NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Ahad, 29 September 2013

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2013

Tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Besar telah merancang beberapa aktiviti sebagai pengisian untuk Program Ihya' Ramadhan. Aktiviti bermula sebelum bulan puasa ramadhan hinggalah hari terahkir sekolah sebelum cuti Aidil Fitri. 


Objektif  Program Ihya’ Ramadhan:        
  1. Melahirkan murid yang bersyukur dengan rezeki dan nikmat Allah SWT. 
  2. Melahirkan murid yang mencintai al-Quran dan membacanya dengan bacaan yang betul.
  3. Mendidik jiwa murid supaya menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
  4.  Melahirkan insan yang dapat menghayati kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan.
  5. Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Aktiviti            :    
                        1) Tadarus al-Quran
                        2) Bacaan Yasin
                        3) Ceramah sempena Ihya Ramadhan
                        4) Bingkisan Ramadhan ( Tazkirah )
                        5) Pertandingan membuat kad ucapan Hari Raya
                        6) Pertandingan Kuiz sempena Nuzul Al-Quran
                        7) Menghasilkan Replika ketupat
                        8) Majlis Khatam Al-Quran
                        9) Program Nur Kasih
                       10) Edaran Pamplet mengenai bulan Ramadhan 

Ustaz Ahmad Muhid menyampaikan ceramahnya
Penuh dewan....

Bacaan yasin di Laman Malaysiana setiap pagi Jumaat

Guru bertugas mingguan memberi tazkirah

Ustaz Shahren menyampaikan tazkirah sebelum PdP bermula

Murid juga mengambil bahagian untuk memberi tazkirah.....Tahniah

Itu diantara ketupat yang dihasilkan....supaya meriah sikit

Ustaz Ahmad Muhid memberi tazkirah

Nur Kasih......pemberian duit raya untuk murid dan pelajar




Penyampaian hadian sempena pertandingan kuiz dan mencipta kad hari raya

Majis khatam al-Quran

Bestnya mereka mengaji

Hadiah untuk murid yang bertuah




Jumaat, 27 September 2013

NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SABK NEGERI SELANGOR 2013. BAB 2

NKISABK adalah singkatan dari Nadwah Kepemimpinan  Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. 68 murid dari seluruh Negeri Selangor berkumpul di Kem Mega Crystal , Kuala Selangor bermula 23 - 25 September 2013.

Murid di pilih dari barisan kepimpinan di sekolah masing2. Di sini mereka terus dibimbing bagaimana ciri2 utk menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan dan berketerampilan.

Lihatlah aktiviti yang mereka perlu lalui selama 3 hari 2 malam di sini.

Biar gambar yang berbicara....
Aktiviti di bukit Melawati Kuala Selangor
Latihan berpidato
Menuntut ketahanan fizikal dan mental
Membina kekuatan
Pembentangan kumpulan .......hasil.... " Kembara Rabbani"

Kedatangan wakil BPI Ustaz Uzaie  dan Ustaz Shopuan  dihargai
Majlis Penutupan oleh Ustaz Najeh dari JPNS
Bergambar kenangan 
Mega Cyrstal, Kuala Selangor

Selasa, 24 September 2013

KEMBARA RABBANI NKISABK 2013

        Murid diberi tugasan untuk turun ke medan dakwah. Berjumpa masyarakat di pekan Kuala Selangor dengan menemuramah mereka. Responden terdiri dari masyarakat Islam dan non muslim.
        
         Bergerak dalam kumpulan bagi mendapatkan pandangan mereka tentang  beberapa isu....
Antaranya..... pandangan org bukan Islam terhadap Masyarakat Islam, rokok, penghayatan Islam dlm kehidupan dan beberapa tajuk lain.
         Tugasan ini mendidik mereka untuk  bekerjasama , hormat menghormati dan bagaimana cara untuk mendekati masyarakat .
         Mudahan mereka akan menjadi seorang pemimpin yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia. Pemimpin yang akan terus menegakkan kebenaran bersandarkan al-Quran dan as-sunnah

Isnin, 23 September 2013

Nadwah kepemimpinan Islam SABK Negeri Selangor 2013

Hari kedua program NKISABK peringkat Negeri Selangor tahun 2013. Bertempat di  kem Mega Crystal Kuala Selangor. Bermula 23 - 25 September 2013.
Biar gambar berbicara...

Ahad, 22 September 2013

AMALAN-AMALAN DI MASJIDIL HARAM

 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA BERADA DI MASJIDIL HARAM

  1. PERBANYAKKAN AMALAN SEPERTI TAWAF DAN SOLAT SUNAT
  2. MEMBACA AL-QURAN
  3. BERZIKIR
  4. MEMBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS NABI
  5. BANYAKKAN IKTIKAF KETIKA DALAM MASJID
  6. MENJAUHI PERBUATAN LAGHA DAN SIA-SIA

Buatlah target untuk  membaca al-quran agar dapat khatam al-quran berapa kali. Kita akan lebih bersemangat . 

Bawalah juga al-mathurat agar dapat dibaca ketika waktu subuh dan asar.

Bawalah tasbih bersama.

Selamat beribadah 

MASJIDIL HARAM DALAM INGATAN...


Jutaan manusia datang ke Masjidil Haram sama ada untuk melakukan umrah atau ibadat haji. Ia sentiasa dipenuhi dengan ribuan manusia, tak kira siang atau malam. Apabila kami ingin ke masjid perlulah bangun seawal 2.30 pagi ..... semata-mata nak duduk depan dan nampak kaabah sepanjang berada di masjidil Haram. Ya Allah ... gembira dan syukur bila dapat duduk di bahagian hadapan. Dapatlah duduk saf kedua atau ketiga.

Masa musim umrah perempuan dapat solat di hadapan bagi aras 2 kerana ada pembahagi antara lelaki dan perempuan. Masa musim haji pembahagi telah dibuka luas dan perempuan tentunya akan berada di saf belakang. Boleh jika nak bergerak ke hadapan agar dekat dengan kaabah.....hendaklah sebelum atau selepas solat fardu. Apabila tiba waktu solat.... semua perempuan diminta ke belakang.

Teringat kata-kata orang arab.... hajji haram... haji haram
Ha.... itu isyarat supaya perempuan bergerak ke bahagian belakang.Dan ruangan untuk muslimat memang disediakan .

Jika nak sejuk.... duduklah bahagian yang ada aircond di aras 2. Beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila nak ke masjid....
  1. Datang awal ke masjid supaya dapat ruangan di hadapan . Elakkan berada di tempat yang berdekatan dengan tong air zam zam. Kawasan itu menjadi sesak dan basah ...tentunya anda tak selesa untuk meneruskan ibadah 
  2. Bila nak ke masjid.... sejadah perlu dibawa supaya kita ada ruang untuk solat agar tidak dihimpit oleh jemaah lain. Ini akan membuatkan anda tidak selesa. sebab duduk tahyiyat akhir pun tak boleh sempurna
  3. Apabila meletakkan kasut di rak kasut... perlu ingat nombor rak itu agar tak keliru kemudian
  4. Bawalah botol kecil dan tuala kecil untuk memudahkan berwuduk apabila anda terbatal wuduk. Di aras 2 dan aras atas ada tempat air zam zam yang boleh digunakan untuk berwuduk
  5. Andai tidak memahami kedudukan pintu2 masjidil haram..... gunalah pintu yang sama ketika masuk dan keluar masjid.Jika dah faham pintu2 masjid... no problem
  6. Gunakanlah ruang masa untuk beribadah dengan penuh khyusuk dan tawaduk
  7. Jagalah adab2 ketika berada di dalam masjid
  8. Hormat menghormati dan bertoleransi sesama jemaah
Inilah sedikit panduan bagi jemaah yang ingin ke Mekah buat kali pertama. Kesian bagi jemaah yang uzur.... mereka sesat dan tak tahu macamne nak balik hotel.

Mudah-mudahan amal ibadat kita diterima dan diberkati Allah SWT.

MAKSUD BERKUASA DALAM IBADAT HAJI


Maksud berkuasa  dalam ibadat haji merangkumi perkara berikut :
  • Mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik haji
  • Mempunyai perbelanjaan atau nafkah yang cukup bagi keluarga yang ditinggalkan
  • Terjamin keselamatan diri, nyawa dan harta semasa dalam perjalanan
  • Mempunyai kenderaan yang sesuai dan selamat untuk pergi dan balik
  • Mempunyai kesempatan masa untuk mengerjakan ibadah haji
  • Bagi wanita yang telah berkahwin mestilah mendapat izin suami
  • Bagi wanita hendaklah ditemani suami atau mahram atau perempuan yang dipercayai
Untuk makluman rakan-rakan, mulai tahun ini ... Kerajaan Arab Saudi mengenakan syarat iaitu mana-mana wanita yang ingin menunaikan umrah dan haji perlu ditemani oleh mahramnya. 

Bagi wanita berumur 45 tahun ke bawah yang sudah berkahwin ia memerlukan sijil nikah dan perlu disahkan sijilnya. 

Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 21 Musim Haji 1426H

Syarat Istitoah ( Berkemampuan ) bagi jemaah haji warga emas untuk menunaikan ibadat haji dan umrah:

Kewajipan menunaikan ibadat haji tidak akan gugur bagi golongan berikut :
       1.1  Terlalu tua
       1.2  Penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
       1.3  Penyakit yang teruk

Oleh itu wajib ke atas mereka menggantikan dengan badal haji jika mereka mampu membiayai kos mengerjakan haji semasa hayatnya.


SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH


Ada 5 syarat wajib haji dan umrah :

Apabila seseorang Islam itu cukup syarat maka wajiblah baginya menunaikan fardu haji dan umrah sama ada lelaki atau perempuan.

  1. Islam    ( Tidak wajib dan tidak sah haji orang yang bukan Islam )
  2. Berakal  ( Tidak wajib bagi orang gila dan bodoh )
  3. Baligh    ( Tidakwajib bagi kanak- kanak )
  4. Merdeka  ( Tidak wajib haji bagi hamba sahaya )
  5. Berkuasa ( Tidak wajib bagi orang yang tidak mampu )
Wajib menunaikan haji sekali seumur hidup begitu juga dengan umrah. Dan hukumnya sunat dilakukan berulang kali.

Jemaah melakukan tawaf di Baitullah


Ibadat Saie antara Safa dan Marwah

ADAB KETIKA BERDOA

Adab yang perlu dijaga ketika berdoa



Firman Allah SWT dalam surah al-Ghafir:

maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman :" Berdoalah nescaya Aku perkenankan untukmu ".


Hadis Rasulullah SAW :

maksudnya : " Doa itu adalah ibadah".



Adab yang perlu dijaga ketika berdoa :

  1. Hendaklah dalam berwuduk
  2. Hendaklah dalam keadaan menutup aurat
  3. Berdoa dengan mengadap ke arah kiblat
  4. Berdoa dengan khyusuk dan tawaduk
  5. Dimulakan dengan memuji kebesaran Ilahi
  6. Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  7. Membaca doa dengan penuh harapan agar doa dimakbulkan Allah SWT
  8. Di akhiri doa dengan selawat ke atas Nabi dan salam
  9. Amatlah bermakna apabila kita dapat memahami makna doa yang dibaca


Sabtu, 21 September 2013

Tempat - tempat yang mustajab berdoa


Masjidil Haram


Di kaki bukit Marwah
Ada beberapa tempat yang mustajab untuk kita berdoa sewaktu kita  menunaikan umarah atau haji.

  1. Di hadapan Kaabah
  2. Di Multazam
  3. Di belakang maqam Ibrahim di Masjidil Haram
  4. Di bawah pancur emas
  5. Di dalam kaabah/ Hijir Ismail
  6. Di atas bukit Safa
  7. Di atas bukit Marwah
  8. Di sisi zam zam
  9. Di tempat Saie
  10. Di padang Arafah
  11. Di Muzdalifah
  12. Di sisi Jamrah Al-Ula
  13. di sisi Jamrah Al-Wusta
  14. Di sisi Jamrah Al-Aqobah/kubra
  15. Di Mina
Oleh itu perbanyakkan doa ketika berada di sana. Jagalah adab ketika berdoa. Mudahan doa kita dimakbulkan Allah SWT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...