Trip ke Lombok pada 15 ~18 Oktober 2017 ... rombongan kami seramai 17 orang . Tiket kami urus sendiri dan ambil agen travel untuk memudahkan urusan semasa di sana . Seawal jam 5 pagi kami telah berkumpul di klia2 ... 8.30 pagi kami pun berlepas ke Lombok , penerbangan ambil masa selama 3 jam . Syukur alhamdulillah .. jam 11.30 pagi kami selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Lombok dan pak Fitrah ( wakil agen ) sedia menunggu ketibaan kami .
Lombok adalah pulau di Nusa Tenggara , Indonesia dan Mataram merupakan bandar utama di kepulauan Lombok . Penduduknya hampir 3 juta orang yang kebanyakannya berketurunan sasak . Sebahagian besar pendudukanya adalah beragama Islam . Pulau lombok juga dikenali dengan nama pulau seribu masjid dek kerana ada lebih 700 masjid di sini.
Kami terus dibawa untuk menikmati makan tengahari di Rumah Makan Khas Lombok . Lama sungguh menunggu makanan dihidangkan. Selesai makan ..kami singgah di masjid utk jamak takdim zohor dan asar.
Kita akan lihat banyak sekali penggunaan buluh sama ada di hotel, chalet , kedai makan atau di mana2 sahaja . Sungguh unik , kreatif dan cantik sekali . Saya sukakannya .
Lawatan pertama adalah di Desa Sukarara melihat kerajinan tenun songket . Mengikut budaya di Lombok , setiap gadis perlu ada kemahiran menenun sebelum mereka layak berkahwin . Di sini pelawat akan ditunjukkan cara menenun , malah pengunjung juga boleh mencuba menenun . Bila melihat kain tenun yang cantik2 .. mestii nak beli sehelai dua buat kenangankan . Kami pun pilih beberapa helai bila dah berkenan . Harga bergantung pada kualiti kain dan tenunan .. dari 100 ribu lebih hingga cecah 1 juta ( mahalnya hi hi ) . Saya beli yang mampu bayar je ..
Tempat Lawatan kedua .. tempat pembuatan perhiasan dari tanah liat . Barang2nya cantik .. kami tak beli apa2 pun .. berat tu jika nak bawa balik .
Nak cuba buat pasu kecil pun boleh .
Tempat shopping jajan ...
Sebelum chek in hotel .. makan malam dulu .
Grand Senggigi Hotel ..2 malam di sini .
Lombok memiliki pantai2 yang cantik , air laut yang biru
Hari kedua , aktiviti snorkling di Gili Air , Gili Meno dan Gili Trawangan . Kami ambil glass boat dari Senggigi, biar mudah untuk mereka2 yang tak ikut snorkling . Tengok ikan dari atas bot je ..tak yah nak terjun laut. Kami tambah 175 ribu seorang untuk upgred feri kepada glass boat waktu pergi dan bot laju masa balik . Selesai aktiviti snorkling di tiga gili ( gili maksudnya pulau ) .. kami terus ke Gili Trawangan untuk chek in di Bagaz Cottage dan Lumbung Cottage .
Sangat ramai penggunjung di setiap gili dan orang Eropah paling ramai . Cara berpakaian mereka tu yang tak sanggup nak tengok .
Sebahagian menginap di Bagaz Cottages dan sebahagian lagi di Lumbung Cottage , Gili Trawangan .
Kenderaan bermotor tidak dibenarkan di Gili demi menjaga kelestarian di pulau . Cidomo .. penggangkutan yang ada di Gili Trawangan , 50 ribu seorang untuk satu hala perjalanan ke Ombak Sunset . Boleh dinaiki 3 atau 4 orang sahaja .. Maknanya 200 ribu sehala ( RM64 ) ..sangatt MAHAL . Boleh juga sewa basikal dengan kadar 30 - 60 ribu bergantung kepada masa yang diambil .
Di sini ada beberapa kedai yang menyediakan pakej bagi mereka yang nak snorkling atau lain2 aktiviti .
Jom lihat keindahan pantai yang memutih dan air laut yang jernih di Gili Trawangan .
Subhanallah ..sungguh indah ciptaan Ilahi .
Ombak Sunset .. Tempat wajib bagi mereka yang datang ke Gili Trawangan . Bergambar di sini tanda anda sudah sampai ke Lombok. Banyak buaian ada kat sini .. pilih je nak yang mana . Menunggang kuda dan foto di laut ( bayarannya 50 ribu seorg ) .
Hari ketiga , aktiviti bebas di Gili Trawangan .. rakan2 saya sewa basikal untuk meninjau kawasan . Banyak tempat cantik untuk sesi fotografi . Nak cari tempat makan pun mudah di Gili ... ada pasar malam . Tengahari kami menaiki bot laju ke Senggigi ... ombak laut sangat kuat menyebabkan perjalanan kami menakutkan . Sakit perut dibuatnya apabila bot asyik melambung ...suatu pengalaman yang tak boleh dilupakan .
Hari keempat , kami dibawa melawat Perkampungan Sasak untuk melihat adat dan budaya mereka. Desa Sasak merupakan tempat tinggal suku asli penduduk Lombok . Lantai rumah mereka dibuat dari tanah bercampur najis lembu .
Selesai percutian 4h 3m di Lombok . Bye bye Lombok .