NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Sabtu, 31 Disember 2016

Percutian ke Sabah

Trip bersama kawan2 pada 18 - 21 November 2016 ke Sabah bahh .. Kami sepakat memilih Sabah sebagai tempat percutian .. kami  ingin merehatkan minda setelah penat bekerja  , jalan2 adalah motivasi buat kami . Seperti biasa .. saya dan suami uruskan tiket perjalanan dan kami mula buat tempahan hotel, kenderaan, booking bot untuk pusing pulau2.... Tempahan  untuk 22 orang . Hari jumaat kami memulakan perjalanan ke KLIA 2 .. flight jam 6.25pm dan kami sampai di Kota Kinabalu waktu malam .. Oleh kerana kami rasa tak selesa  dengan suasana di Hotel budjet tempat kami menginap ... akhirnya saya tukar ke Hotel J&J ... walaupun kami sampai pagi sekitar jam 7.00am .. kami tetap dibenarkan  chek in hotel untuk simpan beg dan barang2 sebelum aktiviti pulau.

Hari pertama , selesai chek in hotel .. pagi2 lagi  kami bersiap untuk ke pulau2 Tunku Abdul Rahman iaitu Pulau Manukan , pulau Mamutik dan pulau Sapi . Kami ambil 2 bot ... satu bot rm370 .. utk snorkling rm15 dan tiket pulau rm3 ( bayaran untuk seorang) . Menaiki bot di kawasan pasar Filipin ... jalan kaki sahaja dari J&J hotel . 

Selesai aktiviti di pulau2 ... petang tu jalan2 dan shopping di Pasar Filipin .. Cari mutiara , t-shirt , ikan kering , ikan bilis ..macam2 ado .   Malam sambung pula beli barang di pasar malam . Kami duduk di J&J hotel depan pasar Filipin ... mmg senang nk shopping dn dekat dgn jeti . Beli mutiara di pasar malam lebih murah harganya dari Pasar Filipin . Boleh juga menikmati pelbagai seafood di pasar Filipin .

Rumah Terbalik ... 
Bergambar dan possing .... aktiviti wajib di setiap tempat yang dilawati , 
Ahli rombongan ke Sabah
Hari ke 3 .. perjalanan ke Kundasang . kami singgah ke Rumah Terbalik . seterusnya ke  Timpohon Gate ... tempat pendaki memulakan pendakian ke gunung Kinabalu. Tiket masuk jangan buang tau ... nanti boleh guna untuk masuk ke Poring , Ranau. Selesai lunch dan solat jamak Takdim di masjid Ranau , kami meneruskan lawatan ke Fish massage di kg Luanti dan seterusnya Poring Ranau .
fish massage di Kg Luanti .. 
Tengok tu ...Besar2 ikannya ..
Poring Ranau  .. Tempat mandi air panas . 
Kita gunakan tiket  yang sama di Timpohon Gate untuk masuk ke Poring . 
Jom naik canopy walk ( Tiket RM3 seorang ) .. boleh menguji ketahanan fizikal, mental .
Ambil masa 1 jam untuk naik dan turun semula dari canopy walk . Masing2 teruja nak naik canopy walk .. tapi penat weiii .. jalan berbukit . Guna kasut yang sesuai ketika mendaki .. baru kaki selesa .
Perjalanan turun dari canopy walk ..Alhamdulillah berjaya melepasi cabaran . Tahniah2.
Jom rendam kaki dalam kolam air panas selepas penat mendaki .. 
Memang gayatt ... tinggi sangat2 . Tak berani nak pandang bawah .. takut sebenarnya.. huh
Kita akan melalui 5 titian gantung ni . Saya  berzikir dan baca doa .. sepanjang melintasi titian gantung ...  ya Allah takutnya. 
Percutian yang menyeronokkan serta banyak memberi kenangan . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...