NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Ahad, 29 Disember 2013

Cekodok Nangka


Alhamdulillah ..... sebab dapat buah nangka dari Ateh. Nangka adalah buah kegemaranku. Ramai orang tak makan nangka sebab angin katanya.

Buah ini adalah buah yang sgt digemari ketika mengandung dulu . Selain dimakan begitu sahaja .... ia juga boleh dibuat cekodok. Rasanya yang manis sangat istimewa tau untuk dibuat cekodok.  Jom saya kongsikan cara untuk membuatnya.

Bahan-bahannya :

2 cawan nangka yang telah digunting kecil2
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu gula
1 1/2 cawan air
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara - caranya :
  • Satukan buah nangka yang sudah digunting kecil2 , tepung gandum dan gula.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Apabila ia sudah sesuai untuk digoreng maka tak perlu ditambah air....nnti jadi lembik .
  • Bila minyak sudah panas... Jemput/ambil  sedikit demi sedikit tepung dan masukkan ke dalam kuali.
  • Goreng hingga kuning keemasan. Toskan minyak dan sedia untuk hidangan. 
nangka yang telah digunting kecil

Bancuhan tepung


Bagi anda yang suka nangka .... boleh cuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...