NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Jumaat, 30 Januari 2015

Bergedel Ayam

Bahan A
300 gram kentang (direbus @ digoreng dan dihancurkan)
200 gram ayam kisar (ramli burger)
2 biji cili merah ( dihiris  halus )
1 pokok daun bawang (dicincang halus )
5 biji bawang merah (  digoreng garing )
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Bahan B
2 biji telur
Minyak masak untuk menggoreng

Cara - caranya :-

1. Goreng kentang separuh masak
2. Hancurkan kentang goreng
3. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan  gaul rata
4. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper
5. Panaskan minyak di dalam kuali
6. Celupkan adunan di dalam telur dan gorengkan dengan api yang kecil sehingga masak
7. Angkat dan tuskan
8. Hidangkan dengan sos cili

Resepi Roti Bakar

300gm daging  kisar
2 ulas bawang  putih 
1 biji bawang  besar dipotong  dadu
1 biji capsicum  hijau saiz s
Setengah  peket perencah black pepper maggie 
Garam dan gula secukup  rasa 
12 keping roti gardenia 
3 biji telur  ayam 
200ml susu segar
8 keping keju
Keju parut mozarella 

Cara - caranya  :  

  • Panaskan sedikit  minyak  
  • Tumis bawang  putih  hingga  wangi
  • Masukkan  daging  kisar hingga separuh masak
  • Masukkan bawang dengan capsicum
  • Masukkan perencah black pepper dengan 2 sudu air
  • Perasakan dengan gula dan garam masak hingga air kering
  • Tutup api dan ketepikan biar sejuk
  • Sapukan loyang  dengan butter
  • Bancuh telur dan susu sehingga sebati
  • Celupkan roti dalam bancuhan susu
  • Susun dalam bekas sampai penuh tapak loyang 
  • Masukkan daging tadi atas roti dan ratakan 
  • Susun cheese atas daging
  • Tutup dengan lapisan roti yang dicelup roti seperti tadi
  • Tabur keju parut di atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
  • Bakar dalam suhu 150-160 api atas bawah selama 30-40 minit
  • Siap untuk minum petang.
Terima  kasih  buat rakan yang memberi resepi ini pada saya.
Selamat mencuba
Kami tukar daging dengan ayam ... sedapp

Khamis, 22 Januari 2015

Mengutip Kenangan Ibadah Haji 2009

Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah ... hanya ini gambar kenangan semasa kami menunaikan ibadah haji tahun 2009 yang lalu. Gambar yang lain semuanya hilang apabila hard disk dimakan virus. Mengimbau kenangan  ... Dapat berada di bumi Mekah dan Madinah terutama ketika beribadah di dua masjid iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram adalah sesuatu yang sangat istimewa. Syukur

Masjid Nabawi , Madinah pada tahun 2009.
 Alhamdulillah .. Terima kasih ya Allah kerana kami telah terpilih untuk menjadi tetamuMu. 
Mendengar taklimat sewaktu di Tabung Haji Kelana Jaya sebelum menaiki bas  ke lapangan Terbang KLIA...  Penerbangan ke Jedah selama 8 jam ... cukup lama  dan apabila sampai ke bahagian imegrisen ... komputer tergendala menyebabkan ratusan jemaah  tersekat di situ beberapa jam. Setelah komputer ok, barulah kami dapat melepasi imegrisen bagi meneruskan perjalanan ke Madinah.
Menunaikan ibadah haji sangat memerlukan kepada  kesabaran, kekuatan mental dan fizikal kerana ujian sudah pun bermula apabila melangkah meninggalkan rumah.... jemaah akan menempuhi perjalanan yang jauh , perlu menunggu/berbaris lama untuk urusan pasport, bagasi , menunggu bas untuk ke sesuatu destinasi,  ketika mengambil makanan, menunggu lif , banyak berjalan , cuaca panas terik, habuk , kesesakan manusia dan sebagainya. Tahun 2009 jemaah berhadapan dengan isu H1N1 dan banjir yang buruk di Arab Saudi  ... Apa pun situasi yang dihadapi ... mohonlah kepada Allah SWT agar semua urusan dipermudahkan... Allahumma rabbi yasir wala tuasir dan sentiasa melakukan solat hajat .
Sewaktu ziarah luar di Masjid Nabawi . Kubah hijau .... disitulah Maqam Rasulullah SAW
Setelah 12 hari berada di Madinah Al Munawwarah , jemaah haji berangkat pula ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah dan haji. Alhamdulillah ... ini saat yang dinantikan ketika itu. 8 jam perjalanan dari bumi Madinah ke Mekah ... perhentian  pertama jemaah adalah di Mikat Bir Ali. Bertalbiah sepanjang perjalanan ..
Berniat ihram umrah di miqat di Bir Ali bagi  melaksanakan umrah pertama buat kami.  Bermula 13 perkara yang dilarang semasa ihram.

Subhanallah ... Ya Allah ya Rabb ... kami memohon kepadaMu ... berilah kesihatan kepada kami, murahkan rezeki kami ya Rahman agar kami dapat kembali  menzirahi  serta beribadah di Masjidil Haram .
           

Bersama rakan di Miqat Ja'ranah

Sabtu, 17 Januari 2015

Nasi Bamboo Sungai Klah

Gerai Nasi Bamboo  Sungai  Klah  nie terletak  di jalan menuju ke Hot Springs  Sungkai .  Kami singgah  makan tengahari  setelah  check  out dari Hot Springs . Ramai yang menceritakan pada saya tentang keistimewaan Nasi Bamboo .. mesti rasa ni. Mula2 pilih lauk yang disukai dan bayar, kemudian  ambil nasi bamboo dan bayar. Akhir sekali oder minuman. Semuanya  layan diri. Alhamdulillah . ... memuaskan .
Bagi yang belum pernah merasa ... boleh la mencuba ayam kg bunian
Harga menu berpatutan 
Antara lauk pauk yang dijual ... ayam kg bunian dan ayam kg serabut . Kami juga suka kerabu
Nasi bamboo .... 1 batang RM2.50 . Buluh yang telah diisi beras serta dikukus hingga masak. 
Banyak nasinya ... tak habis nak makan seorang. Bila kami dah bayar lauk pauk dan nasi bamboo ... tetiba datang pula segala ulam ni bersama 1 mangkuk kuah kari. Makin banyak la pulak lauk2 kami, sendainya ku tahu  ulam2 ni disediakan bersama nasi .... tak perlu ku ambil sayur lemak untuk kuah.
Ayam percik , ikan keli , 2 jenis kerabu, sayur lemak , ulam-ulaman.

Bercuti Ke Hot Springs Sungkai

Alhamdulillah . ..cuti akhir tahun 2014 seorang  sahabat mengajak untuk pergi bercuti  ke Hot Springs Sungkai . ..... Inilah  yang  dikatakan  rezeki apabila  semuanya  telah  diuruskan. Tempat  penginapan  telah pun ditempah  dan dibayar olehnya. Kami  tinggal   masuk je .... terima kasih sahabatku ...semoga  dirimu dan keluarga diberi kesihatan ,  dimurahkan  rezeki  dan  dipermudahkan  segala  urusan.  
Bilik2 penginapan  yang luas dan selesa. Suasana cukup mendamaikan  dan sangat sesuai  sebagai  tempat percutian  keluarga. 
Di sinilah kami menginap . ..
Cukup luas
Sahabatku dan keluarganya menginap di villa ini . Villa satu bilik  tetapi  bilik tidur dan ruang tamu cukup luas. Dapur yang selesa serta disediakan  beberapa  kelengkapan  dapur bagi memudahkan  penghuni untuk masak. 
Ada... "private  pool"  bagi yang tinggal  di  vila.. suka hatilah nak berendam berapa lama  .... sampai kecut pun tak pe. Villa 1 bilik maka hanya sebuah kenderaan sahaja dibenarkan masuk ke kawasan villa . Jika datang ramai ... kenderaan  lain kena parking  kat luar.
         Room          
Rack Rate ,Super Peak , Peak, Low

Deluxe  300 250 220 180

Villa 1  1000 700 600 500

Villa 2 1200 900 800 600

Villa 3 1500 1100 1000 700

Super Peak : Public Holidays, School Holidays, Eve & Festive Holidays

Petunjuk Arah memudahkan pengunjung yang pertama  kali ke sana. Bilik2 penginapan  dan villa ... kedudukannya agak jauh.
Meranti Coffee  House  
 Kehijauan pokok sawit mewujudkan suasana yang tenang dan damai. 
Berikut Harga Tiket  :
  Dewasa           RM 12
  Kanak2           RM 10
Warga Emas   RM 7
 OKU              RM 2
Anak2 boleh  mandi manda di kolam sejuk air gunung ataupun kolam air panas. 
Boleh  rebus telur kat air panas nie. 1 manggkuk ada 6 biji telur ayam dengan harga RM5. Di sini makanan dari luar tidak dibenarkan  di bawa masuk.
Jika nak separuh masak ... rebus 3 minit je.
Boleh  jalan2 di Taman Terapi dan berendam   dalam kolam air panas yang tersedia.
Disebelah tu punca air panas
Rendam kaki .. Mudahan  kita sihat. Sambil rendam kaki .... bolehla nikmati  telur rebus bersama kicap cair dan lada putih. Memang bestt
Kami ambil lumut2 hijau yang dekat batu tu ... lumur dan gosok perlahan pada tangan.... hasilnya tangan bersih dan lebih putih. Kami gosok pula pada muka ... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...