Dahulu tak pandai makan sambal tahun apabila ia dimasak bersama kulit lembu. Sambal Tahun dimasak dengan kulit lembu... itu memang resepi sejak bertahun-tahun lamanya. Namun sekarang .... dah jatuh cinta dengan sambal tahun. Anak2 pun suka sangat ... siap hirup macam makan sup. Adoi... Embah pun tak pernah buat macam tu. Oleh kerana kami tak makan kulit lembu , jadi saya tukarkan ia dengan kerang. Saya kongsikan resepi agar mudah buat anak2 saya membuatnya.
Bahan-bahannya :
1.5 kg lengkuas muda ( dihiris halus )
3 kg kerang ( ambil isi kerang )
100gm cili padi
1 mangkok santan pekat
2 keping asam keping
5 ulas bawang merah ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( dihiris )
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit minyak untuk menumis
1.5 kg lengkuas muda ( dihiris halus )
3 kg kerang ( ambil isi kerang )
100gm cili padi
1 mangkok santan pekat
2 keping asam keping
5 ulas bawang merah ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( dihiris )
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak :
- Rebus kerang bersama sedikit air , apabila kerang dah terbuka tutup api. Sejukkan dan ambil isi kerang sahaja.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk ... goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan hirisan lengkuas, tumis seketika kemudian masukkan cili api dan 1 cawan air , gaul rata dan tambahkan sedikit air lagi bila ia kering .
- Apabila lengkuas sudah lembut, masukkan asam keping , kerang, santan, garam dan perasa. Masak lagi hingga ia sebati. Bila rasanya sudah cukup ..... boleh tutup api.

Selamat Menjamu Selera
Lengkuas di hiris halus dan ditumis dalam periuk
Sambal Tahun yang dah siap dimasak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan