Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 21 November 2013

Doa Supaya Anak2 Kita Solat

Assalamualaikum wbrt...Selamat malam  semua teman2..

Solat adalah satu kefarduan bagi setiap muslim dan sebagai ibubapa ..... pelbagai cara yang telah kita lakukan untuk  mendidik anak2 supaya mereka solat pada setiap waktu . 
Malam ini ....ingin saya kongsikan cerita seorang rakan, bagaimana ia mendidik anak untuk sembahyang tanpa perlu disuruh....dibebel....atau dipukul. Cerita rakan saya ini  ........ mungkin pernah berlaku kepada kita..

Rakanku mula bercerita....

Anak perempuan saya berumur 13 tahun dan sangat 'liat' untuk solat. uatu hari , terlintas di hati nak pantau anak solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je....tapi tak solat. Bila ditanya dah solat ke belum, katanya 'dah'. Saya rasa amat marah....dah la tak solat....menipu pulak. Disebabkan perasaan marah...saya pukul anak saya....Masyaa Allah saya dah buat kesilapan....saya menangis dan saya memohon keampunan kepada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah warning anak saya......tapi ia sama dan tidak berubah.....susah dan liat nak solat.

Pada suatu hari seorang rakan memberitahunya..... 
Rakan tersebut telah pergi ke rumah salah seorang kawannya......bila azan berkumandang, anak2 kawannya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.....kawan ini pun bertanya macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa disuruh.... Beliau berkata, " sebelum saya berkahwin , saya baca doa ini dan saya amalkan sampai sekarang". Sejak hari itu saya tak putus2 baca doa ini. Saya baca dalam sujud ....setiap kali solat dan bila-bila je. Baca doa, doa....dan doa. 

Alhamdulillah, sejak saya mengamalkan doa ini ( kata rakanku) anaknya yang liat nak solat sudah mula berubah..... solat tak perlu disuruh dan solat subuh ....bangun sendiri tanpa perlu dikejutkan dari tidur. Dan anak-anak yang lain juga begitu.....solat tanpa perlu disuruh...

Jom kita amalkan doa ini supaya anak-anak kita segera solat ...
Surah Ibrahim (14 ) ayat : 40

  







"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyati, rabbana wataqobbal Du'aa'.

Maksudnya : 

" Wahai Tuhanku ! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah  juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".

Terima kasih buat sahabatku di atas perkongsiaan ini. In shaa Allah...... semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...