Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Selasa, 7 Oktober 2014

Ibadah Korban Di Kemboja

Alhamdulillah syukur ... Allah SWT telah memberikan rezeki dan  kesempatan untuk masyarakat Islam di Malaysia menunaikan ibadat korban di kemboja. Terima kasih diucapkan kepada  pihak yang telah membantu menguruskan ibadah korban di sana. Kesungguhan mereka menguruskan ibadah korban ini semoga Allah memberkati usaha anda semua dan ibadah korban kita diterima .
Setiap tahun masjid dan surau di tempat kita pasti akan menyembelih beberapa ekor lembu , berkilo - kilo kita dapat agihan daging korban . Kadang-kadang kita simpan dalam peti ais sampai berminggu-minggu baru habis. Jadi cukup baik jika kita dapat meluaskan agihan daging korban ini hingga ke Kemboja kerana umat Islam di sana rasanya lebih memerlukan. wallahu a'lam

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj : 34
Maksud ayat : "Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat "

Dan lagi firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj : 37
Maksud ayat : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".

Banyak pihak yang menguruskan korban dan akikah di sana. Boleh google  untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tahun ini satu bahagian lembu bagi ibadah korban adalah sebnyak RM250 sahaja . Manakala satu bahagian lembu di Malaysia adalah sebanyak RM500 . 
Jom sama-sama kita amalkan sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam surat Al-Kautsar : 2
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...