NUFFNANG

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Salam Ukhuwah .....

Ahad, 8 Oktober 2017

Seketika di Labuan

Awal September ke Labuan . Trip singkat kali ini bukan trip percutian tapi menguruskan pendaftaran anak di UMS Labuan . Setelah melalui perjalanan yg jauh untuk sampai ke Labuan ..kami terus ke Transit Hotel bagi merehatkan diri. Hotel ini ditempah lebih awal melalui www.booking.com . Malah terdapat banyak hotel dan homestay jika berkunjung ke sini. Utk kakitangan awam kerajaan .. Di sini juga ada RPP Labuan . Cuma nak dapat kekosongan ..itu yg sgt sukar .

Pendaftaran pada hari kedua sangat lengang ..mungkin kera ramai pelajar sudah mendaftar pada hari pertama . Ibubapa dan penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama dan keluarga boleh menunggu di khemah yang disediakan . 
Bas yang disediakan untuk membawa pelajar2 beserta barang2 mereka ke asrama . Ha ha .. berpeluh peluh mereka ulang alik mengangkat  barang2 sendiri ke bilik masing2 tanpa bantuan keluarga . Tingkat 3 pulak tu .. Tak pe .. ia  sebagai sesi latihan kepada pelajar supaya berdikari .
Selesai pendaftaran bagi pelajar baru .. kami perlu bergerak balik ke KK . Memang tak sempat nak jalan2 di Labuan kerana kesuntukan masa . Kasihan pula anak umi yang ditinggalkan di sini ..Doa  umi abi  "semoga berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat ". 
Sebelum balik singgah makan di tepi pantai .
kali nie kami pilih speedboat ke Menumbuk . 20 minit dah sampai berbanding naik feri satu jam perjalanan. Masa pergi terambil tiket feri sebab barisan speedboat panjang sgt . 
Kelihatan rumah2 kediaman di tepi jeti Menumbuk. Sampai di Menumbuk terus ambil kereta di tempat parking dan bayaran RM10 sahaja untuk 2 hari . Murahkan !  
Perjalanan ke Kota Kinabalu dari Menumbuk  ambil masa hampir 2 jam..Dalam perjalanan .. banyak gerai2 menjual ikan bilis, udang kering dan ikan kering  di Kimanis . Ikan bilis yang diusahakan oleh muslim . Beli ikan bilis yang dah siap kopek ..cantik ikan bilisnya RM35 sahaja ..memang puas hati  tu sebab borong sampai 5 kilo . 
Seafood  di pasar malam di KK ..macam2 pilihan ada . 
Keesokan pagi sebelum balik ke Semenanjung ... kami gerak ke Kundasang untuk melihat secara dekat Kiram Village . Sebenarnya nak cari penginapan untuk percutian bulan November nanti. 
Singgah sebentar di Pekan Nabalu .. cari serunding  Tuhau . Sedap sangat serunding nie , Rm20 sebalang besar .
Selesai urusan singgah dahulu di pekan Kundasang utk membeli buah2an . 
Petang tu terus ke airport KK untuk balik ke Semenanjug . Alhamdulillah perjalanan kami selamat. November kami datang lagi ke KK . Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...