harganya dari Pasar Filipin . Anda juga boleh  menikmati pelbagai seafood di pasar Filipin . Pilih je .. Nak ikan yang mana  , udang, sotong  ada macam2 lagi jualan mereka. 
Kami beli macam2 utk makan ramai2
Rumah Terbalik ( Tiket RM10.60 )... 
Bergambar dan possing .... aktiviti wajib di setiap tempat yang dilawati , 
Ahli rombongan ke Sabah ... Di saat akhir 6 orang menarik diri kerana ada hal lain  walaupun tiket sudah di tempah awal2. 
Hari ke 3 Kundasang  .. dalam perjalanan ke Kundasang , lawatan kami singgah di Rumah Terbalik . Setelah membayar tiket  utk satu group kami menunggu giliran utk naik ke rumah terbalik . Kami diberi penerangan serta dilarang mengambil gambar semasa di dalam rumah . Perjalanan diteruskan ke  Timpohon Gate ... tempat pendaki memulakan pendakian ke gunung Kinabalu. Tiket masuk ( RM3 ) jangan buang tau ... nanti boleh guna untuk masuk ke Poring , Ranau. Selesai lunch dan solat jamak Takdim di masjid Ranau , kami meneruskan lawatan ke Fish massage di kg Luanti dan seterusnya Poring Ranau .
fish massage di Kg Luanti .. Tiket masuk RM5.00 /seorang .  Anda juga boleh beli makanan ikan di kaunter masuk . Bagi pengunjung yang memakai stokin ... Ikan tidak akan gigit .
Tengok tu ...Besar2 ikannya ..
Poring Ranau  .. Tempat mandi air panas . 
Kita gunakan tiket  yang sama di Timpohon Gate untuk masuk ke Poring . So simpan baik2 tiket yang kita dapat semasa di Timpohon Gate. 
Jom naik canopy walk ( Tiket RM3 seorang ) .. boleh menguji ketahanan fizikal, mental .
Ambil masa 1 jam untuk naik dan turun semula dari canopy walk . Masing2 teruja nak naik canopy walk .. tapi penat weiii .. jalan berbukit . Guna kasut yang sesuai ketika mendaki .. baru kaki selesa .
Perjalanan turun dari canopy walk ..Alhamdulillah berjaya melepasi cabaran . walaupun ada yang pakai kasut tinggi. Tahniah2.
Jom rendam kaki dalam kolam air panas selepas penat mendaki .. 
Memang gayatt ... tinggi sangat2 . Tak berani nak pandang bawah .. takut sebenarnya.. huh
Kita akan melalui 5 titian gantung ni . Saya  berzikir dan baca doa .. sepanjang melintasi titian gantung ...  ya Allah takutnya. 
Percutian yang menyeronokkan serta banyak memberi kenangan . 
Selesai aktiviti di Poring Ranau ..kami terus chek in The Cottage Hotel. Jadual kami sangat padat sebab kami nak pergi semua tempat . Walaupun penat tapi puas hati. Malam di Kundasang sangat sejuk berbanding KK. Selesai dinner ... adalah waktu istirehat.
Gambar di hadapan  hotel The Cottage

Hari ke empat .. Desa Dairy Farm .
Pemandangan di sini sangat cantik seperti kita berada di New Zeland .... Chewahh . Untuk  view yang cantik .. Mesti datang sebelum jam 9.00 pagi .. Selepas jam 9 .00 pagi ..puncak kinabalu akan dilindungi kabus . Di sini kita boleh menikmati susu segar dan ais krim yang bestt . Kena beli tau ...bukan free . 
Cantikkan view di Desa Dairy Farm
Gunung Kinabalu terlindung oleh kabus.

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu .. Kami singgah di Pekan Nabalu . Boleh shopping lagi kat sini dan harga t shirt murah sedikit dari pasar Filipin . Kena pandai tawar menawar . Kami juga singgah di Jambatan Tamparulli .. Sekadar bergambar kenangan.
Sebelum meninggalkan Kundasang ... kami melawat Kinabalu War Memorial Kundasang.
Masa masih ada ... Kami sempatkan shopping  yang terakhir di pasar Filipin . Masing2 tambah barang untuk dijadikan buah tanggan dari Sabah . Ada yang tambah t shirt ... mutiara .. Ikan bilis dan udang kering .
Saya dan dua rakan pergi ke pasar basah ...kami cari udang dan lobster . Ambil  dan timbang beberapa kilo udang bersaiz XL ..kemudian bungkus dlm kotak dengan rapi agar mudah dibawa dgn hand ludgeg . Harga udang XL adalah RM30 sahaja . Harga yg lain tak ingat . 

Selesai shopping ..kami terus je ke  airport .
Tamat percutian kami .. 
Selamat Tinggal Sabah .. Lain kali pasti datang lagi .



Biru biru ujung Kinabalu
Nampak dari jauh , hati saya rindu .

Khamis, 27 Oktober 2016

Percutian Family Ke Medan

Percutian  ke Medan 4H3M ( 27 - 30 Okt 2016 )  ... kami merancang perjalanan bila airasia menawarkan tambang murah ke Medan . Flight cuma 1 jam sahaja... belum pun siap makan dah  nak mendarat .. cepat2 anakku habiskan makanan yang siap2 dibeli sebelum flight . Kami oder Nasi Padang , Nasi Minyak Palembang , Spaghetti  dan Nasi Lemak Pak Nasir . Lain kali .. tak perlu oder makanan jika ke Medan . Sekejap je dah sampai .
Sampai di airport  Kuala Namu ... tour guide  dah sedia menunggu . Pak Jonny  menunggu lama krn flight  delays  1 jam . Kemudian kami dibawa makan malam Nasi Ayam Penyet Cindelaras ... memang umph . Ayamnya lembut dan terasa rempahnya ... dihidangkan pula bersama sambal yang sedap ... puas hati . Selesai mkn malam ... kami terus ke Garuda Plaza Hotel . ..puas hati kerana banyak pilihan utk breakfast .  Jualan tiket airasia pun ada di hotel  ini.
Setelah breakfast . .. kami check  out  dan meneruskan perjalanan menuju Lake Toba . Singgah dahulu ke Istana Maimun . Istana Maimun adalah istana kesultanan  Deli .  Istana Maimun dibina pada tahun 1888 dan selesai dibina tahun 1891 oleh Sultan Mahmud Al Rasyid . Ia menjadi tempat lawatan kerana sejarah kesultanan serta keindahan senibina walau sudah beratus tahun lamanya .  Sebahagian Istana  masih di diami oleh warisnya . 
Melawat Masjid Raya Al Mashun @ dikenali sebagai Masjid Raya Medan yang terletak di Medan , Sumatra  Utara , Indonesia . Masjid ini mula dibina tahun 1906 dan siap sepenuhnya tahun 1909 oleh Kesultanan Deli .
Kemudian  kami ke Lake Toba .... 5 jam perjalanan  dari Medan . Dalam perjalanan ...
 menikmati makan tengahari masakan Minang  di Restaurant Panorama , Pematangsiantar . Perjalanan  yang memenatkan .. Dari bandar Medan yang sibuk ke pekan2 kecil ..melalui kawasan sawah padi .. ladang2 kelapa sawit dan ladang getah .. barulah sampai ke lake Toba . Merehatkan diri di Danau Toba Cottage, Parapat  . .. bangunan yg unik dan klasik . 
Restaurant Panorama , Pematangsiantar
Bermalam di sini ..
Indah dan mengasyikkan ... Pemandangan dari Danau Toba Cottage, Parapat
Indah sungguh ciptaan Allah SWT
Unik dan klasik bangunan hotelnya
Bilik yang cukup luas ... 
Selepas breakfast . .. kami terus chek out dan menaiki feri dalam kawasan hotel untuk ke Pulau Samosir sambil menikmati keindahan Danau Toba .  Danau Toba adalah sebuah danau yang berukuran panjang 100km dan lebar 30km  di Sumetera Utara , Indonesia . Ia merupakan danau terbesar di Indonesia juga di Asia Tenggara . Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau Vulkanik  iaitu Pulau Somasir .  2 jam masa diberi untuk melawat dan shopping di pulau ini . Tempat yang dilawati adalah perkampungan kaum Batak dan ada yg memberi penerangan tentang raja2  Kaum Batak . Tak pergi pulau pun tak pe ... sebab tak ada yg menarik di sana . Gerai jualan memang banyak di sini ... berlaku adegan tarik tangan antara penjual dan pembeli .. Taktik menarik perhatian pelanggan spy membeli barangan mereka . Tapi kita yg rimas ..
Menaiki feri ... masih dalam kawasan Danau Toba Cottage, Parapat.
Menaiki feri sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi..  
 
 Perkampungan kaum Batak
 Tempat mesyuarat mereka 
 Selesai lawatan dan sedikit shopping di gerai jualan .. kami menaiki bot yang sama untuk balik semula ke kawasan hotel . Sewaktu dalam perjalanan balik ... ada persembahan nyanyian anak2 kecil ini... beginilah cara mereka menambah rezeki sambil menghiburkan pelancung2.
Selesai jelajah di Pulau Samosir ... destinasi seterusnya ke Berastagi.
Sebelum  meneruskan perjalanan  yang panjang   .. kami lunch dulu di Restaurant  Istana Minang . Melalui jalan berbukit dan bengkang  bengkok ... memeningkan kepala . Dalam perjalanan ke Berastagi  . ..kita akan menyusuri  Danau Toba , kebun2 sayur dan buah-buahan . .. ku lihat bangunan gareja sgt banyak di kiri kanan jalan . Ini mengambarkan bahawa masyarakat yang beragama kristian lebih ramai dari muslim . Seterusnya kami dibawa melihat air terjun Sipiso piso
 Makan tenghari sebelum jalan jauh menuju Berastagi .
 Air terjun Sipiso piso .. 
Berhenti  di sini untuk ke tandas , rehat seketika dan possing tanda kenangan.
 Sebelum chek in hotel .. kami singgah sebentar di pekan Berastagi . Beli buah , sedikit cenderamata dan beberapa helai pakaian . Harga barang .. memuaskan hati . Berastagi adalah sebuah kota di Kabupaten Karo . Kota yang mempunyai suhu antara 17 hingga 19 darjah celcius . tempat yang sejuk seperti kat Cameron Highland . Memiliki tanah yang subur dan menghasilkan pelbagai tanaman sayuran, buah-buahan serta bunga2 yang cantik .
Buah pisang kaki ... cukup manis . warnanya jadi macam tu sebab disaluti dgn kapur masak agar tahan lama . Siap bawa balik Malaysia tau.
 Green Garden Hotel di Berastagi
 Hotel yang sangat cantik , bersih dan selesa . Tapi wifi hanya di lobi hotel sahaja.
 Semasa di sini terdapat sedikit gangguan di salah sebuah bilik hotel yang menyebabkan tidur tak lena . Rombongan kami seramai 10 orang dan kami diberikan 5 buah bilik . Masa tu waktu maghrib ..  pintu bilik yang menghadap kolam renang segera ditutup oleh kakak kerana mereka ingin menunaikan solat . Pintu yg telah ditutup ..terbuka sendiri , tutup semula .. ia kembali terbuka. Selesai makan malam , pintu yang ditutup ... terbuka semula. Beberapa kali jadi mcm tu ... Kakak ambil kerusi dan letak di belakang pintu .. Ingat masalah dah selesai tapi perkara lain pula yg berlaku . Bunyi benda pelik pulak .. menyebabkan mereka tak tidur lena sepanjng malam . 
Bilik lain ... kami tidur lena sampai pagi . Kami semua dapat  tahu cerita masa dalam perjalanan balik ke Malaysia .. hi hi kenangan mengusik jiwa.
Menikmati makan tengahari sebelum pulang ke Malaysia .
Alhamdulillah syukur ya Allah di atas rezeki yang diberikan buat kami sekeluarga . 
Medan ... tempat yang cantik , pemandangan yang indah dan  makanan yang sedap . 
Tahun 2017 ke destinasi seterusnya ... 
rabbi yasir wala tu'asir rabbi tammim bil khair
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...