Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 18 Disember 2013

Buah Kerdas



Kerdas atau nama saintifiknya Archidendron Bubalinum boleh dikategorikan sebagai ulaman. Buah kerdas yang matang /tua ia berwarna coklat kehitaman dan isinya berwarna krim susu.



Apabila dimakan ia akan menghasilkan bau yang cukup kuat sama seperti buah jering. Rasanya yang lemak manis sedap dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan atau sambal tempoyak.



Buah kerdas dan sambal tempoyak emmm pembuka selera

Khasiat buah kerdas ....

Ia mengandungi vitamin A, vitamin B dan vitamin C selain daripada kandungan protin, karbohidrat dan lemak. Kerdas juga dikatakan boleh melawaskan kencing, membantu meneuteralkan kandungan gula dalam darah dan membantu dalam mengawal darah tinggi. 

Selain dari itu .... jangan lupa ye... ia jadi pewangi tandas... kih kih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...