Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 29 Disember 2013

Hadiah istimewa dari Bandung

Hari ini adalah hari yang sangat menggembirakan kerana  dapat hadiah istimewa dari Bandung, Indonesia.   Syukur Alhamdulillah ya Allah. Inilah yang dikatakan bahawa rezeki itu datang dari sumber yang tidak disangka2.

Semoga orang yang memberi hadiah ini akan terus dilimpahi  rahmat, dimurahkan rezeki oleh Allah serta diberi kesihatan dan kebahgiaan dunia dan akhirat. 
Aminnn ...... ya Rabb.

Hadiah istimewa ini menambah kasih sayang antara kami. Terima kasih buat kakakku  di atas pemberianmu. Sayang Acik selalu...

Untuk along

Untuk umi

Buat 3 puteri .... dan telekung untuk Aina
Ingatan untuk diri :
Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima.
Oleh itu banyakkan bersedeqah dan infakkan harta fisabilillah
Kain jubah dari Vietnam ....... tq acik. Terlalu banyak pemberianmu kerana kasih dan sayangmu.

Cekodok Nangka


Alhamdulillah ..... sebab dapat buah nangka dari Ateh. Nangka adalah buah kegemaranku. Ramai orang tak makan nangka sebab angin katanya.

Buah ini adalah buah yang sgt digemari ketika mengandung dulu . Selain dimakan begitu sahaja .... ia juga boleh dibuat cekodok. Rasanya yang manis sangat istimewa tau untuk dibuat cekodok.  Jom saya kongsikan cara untuk membuatnya.

Bahan-bahannya :

2 cawan nangka yang telah digunting kecil2
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu gula
1 1/2 cawan air
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara - caranya :
  • Satukan buah nangka yang sudah digunting kecil2 , tepung gandum dan gula.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Apabila ia sudah sesuai untuk digoreng maka tak perlu ditambah air....nnti jadi lembik .
  • Bila minyak sudah panas... Jemput/ambil  sedikit demi sedikit tepung dan masukkan ke dalam kuali.
  • Goreng hingga kuning keemasan. Toskan minyak dan sedia untuk hidangan. 
nangka yang telah digunting kecil

Bancuhan tepung


Bagi anda yang suka nangka .... boleh cuba

Khamis, 26 Disember 2013

Purata 16 Kes Orang Hilang Dilapor Setiap Hari Tahun Lepas

MELAKA: Purata 16 kes orang hilang terutama yang melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita dilapor di negara ini setiap hari tahun lepas.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebanyak 5,721 kes orang hilang dilapor tahun lepas dengan 3,127 orang atau 54.7 peratus kes dijumpai semula.

Beliau berkata statistik antara Januari hingga 23 Dis tahun ini turut menunjukkan tahap membimbangkan dengan 4,998 orang yang dilapor hilang, hanya 2,382 orang atau 48 peratus berjaya ditemui.

"Daripada jumlah kes orang hilang yang dilaporkan tahun ini, seramai 2,237 orang atau 45 peratus terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah," katanya kepada media selepas menutup seminar kes orang hilang peringkat negeri Melaka di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Lee berkata terdapat beberapa faktor berlaku kes orang hilang termasuk diculik dan bunuh.

Terdapat juga kes orang hilang terutama di kalangan remaja yang melarikan dari rumah akibat tekanan, masalah dalaman keluarga atau mengikut teman lelaki, katanya.

"Saya sarankan ibu bapa perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan bagi memastikan lebih banyak perhatian diberikan pada pembangunan dan perkembangan hal ehwal keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata sekiranya institusi kekeluargaan rapuh, ia akan menyebabkan anak-anak mengalami tekanan sehingga mereka melarikan diri mengikut teman lelaki dan mungkin terjerumus dengan gejala sosial atau jenayah seperti dilacurkan.

Sementara itu Chuah berkata Melaka mencatat peningkatan orang hilang sebanyak 20 kes kepada 176 kes antara Jan hingga hari ini, berbanding 156 kes tahun lepas.

Beliau berkata kebanyakan kes melibatkan remaja yang bertindak melarikan diri dari rumah.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 26, 2013 17:13 (MYT)
Tag: Orang hilang, kanak-kanak hilang, Lee Lam Thye, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Ketua Polis Melaka, Chuah Ghee Lye



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/purata-16-kes-orang-hilang-dilapor-setiap-hari-tahun-lepas-

Fenomena Alam

Banyak kejadian pelik  yang berlaku dalam bulan Disember 2013 ini... 
Pada 24 Disember 2013 ... ikan telah naik ke  pantai di Lahat Datu , Sabah. Penduduk kampung di Pulau Tambisan gempar apabila mendapati begitu banyak ikan telah muncul di pantai.

Saksikan sendiri betapa banyaknya ikan di sana... Dan fikirkan ..... adakah ia rezeki atau tanda2 lain di sebalik apa yang berlaku.

Apa pun yang berlaku .... itulah kekuasaan Allah SWT. 



Remaja menemui pari gergasi di pantai Sabak Bernam pada 23 Disember. Pari harimau yang jarang ditemui . “Saya berasa cuak apabila ternampak kelibat ikan besar melibas-libas ekor di gigi air,” kata  seorang remaja, Mohd Nor Firdaus Burhanuddin, 14, yang menemui spesies ikan pari gergasi di Pantai Sekendi, Sabak Bernam.
Mohd Nor berkata, ketika ingin memukat, dia terkejut apabila menemui objek pelik dan kemudiannya terus menjerit ke arah abangnya, Mohd Nor Fahmi, 17, yang ketika itu berada tidak jauh dari kawasan terbabit.


kerang yang terdampar di pantai

Shopping Di Cameron Highland


Assalamualaikum semua .... 

Entri kali ini berkenaan persinggahan kami di Cameron Highland. Sarapan pagi di Pulau Pinang singgah sebentar di Cameron Highland untuk membeli buah tangan serta lunch kemudian meneruskan perjalanan ..... Dinner sudah berada di rumah sendiri. Alhamdulillah. .. syukur selamat perjalanan kami tanpa sebarang musibah.

Antara yang menarik di Cameron Highland ini adalah sayur-sayuran , bunga dan buah-buahan . Inilah yang akan di jadikan buah tangan apabila datang berkunjung ke sini.

Nak dapat parking pun susah ... terpaksa parking jauh.
 Orang sentiasa ramai bila musim cuti sekolah. Ada parking yang sangat curam .... kecut perut dibuatnya. Cari dulu  parking yang selamat ... baru lega.  Baru la boleh shopping buah-buahan dan sayur mayur.

Buah limau , jagung susu dan keledek madu .... pilihan utama.
Jagung RM10 selonggok ... ada yang 7 dan ada yang 8 biji selonggok. Pilih la nak yang sikit atau yang banyak. Keledek dan limau RM7 sekilo.

Keledek madu  ada dua .... ungu dan kuning. Kukus 15 minit dah boleh makan.

Cendawan dan brokoli goreng , Keledek kukus banyak dijual disini... RM2 satu bekas.

Inilah yang popular disini ..... strawbery coklat RM5 1 cup. Anak2 yang suka

Datang Cameron Highland .... tak sah jika tak bawa balik strawbery. Mesti nak beli... betulkan !!

Manis ... tak caya, penjual tu siap bagi rasa dulu. Dah confirm manis baru beli.

Banyak pilihan sayur mayur. Macam nak beli banyak .... jangan tamak. Beli sikit je dan belikan sekali keluarga yang tinggal dekat ... ia sebagai buah tangan dan sedekah. Boleh mengukuhkan hubungan silaturrahim.  

Sayur ada yang dijual selonggok RM10 , ada 4 peket,  8 peket  @ 12 peket untuk RM10. Pandai2 la pilih. 
Kali nie tak dapat beli pokok bunga kerana kereta dah penuhdengan beg2, sayur dan buah-buahan .. Tak pe, akan datang ... boleh beli.


Barangan lain yang boleh dijadikan cenderahati apabila datang ke sini.
Kali nie, Hakim beli baju dan 3 orang lagi beli kasut. 

Antara tempat2 yang boleh dilawati ...

Jalan yang sesak adalah perkara biasa di sini. Masa kami sampai , ada polis membantu melancarkan lalu lintas. Tak boleh parking sesuka hati tau .... nanti dapat surat saman ... baru tau. 


Nak datang sini ... pastikan kereta dah servis dulu dan kenderaan kita dalam keadaan yang baik . Bukannya apa... utamakan keselamatan diri dan ahli keluarga.
Ada kereta yang berbau hangit tau bila panjat tempat tinggi nie. 

Dah selesai shopping dan selesai lunch ... kenderaan kami bergerak untuk pulang ke rumah . Cuaca pun dah mendung....  kali ini kami melalui jalan Tapah . Jalan yang penuh berliku, selekoh yang tajam di tambah dengan hujan lebat. 

Tiba2 .... uekkkk ... Adilah yang sedang tidur muntahh. Memang tak sempat cari plastik. penuh pakaiannya dengan muntah.... Kesiann.  Dalam kecoh2 tu , uekkk ... Aina pulak muntah. .. ok lagi sebab ada plastik . Uekkk ..... Atirah pula muntah, mujur ada plastik. Aiii ... kena berhenti nie dan cari tempat yang sesuai untuk bersihkan badan Adilah dan buang semua kotoran tu . Sempat bersihkan sekejap je sebab hujan sudah semakin lebat .

Akhirnya kami berhenti di masjid .... bersihkan kenderaan dan anak2 tukar pakaian yang sudah kotor dengan pakaian yang bersih. Solat jamak takhir dan perjalanan diteruskan , alhamdulillah ... selamat sampai di rumah jam 7.00 pm.

" Nak ikut lagi  bila umi gi Cameron "  tanyaku pada mereka ....
" taubat , tak nak dah gi Cameron "  jawab Adilah dan Athirah. Hi hi hi... ye la tu. Dulu pun cakap macam tu.

Rabu, 25 Disember 2013

Perjalanan ke Cameron Highland

Setelah tiga hari di Pulau Pinang .... kami berkemas2 untuk meneruskan perjalanan . Cadangan anak2 untuk menaki feri terpaksa dibatalkan kerana bimbang jika ia melambatkan kami untuk sampai ke destinasi seterusnya .... Cameron Highland. Cameron lagii .... Abi yang mencadangkan agar kami singgah di Cameron Highland sewaktu dalam perjalanan pulang . Apa lagi .... bersorak la anak2... suke.


Bergambar dahulu sebelum memulakan perjalanan


Jambatan Pulau Pinang ... 
Alhamdulillah, perjalanan mudah dan lancar sepanjang lebuhraya... tiada jem, syukur


Melihat keindahan lautan  dan pemandangan Pulau Pinang dari jambatan


Boleh cepat sampai ni..... lengang. 


Kami naik ke cameron melalui jalan Simpang Pulai. Jalan yang lebih luas dan selesa berbanding jalan Tapah yang sempit dan agak menakutkan. 


Di kiri dan kanan jalan menghampiri Cameron Highland ... banyak terdapat gerai jualan milik orang asli. Kebanyakan menjual buah durian, petai, bunga orkid dan madu lebah. Gerai2 ini akan kita jumpa sepanjang perjalanan sama ada dari arah Simpang Pulai atau dari arah Tapah . Ambil gambar je ... tak beli pun


Madu dan rebung 

 Jualan hasil rotan, bunga orkid dan petai ..

Jam 11.30 pagi kami telah sampai di Cameron Highland. Oleh kerana perjalanan kali ini hanya nak membeli sayur dan buah2an ... maka kami tidak singgah tempat2 lawatan seperti Rose Valley, Taman levander dan lain 2 tuu. Bila dah dapat parking, sekarang sesi borong sayur dan buah2an.



Bermacam2 jualan ada di sini ... pilih je mana yang berkenan di hati. 


Apa yang best di sini.... saya akan ceritakan dalam entri seterusnya.
bye

Pertunjukan Ular, Bukit Bendera

Masih lagi bercerita tentang Bukit Bendera....
Kali ini ia berkenaan tentang pertunjukan ular yang diadakan di sini. Kami sampai awal pagi bagi mengelakkan masalah parking.  Setelah ambil tiket keretapi kami terus masuk dan menunggu giliran untuk menaiki keretapi. Menaiki keretapi Bukit Bendera merupakan satu pengalaman manis buat anak2 ....   setelah pusing2 bukit Bendera dengan Buggy .... kami berjalan2 pula sambil menyaksikan keindahan panorama .  


Jam 10.30 pagi .... orang ramai sudah berkumpul di hadapan pentas untuk melihat Pertunjukan Ular.  Kedengaran beberapa kali pengumuman bagi menarik perhatian lebih ramai pengunjung menyaksikan permainan ular tersebut. Pertunjukkan ini memakan masa lebih kurang 1 jam.


Pertunjukan dikendalikan oleh Faizal atau dipanggil Yan bersama Ratu Ular ( Aza ) berpakaian serba merah . Celoteh Yan membuatkan pengunjung rasa terhibur disertai dengan aksinya yang berani bersama ular.


Gambar di atas sedang bermain dengan ular tedung dan ciuman di kepala ular.


Emm .... takutnya... aksi cium ular 


Dia bermain dengan pelbagai jenis ular ... ular tedung, ular tedung selar, ular terbang


Setelah selesai pertunjukan.... orang ramai boleh meneruskan aktiviti bergambar bersama ular bagi yang berani atau bergambar dengan burung. Athirah dan along sibuk nak berpossing dengan 2 ekor burung tu.


Suka sangat bila dapat bergambar dengan burung2 tu. Bila dah lama berjalan dan lama pula berdiri ... perut pun lapar .  Ada food court  .... 


ABC yang sedap ...


Macam2 pilihan .... tapi ini yang kami beli sambil menikmati mushrom sup, 
laksa penang dan char kuey teow . Boleh tahan harganya ... 
Alhamdulillah .... Bila dah kenyang, boleh meneruskan perjalanan ke destinasi lain. 


Makan di gerai kak Nor


Jom kita teruskan musafir ... sebelum tu buat anak2 umi  ... buat Jamak Taqdim zuhur dan asar terlebih dahulu. Mohon keredhaan dan keberkatan dalam pemusafiran . 
Ingat ...  kewajiban solat perlu diutamakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...