NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Ahad, 13 Oktober 2013

Hay Resort, Sabak Bernam

Hay Resort  terletak di pekan Sabak Bernam tidak jauh dari masjid Jamek  Hisamuddin. Berhampiran dengannya adalah pusat kecemerlangan Sabak Bernam dan PKG Sabak Bernam. Mudah je .... jika nak cari tempat nie.
Di sinilah jua SMK Sg Besar mengadakan Kem Gilapan Permata SPM 2013.  Kem Elit PMR 2013 telah diadakan di ILDAS,  Sg Lang Sabak Bernam. Hay Resort adalah tempat yang cukup selesa dan nyaman utk kem seperti ini.
Tempat penginapan yg berhawa dingin, dewan yang besar dan selesa cukup untuk menampung 150 peserta.... jika menggunakan kerusi dan meja. Seandainya duduk dilantai...sudah tentu boleh menampung lebih ramai peserta.
saya baru 2 x menginap disini... kali pertama bersama keluarga kerana mengikut suami yang mengadakan kursus utk guru2 JAIS suatu ketika dahulu. Tak ingat tarikh la  .... Alhamdulillah ... semuanya ok.

Kem Gilapan Permata merupakan kali kedua saya tidur di sini ...  tapi kali ini...berlaku kecurian handphone dan duit kepada 3 org murid saya. Tingkap bilik diumpil semasa budak2 tu menunaikan qiammullail dan brg2 mrk telah diambil. Tak tahu siapa yang mengambil .... sedangkan semua murid masa tu turun utk qiammullail.
Pihak Resort hanya dapat menggantikan duit yang hilang... satu lagi cabaran ketika program ..... makanan lambat sampai ....lewat lebih 1 jam . menyebabkan masa program terganggu... dan ia merugikan pihak  kami. Sarapan sepatutnya jam 7 am - 7.30 pagi. Tapi makanan sampai jam 8.30 pagi.  Pihak Resort oder makanan dari luar .....
Apapun cabaran dan dugaan ..... Tahniah dan syabas kepada guru2 yg menguruskan kem ini. Setiap yg kita lakukan pasti ada cabaran. Cabaran... pastinya tidak akan melunturkan semangat guru2 malah akan menjadikan mereka lebih proaktif.
Pandangan dari hadapan
kaunter pertanyaan
Tempat penginapan
Tempat penginapan
Tempat makan
murid sarapan pagi
Dalam dewan 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...