Hari ketiga ... selepas sarapan pagi kami berkumpul bersama kumpulan2 lain menaiki bas pergi ke Cu Chi Tunnels . Ketika sedang menunggu bas ... tiba2 datang seorang anak muda .. terus cuci kasut . Saya cuba mengelak tapi dia ambil kasut ... cuci dan buat tampalan pada tumit kasut . Hahh ... apa yg dibuat ni !!! Orang tak suruh ... memandai je .Lepas tu minta upah .. Aduhh .. geramnya, takut pun ada ... mujur ramai orang ... rasa lega sikit. Tour guide memaklumkan bahawa mereka itu kumpulan gang**** ... adoii takutnya. Tak lama kemudian bas pun sampai .
Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit . Di dalam bas , en Adam ( tour guide ) menceritakan sejarah Cu Chi Tunnels dan sejarah perang Vietnam . ... emm dengar ajelah ceritanya .. siap nyanyi lagu melayu lagi ... terasa lama pula perjalanan ke sana.
Sepanjang perjalanan ... macam2 yang dilihat berkenaan budaya serta ekonomi masyarakat di Vietnam . Kelihatan terdapat perkuburan hampir di setiap kawasan pertanian milik persendirian .. untungnya kita .. masyarakat Islam yang ada tanah wakaf dan dijadikan tanah perkuburan . Tak le kebumi jenazah di kawasan/tanah masing2.
Dah sampai Cu Chi Tunnel .. berapa harga tiket masuk sini ... tak tahu sebab ia dah termasuk dalam pakej. Jauh juga berjalan dalam kawasan ni .. kami diberitahu bagaimana masyarakat Vietnam meneruskan kehidupan ketika zaman perang .
Tempat tentera vietnam bersembunyi ... patut le mereka berbadan kecil ... baru boleh muat nak masuk dalam tu .
Adam menerangkan jenis2 perangkap yang dicipta oleh tentera Vietnam ... kreatif , bahaya dan mengerunkan. Musuh yang jatuh dalam lubang tu ... confirm mati..
contoh jerangkap ...
Gambaran tentera Vietnam ... kecik2 je mereka supaya muat untuk masuk terowong dalam tanah.
Tengok aje pun dah ngeri ..
Kepakaran mereka membina terowong yang di dalamnya ada dapur, bilik mesyuarat, tempat membuat senjata dan segala keperluan ketika itu. Terowong yang panjang , tiada peta ... mereka hanya perlu ingat laluan2 di bawah tanah tersebut. Kepakaran dan kebijaksanaan mereka dapat mengalahkan tentera Amerika.
Selesai melawat cu chi tunnel ... kami di bawa makan tenghari di Saigon Halal dan solat jamak takdim di masjid ini.
Seterusnya dibawa ke Center Post Office ... masuk ke dalam sekejap ... pusing2 melihat jualan , bergambar dan gerak balik.
Suasana di dalam center Post Office ...
mata wang Vietnam . seterusnya ke Hard Rock Cafe ... tak masuk dalam pun sebab terlalu sesak . Duduk luar je .. lihat gelagat pelancung yg datang . Masing2 sibuk bergambar dan selfie .
Malam tu sambung lagi shopping di Night Market . Kenapa asyik2 shopping ke situ je ..??
Pertama .... sebab ia dekat ... turun hotel je dah pasar malam.
Kedua .... barangnya murah !! .. contoh .. beli stokin 4 pasang RM10 ... kat Malaysia tentu RM6/8 sepasang, saya lihat antara barang yang banyak diborong oleh orang2 Malaysia ..telekung , baju pasang, tudung , kain pasang , kain jubah .
Ketiga ... sebab nak beli buah-buahan ... i like
keempat ... ronda2 gerai ...tawar menawar bagasi ... Beg besar tu RM3++ kat Malaysia tapi saya dapat harga RM130 ( mereka terima duit Malaysia ) . Ada sorang pembeli tu dapat harga RM180 . Rezeki masing2 ye.
Bergambar sebelum chek out hotel. Banyak kenangan di sini..
Sebelum balik ... last shopping di Ben Thanh Market . In Sha Allah ... ada rezeki boleh datang lagi ke Ho Chi Minh. Thanks Sofia .