NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Sabtu, 25 Januari 2014

Motivasi Pak Anjang ( Dr Abd Halek Bin Abd Rahman )


Pak Anjang
Unit Akademik SMK Sungai Besar telah mengadakan program Motivasi bermula 22 hingga 24 Januari 2014. Murid yang terlibat adalah murid tingkatan 4 aliran sains dan semua murid tingkatan 5. Tahniah buat Unit Akademik , Unit Kaunseling dan mereka yang terlibat ..

Walaupun program berlangsung selama 3 hari, tapi baru hari ini saya berkesempatan bersama dalam program Pak Anjang kerana jadual saya bersama murid tingkatan 5. Pak Anjang atau  Dr Abd Halek Bin Abd Rahman,  seorang motivator.

Apabila saya sampai di Dewan Bestari, ( masa tu sesi luahan hati seorang anak ) saya melihat rakan2 guru asyik mengesat air mata. Ibubapa yang hadir juga menitiskan  airmata apabila mereka mendengar rintihan anak2 memohon ampun dan maaf kepada ibubapa mereka. Ayahhh....kakak mohon ampun ayah, ibuuuuu.... maafkan dan ampunkan kakak... ibuuu. 
kakak sayang ayah, kakak sayang ibuu. Anak yang membawa bunga ros mencari seterusnya mendakap  ibubapa masing2 memohon keampunan, redha dan restu ibubapa.

satu persatu anak2 murid datang ke hadapan dan menyuarakan rintihan dan rasa kesal mereka . Kata2 dari pak Anjang, cukup menyentuh hati...........  Airmata ini tidak boleh dibendung lagi ....  

 Bagi saya ia program yang cukup memberi kesan di hati anak2 murid, Mengetuk pintu hati mereka supaya berusaha bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan dalam akademik di samping  menjadi anak yang menghormati dan menyayangi ibubapa. 



Walaupun hari bekerja, ibubapa ambil kesempatan untuk hadir sama



Antara bapa yang hadir 

Murid pertama yang meluahkan rasa hati ...moga cemerlang dunia akhirat 






Bunga ros tanda kasih seorang anak buat ibu yang tercinta

Selepas solat, Ibu dan ayah sedekahkan al-fatihah buat anak2 dan sebut nama anak2 . In sha Allah , mereka menjadi anak yang taat, lemah lembut dan mendengar kata .



Pak Anjang memberi sokongan kpd murid ini....  satu2nya murid yang mahu berbicara walaupun tanpa kehadiran ibubapa...

Antara kata2nya yang saya ingat :
Ayah dan ibu saya tak datang dan saya tahu .... mereka tak datang sebab bekerja untuk menyekolahkan saya. saya sayang mereka .... Dia meneruskan kata2 dengan linangan airmata.
Apabila saya mendengar bahawa kedua ibubapanya tidak hadir... cepat2 saya minta pertolongan guru untuk menjadi pengganti ayahnya. Jiwanya sedang sedih, hiba dan ia perlu diberi semangat dan kekuatan.... Pelukan pasti mendamaikan hatinya.
Inilah pengalaman yang saya kutip dalam setiap kem yang saya dan rakan2 kendalikan.
Alhamdulillah ...



Kasih ayah berkorban harta, kasih ibu membawa ke syurga







Senyuman gembira ...

Imej pelik muncul ketika gambar diambil ... sedangkan tiada sesiapa yang duduk di kerusi itu. 
Hasil penelitian dari beberapa rakan dan gambar2 yg diambil... kami pasti tiada sesiapa disitu. Wallahua'lam. 





Pak Anjang memimpin bacaan doa 

Ibu  mendoakan anak2 dengan doa yang baik2







Pesanan ibu buat permata hati







Diakhir program .... ketika bersalaman dengan penjaga yang hadir, mereka memuji program motivasi yang diadakan , siap bagi cadangan agar diteruskan. 
Tahniah unit Akademik

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..dpt jugak akak kutip gambar yg ada utk tulis ttg program ini...memang terbaik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. ... akk sempat upload kt fb awal2. Jd boleh guna
      Lebih 700 gmbr di hp hilang .... sedihh

      Padam
  2. Apa kelulusan beliau PhD atau md

    BalasPadam
  3. Apa kelulusan beliau PhD atau md

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...