Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 29 November 2013

Trip ke Singapore

Lawatan ke Singapura bersama guru2 SMK Jeram .....
 Pagi lagi kami sudah  sampai di Tambak Johor dan terus ke  imigresen Singapore untuk pemeriksaan passport , bagasi/beg.  Untuk anda yang nak melancung ke mana2 negara pastikan passport masih belum tamat tempoh iaitu  6 bulan dari tarikh anda melancung. Setelah selesai urusan passport ..... kami meneruskan perjalanan . 

Dari pemerhatian saya ... Singapore cantik dan bersih.
Penduduk Singapore amat menjaga kebersihan .... sesiapa sahaja termasuk pelancung yang membuang sampah merata2 pasti akan disaman . Jadi hati2 ye bila datang ke sana. Satu lagi sikap baik yang diamalkan mereka ialah .... mereka cukup menjaga masa. 

Tempat2 menarik yang sempat dikunjungi....

Arab Street  .... tempat shopping

Kelihatan bangunan popular di Singapore seperti Esplande iaitu pusat pertunjukan seni
Tempat yang pasti dikunjungi pelawat iaitu Merlion  .... iaitu Patung Singa
Di belakang itu adalah ... Marina Bay Sand Building ( Bangunan seperti ada kapal di atasnya)
Bergambar di sini.... menunjukkan anda telah sampai ke Singapore

Membeli belah di China Town
China Town

Pulau Sentosa terkenal sebagai tempat pelancungan. Di dalamnya terdapat muzium, taman rekreasi , Universal Studio Singapore dan macam2 lagi. 

Khamis, 28 November 2013

Rose Valley, Cameron Highland

Rose Valley terletak di pekan Tringkap,  Bayaran masuk ke sini RM 4 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak2 . Puluhan  jenis bunga ros ditanam   di sini. 


Pelawat yang datang ke Cameron Highland ..... perlu singgah ke Rose Valley untuk menikmati keindahan ros 

Disediakan tempat rehat di bahagian atas
Terdapat juga bunga2  lain yang ditanam bagi menyerikan lagi taman ini.


Kolam ikan ...




warna warni bunga ros



Jalan - Jalan Ke Cameron Highland

Cameron Highland adalah satu  destinasi percutian yang menarik . 
Sudah beberapa kali kami ke sini . Tak jemu  pun , sebab ........ ia,  tempat yang cantik, ladang teh yang luas mata memandang dan cuaca yang dingin .

Kami boleh datang melalui jalan Tapah atau jalan Simpang Pulai yang lebih luas jalannya . Apabila datang waktu cuti sekolah ..... Masya Allah... jalan jem teruk.

Terdapat banyak gerai bunga di sepanjang jalan yang boleh kita lawati dan borong sekali  
Setiap kali pergi .... kereta pasti akan dipenuhi bunga  , buah- buahan dan sayuran untuk di bawa balik .... tu yang seronok tuu
Pelbagai kaktus ada di sini
cantikkan ....
Pelbagai jenis bunga boleh dibeli 
Cukup indah ciptaan Allah .... 

Sedang memilih kaktus untuk dibeli....

Cantik sangat .... 
Waktu petang jalan2 ke Pasar Malam Brinchang . Pasar malam ini dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 11.30 malam . 



Pelbagai cenderahati ada di sini ....


Sedap2 belaka ...

Makanan yang disukai anak2ku

Percutian Ke Kuching , Sarawak Bhg 2


Perjalanan diteruskan dengan melawat tempat pembuatan Pasu Sarawak.

Kilang pembuatan Pasu Sarawak
Pasu Sarawak mempunyai ciri2 kebudayaan dan nilai estetika yang  ditunjukkan pada hasil ukiran  pasu tersebut.
Ambil kesempatan bergambar di Bandar Kuching
Membeli belah di Pasar Sarikin yang terletak di sempadan Malaysia Indonesia .
Kebanyakan mereka yang datang ke Kuching .... pasti akan datang ke sini untuk membeli belah . 
Ambil gambar sebagai kenangan 
Cantikkan .... Pasti ramai pelancung akan tertarik dengan keindahan senibina bangunan .... Lagi cantik bila waktu malam 
Bangunan Baitul Makmur

Seterusnya ke Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah yang terkenal di Kuching, Sarawak  ........ 


Boleh rasa dahulu sebelum beli ..... banyak jenis kek dan sedap2 semuanya. 
Di sini pun ada dijual ikan terubuk masin

Kedai Kek Lapis Dayang Salhah
Sudah penat berjalan dan membeli belah .... masa untuk pulang ke Semenanjung. Bye ....

Percutian Ke Kuching , Sarawak

Assalamualaikum anak-anak umi ......

Kali ini umi masukkan kenangan sewaktu kita ke Kuching, Sarawak . Walaupun sudah lama iaitu pada Mac 2010 .... tetap ia sesuatu kenangan yang indah buat kita sekeluarga. Inilah kali pertama anak2 umi menaiki kapal terbang .... sangat teruja hingga ada yang tak tidur malam tu... hi hi... lucu bila terkenang semula.  Kemungkinan waktu akan datang ..... anak2 umi berkesempatan  datang lagi ke Serawak ....... in shaa Allah .

Oleh kerana rumah kita jauh dari LCCT ........ Seawal 4 pagi kita sudah mula bergerak ke sana kerana flight adalah jam 8.00 pagi . Alhamdulillah ..... perjalanan kita dipermudahkan tanpa ada sebarang masalah. Apabila sampai ke Kuching Sarawak ..... terus di bawa melawat ke Muzium Sarawak. 

wajah ceria ....

Kenangan bersama embah


Seronoknye Aina .....

Terus melawat Muzium Sarawak ... 



Ahli keluarga ....

di dalam muzium ...


Melihat budaya dan cara hidup pribumi Sarawak



Perjalanan diteruskan ke Kampung Budaya Sarawak ... Bayaran masuk ke Kampung Budaya Sarawak adalah Rm 60 bagi dewasa dan Rm30 untuk kanak2 berumur 7- 12. 
6 tahun ke bawah tiada bayaran

Jambatan buluh menuju ke Rumah Panjang Bidayuh

Kampung Budaya Sarawak
. Digelar " Muzium Kehidupan " dan terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32 km dari bandar Kucing. Ia merupakan tempat untuk mengenali budaya dan cara hidup orang Sarawak.


Rumah yang menghasilkan kraftangan ... sangat halus buatannya







Setiap rumah .... mereka memakai pakaian tradisional 
dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk pelawat. 

Cantikkan hasil binaannya ...

Pelawat boleh mencuba untuk menyumpit ...

Pelawat boleh melihat replika bangunan yang mewakili  setiap kaum pribumi utama yang ada di Sarawak. Rumah Panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan orang Ulu. Rumah tinggi bagi orang Melanau dan rumah orang Cina.

Rumah yang menghasilkan makanan tradisional bagi masyarakat Melayu dan ada sebuah rumah yang menghasilkan sagu. 

Perkampungan ini ada pentas yang membolehkan pelawat menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum . Jika masuk ke dalam..... duduklah di bahagian tengah supaya anda tidak di tarik untuk menari bersama di atas pentas.
Pengunjung diminta menari di atas pentas ....
Sambung dalam entry akan datang ..... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...