NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Sabtu, 29 Mac 2014

KEPUTUSAN MUZAKARAH KHAS JAWATANKUASA FATWA MENGENAI TRAGEDI MH370

KEPUTUSAN MUZAKARAH KHAS
JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI TRAGEDI MH370
Tarikh: 25 Mac 2014
Masa: 6.00 Petang
Tempat: Dewan Syura JAKIM

1.Setelah mendengar dan meneliti tiga (3) kertas kerja yang telah disediakan mengenai penentuan hukum syarak dalam tragedi MH370, dan setelah berbincang serta meneliti semua pandangan ulama’ serta pandangan ahli-ahli pakar pelbagai bidang sejak daripada tragedi ini berlaku pada 8 Mac 2014 hinggalah kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth Australia, Muzakarah menegaskan bahawa pensabitan kematian seseorang mempunyai kesan dan implikasi yang besar dari perspektif syarak. Justeru dalam Islam terdapat kaedah-kaedah yang telah digariskan bagi menangani permasalahan mereka yang tidak diketahui samada masih hidup atau sudah mati, dan dalam Fiqh kes seperti ini dikenali sebagai Mafqud (orang yang hilang).

2.Muzakarah menjelaskan bahawa berdasarkan pandangan as-Syafie “Mafqud ialah orang yang tidak didengari khabarnya, dan barangkali kemungkinan besarnya dia telah mati”. (Al-Syafie, Al-Umm, 6:182). Para ulama memperincikan bahawa mafqud dibahagikan kepada dua bahagian dan hukum kedua-duanya adalah berbeza. Pertama: Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dianggap telah terkorban. Mafqud bahagian ini ialah orang yang hilang dalam suatu bencana kebinasaan. (Ibn Qudamah, Al-Mughni, 6:389). Kedua: Mafqud yang secara zahir dia masih hidup. Contohnya seseorang yang keluar dari rumahnya untuk berniaga atau melancong tetapi tidak kembali pulang ke rumahnya.

3.Daripada contoh mafqud yang dibawakan oleh Ibn Qudamah, Muzakarah berpandangan bahawa dalam kes pesawat MH370 yang berakhir dalam lautan yang amat luas dan dalam, mayat-mayat dan bangkai pesawat menghadapi kesukaran untuk ditemui, dan pandangan pakar mengatakan bahawa survival manusia untuk hidup adalah tipis, maka kes ini bolehlah dikategorikan sebagai Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dia dianggap telah terkorban.

4.Muzakarah juga menjelaskan bahawa mengenai kadar tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya, tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap. Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.
Muzakarah juga berpendapat bahawa perbezaan yang ketara dari segi uruf dan masa perlu diambilkira dalam penentuan tempoh mafqud ini kerana ia memberi kesan dalam pengsabitan hukum-hakam seterusnya.

5.Dalam hal ini, Muzakarah memutuskan bahawa dalam tragedi MH370 ini, keperluan menetapkan tempoh mafqud adalah terletak kepada pertimbangan ulil amri berdasarkan kepada ijtihadnya selaras dengan pandangan majoriti ulama, termasuk mazhab Syafie, mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan satu riwayat mazhab Hanbali. (Nihayah al-Muhtaj, 6:28; Hasyiyah al-Dusuki, 4:434; Hasyiyah Ibn Abidin, 3:332; Al-Kasysyaf, 4:391).
Justeru, berasaskan kepada Kaedah Fiqhiyyah iaitu ‘Menghilangkan Kemudaratan’, lima(5) prinsip Maqasid Syariyyah iaitu menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal serta berasaskan kepada Siyasah Syariyyah dalam menjaga kemaslahahatan keluarga dan pihak-pihak yang terlibat serta bersesuaian dengan uruf dan waqi’, Muzakarah memutuskan bahawa keadaan mafqud dalam tragedi ini tidak memerlukan kadar tempoh tertentu kerana usaha-usaha pencarian yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan lautan yang amat mencabar serta qarinah-qarinah yang boleh diambilkira sebelum dan selepas pengumuman Kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, telah melalui tempoh munasabah bagi mafqud yang boleh diputuskan oleh
Ulil Amri.

6.Sehubungan itu berdasarkan semua keterangan dan hujah-hujah yang dinyatakan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa semua penumpang pesawat MH 370 adalah dikategorikan sebagai “Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban”.
Oleh itu, memandangkan usaha-usaha mencari telah dijalankan dalam tempoh yang munasabah bagi mafqud dengan penggunaan pelbagai aset dan alat komunikasi berteknologi tinggi serta kewujudan qarinah-qarinah yang boleh diambilkira, maka Muzakarah berpendapat bahawa penumpang pesawat MH370 tersebut boleh dianggap telah terkorban. Walau bagaimanapun pengesahan atau pensabitan kematian hendaklah diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Muzakarah juga berpandangan bahawa memandangkan pihak berkuasa masih terus mencari kesan daripada tragedi tersebut termasuk mayat atau cebisan mayat penumpang yang terkorban, maka Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan lagi.

7.Muzakarah juga memutuskan bahawa jika dalam usaha pencarian kesan daripada tragedi tersebut, pihak berkuasa berjaya menemui mayat atau cebisan mayat, maka wajiblah diuruskan mayat tersebut seperti yang ditetapkan oleh Islam.
Oleh kerana penumpang MH370 ini terdiri daripada berbagai agama dan jika tidak dapat dibezakan antara Islam dan bukan Islam, maka untuk menguruskan mayat orang Islam dalam keadaan bercampur ini, hendaklah diuruskan kesemua mayat yang dijumpai tersebut mengikut Islam dan sewaktu Solat Jenazah hendaklah diniatkan hanya untuk orang Islam sahaja.
Jika yang ditemui itu hanya cebisan-cebisan atau sebahagian anggota kecil sahaja, maka hendaklah dikumpulkan semuanya dan diuruskan mengikut Islam dan ketika Solat Jenazah hendaklah diniatkan untuk orang-orang Islam sahaja.

8.Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, Muzakarah menegaskan bahawa ianya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan unda
ng-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.

9.Muzakarah juga berpandangan bahawa dalam menghadapi suasana tragedi ini, pelaksanaan ibadah-ibadah seperti Solat Hajat, bacaan Yasin dan sebagainya bolehlah diteruskan oleh umat Islam.

10.Muzakarah juga memutuskan bahawa orang-orang Islam yang disabitkan kematiannya dalam tragedi MH370 ini adalah tergolong sebagai Syahid Akhirat berasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan bahawa mati kerana tenggelam termasuk dalam salah satu kategori Syahid Akhirat.

Disediakan oleh:
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Setiausaha
Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Disahkan oleh:
PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN
Pengerusi
Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
26 Mac 2014

Khamis, 27 Mac 2014

Ladang Apel Di Malang , Indonesia

Inilah hotel kami di Malang ...Hotel Sahid Montana. Hotel yang cantik .. tapi tak de lif....aaaa syahdu. Mujurlah pekerja hotel berhati mulia.... tolong angkutkan bagasi kami yang banyak nie. Hari ini ...adalah hari keempat kami di Indonesia dan destinasi kami adalah ladang Apel di kampung Batu , Malang. Hari pertama di Solo, hari kedua dan ketiga di Ponorogo, hari keempat di Malang dan hari kelima di Surabaya. Walaupun jauh dan penat... tapi menyeronokkan.

Hotel Sahid Montana
Ruang makan yang selesa
Cikgu Mashor dan isteri
Pengerusi Kelab Guru
Rakan2 menikmati sarapan
Menu breakfast
Kota Malang
Malang adalah bandar kedua terbesar selepas Surabaya di Pulau Jawa , Indonesia. Sebuah bandar yang cantik dan merupakan bandar pendidikan kerana terdapat banyak sekolah dan Universiti di Malang.... Universiti Merdeka Malang, Universiti Negeri Malang, Universiti Brawijaya, Universiti Muhammadiah Malang, Universiti Islam Malang dan terdapat beberapa buah Universiti lagi.
Universiti Muhammadiah Malang
Madrasah Tsanawiyah Negeri Malang 1
Universiti Negeri Malang
Kedai Brawi Jaya...
Sebelum sampai ke ladang apel, kami singgah dahulu di Brawi Jaya ..sebuah kedai yang sangat luas dan selesa. Kedai yang menjual oleh2 dan cenderamata untuk dibawa pulang. Di sini disediakan kemudahan surau , ruang makan serta tandas yang cantik dan bersih. Hampir sejam kami berada disini untuk memborong bermacam2 kerepek . Kerepek apel, nangka, salak dan dodol apel ....  banyak diborong oleh rombongan kami....rasanya ada 20 kotak kerepek...emm banyakkan.
Macam-macam ada....
Pelbagai cenderahati ada di sini .... 
Luas, bersih dan selesa ... wah buat promosi pulak ye.
Sangat sedap dan  rangup ... kerepek nangka dan apel. Saya suka ...
Beraneka kerepek di sini  ... pilih je yang mana suka.
Dah siap memborong ... packing pulak yer. Biar senang nak bawa dan ia tidak akan mudah hancur. Harga sekotak 5000 rupiah je
Kita tulis nama ye... supaya tidak tertukar dengan orang lain.
Jom Ke Ladang Apel, Kampung Batu, Malang  .................
Destinasi seterusnya ke Ladang Apel yang terletak di kampung Batu, Malang. Oleh kerana bas tidak boleh sampai ke ladang apel, ada van yang menanti untuk membawa kami sampai ke sana. kehadiran kami disambut dengan " welcome drink sari apel" .  Pokok apel yang rendang memudahkan kami untuk memetiknya. Kami dibenarkan  makan buah apel sepuas hati. Tapi ... lalu ke nak makan banyak-banyak?? Nak datang ke ladang apel... sebaiknya bawa air kosong biar senang nak basuh buah tu sebelum di makan. Jika ingin dibawa pulang, harga sekilo IDR 10,000 sahaja . Masing-masing teruja nak memetik apel hingga ada yang memanjat pokok semata-mata untuk mendapatkan buah apel yang lebih besar. Selesai bergambar, makan buah apel  dan memetik apel, agenda seterusnya adalah makan tengahari. Maklumla .... perut pun dah lapar.
Menaiki van untuk ke ladang apel
Welcome drink dari sari apel... setiap seorang dapat satu 
Father and son
Rasa yang manis banget
Beg plastik yang dipenuhi apel
Panjat... jangan tak panjat.
Dah makan, dah petik apel .... jom balik
Sekilo cuma 10 000 rupiah.
Menunggu van...
Kami menjamu selera di Batu Bistro , kampung Batu, Malang. Menikmati hidangan tengahari yang meyelerakan sambil duduk bersantai di tepi kolam ikan ...mampu mewujudkan suasana damai dan tenang. Setelah perut kenyang , barulah bermula aktiviti memberi makan ikan-ikan yang pelbagai saiz dan bewarna-warni di dalam kolam. Kami meninggalkan Batu Bistro menuju destinasi seterusnya iaitu SURABAYA. Perjalanan ke Surabaya mengambil masa selama 3 jam.
Batu Bistro... di sini kami menjamu selera 
Hidangan tengahari ... ikan gurami
Menjamu selera
Cantikkan...
Memberi ikan-ikan tu makan
suasana nyaman dan damai ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...