NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Sabtu, 9 September 2017

ALPINE D'BAYU RESIDENCE

ALFINE D'BAYU RESIDENCE adalah homestay bagi anda yang ingin bermalam di Kundasang . Jika tidak berminat dengan homestay .. Ada banyak pilihan hotel di sekitar Kundasang .  ALFINE D'BAYU dan Kiram's Village berada dalam kawasan yang sama. Saya dimakumkan bahawa pengusaha kedua tempat ini ada hubungan kekeluargaan .

Setelah selesai pendaftaran anak di UMS ,  saya dan suami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Kami ke sini untuk meninjau penginapan di Kiram's Village bagi percutian keluarga pada bulan November  nanti. Tapi setelah sampai ..tiada petugas di kaunter Kiram . Kami pun meninjau  ninjau penginapan serta melihat sekitar ALFINE D'BAYU dengan bantuan staf Alfine .  Setelah melihat keadaan homestay dan sekitarnya .... Akhirnya kami ambil keputusan untuk menginap di sini bulan November nanti .

Saya kongsikan beberapa keping gambar yang di ambil ketika membuat lawatan di homestay Alfine D'Bayu . Boleh jadi rujukan bagi yang belum sampai di sini .
Sila naik ke atas ..
Homestay CYPRESS ( 3 bilik ) ... kami pilih ini.
Kiram Village .. hanya di hadapan Alfine D'Bayu
View Kiram Village
Boleh rujuk harga di sini bagi yang mahu bermalam di homestay
Homestay CINNAMON ... persekitarannya buat saya jatuh cinta . Cantik dan selesa
Setiap homestay disediakan tempat untuk BBQ di bahagian belakang ... bestkan
Homestay kedua yang dipilih adalah Cinnanom ... tapi tak available pada tarikh yang dikehendaki . Jadi kami ambil Acacia . Untuk dua homestay kami perlu bayar RM600.00 semalam . Deposit separuh harga sahaja . 
ALFINE D'BAYU 
Suasana seperti di kampung sendiri
Kami pilih dua homestay kerana jumlah keluarga kami yang ramai ( 12 orang ) 
Tiada kipas dan aircond sebab di sini sejuknya sampai ke tulang som som terutama waktu malam .
Nanti kami nak masak2 kat sini 
Cadang nak buat BBQ nanti ... tunggu ye 
Kiram Village
Jika ada kesempatan .. saya akan kongsikan percutian kami di sini bulan November nanti . Selesai urusan , kami segera meninggalkan Kundasang menuju airport Kota Kinabalu untuk pulang ke Semenanjung . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...