Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Sabtu, 14 Disember 2013

Apa Dosa Bayi Ini !!!!

Bayi yang tidak berdosa, kenapa ia dibuang, ditinggalkan oleh ibunya dalam kesejukan, dalam  kelaparan dan tangisan .... Tersentuh lagi hati ini apabila membaca isu pembuangan bayi yang disiarkan oleh akhbar hari ini.

PUCHONG - Penduduk di Bandar Kinrara gempar apabila seorang bayi perempuan yang hanya dibalut sehelai sarung bantal ditemui dibelakang sebuah rumah dekat sini, awal pagi tadi. Bayi berkenaan ditemui seorang wanita selepas dia terdengar tangisan yang tidak henti-henti di belakang rumah didiaminya.

Terlalu banyak berita seperti ini..... 

Lihat gambar di bawah..

Apa dosa bayi ini?

Seorang bayi perempuan berusia 13 hari masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai  jam 5.30 pagi pada 18 Oktober 2013 ... dipercayai ditinggalkan.

Mayat lelaki baru lahir ditemui terapung

Bayi itu ditemui dalam keadaan sudah kembung dan tanpa pakaian. Dipercaya ia baharu dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih ada pada bayi itu...Ipoh 31 Ogos 2013.

 Bayi ditemui di hadapan kuil

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi 8 Jun 2013, bayi lelaki yang baru berusia seminggu itu ditinggalkan di kuil Sitiawan, Perak dalam keadaan lengkap berpakaian.

kejam bayi dibuang dari tingkat 3 flat desa mentari kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman

Pembunuhan Kejam..... Bayi ini mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari.

Kenapa masih berlaku perkara sedemikian ... ia amat menyedihkan. Kenapa dibuang ? ditinggalkan ... dibunuh ??. Banyak pasangan yang berkahwin .. tapi tiada anak. Mereka dikurniakan anak, tapiii ... ini pula yang berlaku. 

Ingatlah....
Anak adalah amanah Allah. Kelahirannya bukan untuk dizalimi apatah lagi dibunuh. Anak yang telah dilahirkan perlu dijaga dan diberi haknya. Walaupun ia anak hasil dari hubungan sulit / anak luar nikah ..... bayi itu tidak berdosa. .. Ia tidak bersalah. Jadi ... ia jangan dibuang atau dibunuh . Allah SWT memberi amaran dalam
 surah al-An'am : 151


Dalam surah al-An'am ayat 140 , manusia diingatkan lagi agar jangan membunuh ...


Seandainya bayi tadi ditinggalkan di mana2 tempat .... dan bila ditemui ia sudah tidak bernyawa.... kedudukannya ... sama seperti bayi itu dibunuh. Ada bayi yang ditinggalkan/dibuang di hadapan rumah, dibelakang rumah, di surau, di masjid dan tempat2 lain.... ada yg masih hidup dan ada yg sudah tidak bernyawa. 
Perkara ini cukup menyedihkan dan memalukan

Oleh itu... bagi mereka yang telah terlanjur atau terfikir nak berbuat demikian.... , Insaflah dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat hamba2 Nya.

Apabila dosa serta maksiat begini berleluasa... apa yang dibimbangi ialah datangnya azab dan kutukan dari Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...