Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 20 Ogos 2017

LARANGAN DALAM IHRAM HAJI DAN UMRAH

MAKSUD IHRAM

Ihram bukan bermaksud pakaian yang dipakai oleh jemaah haji atau umrah

Ihram : berasal dari perkataan أَحْرَمَ يُحْرِمُ اِحْرَامًا

Dari sudut syara' : Ihram ialah perbuatan
mengharamkan beberapa perkara yang asalnya halal, bagi melakukan ibadah-ibadah tertentu.

Contoh : ketika memulakan solat kita mengangkat takbir pertama yang dikenali dengan takbiratul ihram : dengan erti kata yang lain kita mengharamkan seketika perkara-perkara seperti bercakap, makan, minum dan sebagainya yang menjadi larangan ketika solat.

Ihram bagi haji dan umrah :
Mengharamkan 13 larangan Ihram baginya

LELAKI
1. Memakai pakai yang berjahit, bercantum, dan dipakai secara bersarung.
2. Menutup kepala atau sebahagian dari kepala

WANITA
3. Menutup muka atau sebahagian dari muka

LELAKI & WANITA
4. Memakai sarung tangan
5. Berwangi wangian
6. Memakai minyak di kepala, janggut dan jambang
7. Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
8. Memotong, mengerat atau membinasakan kuku
9. Memburu binatang buruan yang halal dimakan di tanah haram atau di tanah halah
10. Memotong, mengerat, menebang atau membinasakan tumbuhan di tanah haram
11. Berkahwin, mengahwinkan, atau menerima waki kahwin
12. Muqaddimah bersetubuh
13. Bersetubuh

JENIS LARANGAN IHRAM

Larangan ihram juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian

1. Taraffuh : yang memberi maksud kebiasaan, keseronokkan, kesukaan, dan kegemaran. Semua perbuatan-perbuatan yang dikategorikan sebagai taraffuh (tidak dikenakan dam) jika dilakukan dalam keadaan tidak sengaja, terlupa, atau jahil.

Contohnya seperti : seorang lelaki memakai kopiah semasa ihram dalam keadaan terlupa tidak dikenakan dam.

2. Itlaf : yang bermaksud membinasakan
Semua perkara-perkara larangan yang berbentuk membinasakan jika dilakukan samada dalam keadaan terlupa, tidak sengaja, atau jahil (tetap dikenakan dam)

Contoh : seorang yang berihram mencabut bulu hidung dalam keadaan lupa tetap dikenakan dam.
Jika dilakukan dgn sengaja (berdosa) ,
jahil atau tidak sengaja ( tidak berdosa ) tetapi tetap dikenakan dam.

Wallahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...