Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 25 Disember 2013

Perjalanan ke Cameron Highland

Setelah tiga hari di Pulau Pinang .... kami berkemas2 untuk meneruskan perjalanan . Cadangan anak2 untuk menaki feri terpaksa dibatalkan kerana bimbang jika ia melambatkan kami untuk sampai ke destinasi seterusnya .... Cameron Highland. Cameron lagii .... Abi yang mencadangkan agar kami singgah di Cameron Highland sewaktu dalam perjalanan pulang . Apa lagi .... bersorak la anak2... suke.


Bergambar dahulu sebelum memulakan perjalanan


Jambatan Pulau Pinang ... 
Alhamdulillah, perjalanan mudah dan lancar sepanjang lebuhraya... tiada jem, syukur


Melihat keindahan lautan  dan pemandangan Pulau Pinang dari jambatan


Boleh cepat sampai ni..... lengang. 


Kami naik ke cameron melalui jalan Simpang Pulai. Jalan yang lebih luas dan selesa berbanding jalan Tapah yang sempit dan agak menakutkan. 


Di kiri dan kanan jalan menghampiri Cameron Highland ... banyak terdapat gerai jualan milik orang asli. Kebanyakan menjual buah durian, petai, bunga orkid dan madu lebah. Gerai2 ini akan kita jumpa sepanjang perjalanan sama ada dari arah Simpang Pulai atau dari arah Tapah . Ambil gambar je ... tak beli pun


Madu dan rebung 

 Jualan hasil rotan, bunga orkid dan petai ..

Jam 11.30 pagi kami telah sampai di Cameron Highland. Oleh kerana perjalanan kali ini hanya nak membeli sayur dan buah2an ... maka kami tidak singgah tempat2 lawatan seperti Rose Valley, Taman levander dan lain 2 tuu. Bila dah dapat parking, sekarang sesi borong sayur dan buah2an.



Bermacam2 jualan ada di sini ... pilih je mana yang berkenan di hati. 


Apa yang best di sini.... saya akan ceritakan dalam entri seterusnya.
bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...