NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Jumaat, 8 Januari 2016

Taman Lavender Cameron Highlands

Keindahan serta cuaca yang dingin  di Cameron  Highlands  , menyebabkan  kami  suka datang ke sini. Perjalanan hanya 2 jam lebih je melalui Simpang Pulai  , anak-anakku tak suka ikut jalan Tapah kerana laluan yang berliku .. nanti pening dan muntah.

Taman Lavender Cameron Highlands terletak di Tringkap . Apabila kita ke Cameron melalui Simpang Pulai ... boleh singgah dahulu ke Lavender Garden sebelum terus ke Brincang. Taman yang cantik dan bersih , dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang cukup indah lagi mendamaikan. 

WAHH !! ... CANTIKNYA.
Sapa2 nak masuk ... bayar tiket dulu ye. Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM4 ... Ini harga tiket 2015 , 10 tahun akan datang tentu harga lain. 
Ini pandangan dari bahagian atas taman.
Bagi yang belum sampai Taman lavender ... mesti hati berbunga-bunga nak masuk sini kann. Jika pemilik boleh terus mengekalkan , menjaga keindahan serta kecantikan taman nie sampai bila2 , pengunjung pasti bertali arus .

Masuk je taman .... Deretan bunga lavender ... emm cantikkan !!. Sangat teruja bila sampai kat sini . Warna ungu , merah dan kuning ... Indahnya ciptaan Allah , kita akan rasa gembira, tenang , damai melihat kecantikan semulajadi. Masing2 bergambar di kawasan nie ... untuk dijadikan dokumentasi  atau  bukti dah sampai sini .. hi hi . 
Bila cuti sekolah ... memang ramai orang.. . Jadi kena sabar untuk ambil gambar .
Laluan untuk ke bahagian atas .. dipenuhi dengan deretan madu kelulut .
Subhanallah ... cantik betul bunga2 nie. 
Cantikkan bunga daisy .. macam2 colur ada. Setiap rombongan yang datang, mesti nk bergambar kat kawasan bunga daisy nie.  Memang puas hati singgah kat Lavender ni ... lebih-lebih lagi bagi peminat bunga .
Selain bunga-bungaan , terdapat juga kebun strawberi di bahagian atas dan boleh petik sendiri. Tapi kena tunggu musim strawberi .. baru boleh petik dengan sedikit  bayaran . Kalau tak musim , confirm daunya yang lebat .
Banyak gerai jualan di bahagian dalam terutama laluan keluar dari  Taman Lavender. Tempat tarikan pelancung , wajib ada gerai jualan macam nie. 
Disediakan juga surau  kecil di bahagian atas tu  yang boleh memuatkan beberapa orang sahaja dalam satu masa. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...