NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Ahad, 26 Oktober 2014

Majlis Aqiqah Dan Bercukur

Aqiqah ialah menyembelih binatang al-a'nam sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana dikurniakan zuriat. Hukumnya adalah sunat muakkad . Disunatkan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. Sunat dilakukan aqiqah pada hari ketujuh kelahiran bayi.
Apa yang perlu dilakukan pada majlis aqiqah. .... menyembelih binatang aqiqah dan  daging aqiqah dimasak manis serta dibuat jamuan serta memberi nama yang baik pada bayi . Kemudian melakukan  "tahnik " iaitu memasukkan sedikit manisan ( kurma atau madu ) ke lelangit mulut bayi.... kita mulakan kehidupan anak dengan sesuatu yang manis. Dicukur rambut bayi .
Majlis aqiqah Muhammad Khairul Rayyan Bin Khairul Faisal
Dendang Fatimah buat Khairul Rayyan 
Memulakan cukur rambut 
Marhaban ...
3 kali pusing tau..
Kumpulan Marhaban kampung Tali Air 7 Sungai Leman
Sungguh comel .... 
Antara menu yang disediakan

Khairul Rayyan .... Semoga menjadi anak yang solah 

Khamis, 9 Oktober 2014

Majlis Walimatul Urus Di Sekin Resort

Majlis Walimatul Urus yang diadakan di dewan terbuka  Sekin Resort Sekinchan ... tempat yang selesa kerana ruang yang luas  , parking kereta  luas dan redup sebabnya di celah-celah pokok sawit. Ada beberapa Keistimewaan disini. .... tempat penginapan yg selesa, Restoren Ikan Bakar, kemudahan surau , tempat berhampiran pantai, ada kolam ikan dan menara tinjau .
Pemilik tempat ini adalah orang melayu ... tahniah.

Selasa, 7 Oktober 2014

Ibadah Korban Di Masjid Nurul Falah

Pada hari ahad lepas 6 ekor lembu telah dikorbankan di  masjid Nurul Falah.  Ramai yang hadir untuk sama-sama membantu menguruskan ibadah korban serta bergotong royong memasak. Jamuan yang disediakan adalah nasi bersama sup tulang dan hati masak kicap.
Jom lihat aktiviti yang dilakukan di masjid..
Terima kasih kepada penyembelih korban yang memberikan gambar2 ini

Ibadah Korban Di Kemboja

Alhamdulillah syukur ... Allah SWT telah memberikan rezeki dan  kesempatan untuk masyarakat Islam di Malaysia menunaikan ibadat korban di kemboja. Terima kasih diucapkan kepada  pihak yang telah membantu menguruskan ibadah korban di sana. Kesungguhan mereka menguruskan ibadah korban ini semoga Allah memberkati usaha anda semua dan ibadah korban kita diterima .
Setiap tahun masjid dan surau di tempat kita pasti akan menyembelih beberapa ekor lembu , berkilo - kilo kita dapat agihan daging korban . Kadang-kadang kita simpan dalam peti ais sampai berminggu-minggu baru habis. Jadi cukup baik jika kita dapat meluaskan agihan daging korban ini hingga ke Kemboja kerana umat Islam di sana rasanya lebih memerlukan. wallahu a'lam

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj : 34
Maksud ayat : "Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat "

Dan lagi firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj : 37
Maksud ayat : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".

Banyak pihak yang menguruskan korban dan akikah di sana. Boleh google  untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tahun ini satu bahagian lembu bagi ibadah korban adalah sebnyak RM250 sahaja . Manakala satu bahagian lembu di Malaysia adalah sebanyak RM500 . 
Jom sama-sama kita amalkan sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam surat Al-Kautsar : 2
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)".

Ibadah Korban Di Tali Air 8

Ibadah korban di kampung Tali Air 8 Sungai Leman Sekinchan . Alhamdulillah syukur kerana tahun ini 6 ekor lembu telah dikorbankan . Orang-orang kampung bergotong royong menyembelih, melapah, menimbang daging korban untuk diagihkan kepada 150 keluarga.
Mereka bekerjasama pula untuk memasak nasi, sup tulang, hati masak black pepper dan ayam masak merah. Selesai jamuan .... gotong royong pula untuk membasuh pinggan serta mengemas peralatan. Kesian tuan rumah jika tak dikemas.
Seperi tahun lepas ibadah Korban penduduk kampung diadakan di rumah Imam Samad kerana di situ peralatan  mencukupi.
semangat gotong royong @ gejobos mengeratkan silaturrahim

Membasuh tulang untuk di masak sup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...