NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Isnin, 15 Februari 2016

Trip Ke Pulau Karimun , Indonesia

Akhir Januari 2016 kami merancang untuk membuat lawatan  penanda aras ke SDAHA Pontian Johor . Sebelum memulakan lawatan rasmi ... kami jalan2 dulu ke Pulau Karimun, Indonesia.  Perjalanan kami bermula jam 10 malam menuju ke jeti Kukup di Pontian , Johor . Perjalanan mengambil masa 6 hingga ke 7 jam ... penat jugalah duduk dalam bas tu.... almaklum jauh tuu.

Sampai di jeti Kukup hampir jam 5 pagi .. kami berhenti di surau berdekatan jeti. Sempatlah kami  menunaikan solat2 sunat sementara menunggu tibanya waktu subuh . Mudahan perjalanan kami diberkati Ilahi . Usai solat subuh ... kami terus bergerak ke Jeti , sarapan dulu .. dah kenyang baru kami menaiki feri . Tiket feri RM135 seorang dan mengambil masa hampir 1 jam perjalanan.

Ketibaan di jeti Tanjung Balai 
Suasana sekitar Hotel Paragon , Pulau Karimun

Bas kayu yang membawa rombongan kami meninjau sekitar pulau 
Dah tiba di Hotel Paragon , kami dijemput oleh pihak hotel menikmati jamuan ringan di cafe ... sementara menunggu bilik hotel di kemas ( kami sampai hotel lebih kurang jam 10 pagi ) ... sempat je kami menjengah kedai jualan sekitar hotel . Senang kaum ibu2 nak berbelanja. Waktu malam .. jalan2 pula ke pasar malam berdekatan hotel .
Kami melawat seterusnya menunaikan solat jamak dan qasar di Masjid Agung Pulau Karimun . Masjid yang cukup indah senibinanya.
Siap ada replika kaabah ... mudah nak buat kursus haji  . Kalau kat sekolah ada macam nie ... bestnya . Senang nak  ajar murid2 tajuk Ibadah Haji ... boleh amali sekali .
Masakan Padang menu untuk makan tengahari .... Saya memang suka masakan Padang nie . Dah kenyang ... kami teruskan ke destinasi lain.
Pasar Maimun ... tak banyak tempat sempat dilawati kerana masa yang singkat. Kami beli baju pasang , kain batik , kain palikat dan batik lepas . Beli la sikit makan untuk ole-ole 
Selamat tinggal Karimun ..
Kenangan indah bersama rakan sekerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...