Minggu lepas saya mendapat surat untuk menghadiri satu kursus yang bertempat di pusat kokurikulum , Sg Tekali Hulu selangor. Kursus Pengurusan Cemerlang Pendidikan Islam bermula 11 - 13 November 2013 .
Saya memandu dengan ditemani dua rakan....bergerak ke pusat kokurikulum, Sg Tekali berpandukan gps. Kalau tak ada gps.....mungkin sesat . Alhamdulillah ....setelah memandu selama 2 jam 20 minit akhirnya sampai jua ke kem Tekali. Waktu balik.... perjalanan sgt jauh sbb aku sesat di bandaraya... guna gps pn sesat sbb keliru dgn jalan.
Kenapa di kem Tekali.....
Terdengar jua rungutan dari teman2... kenapa adakan kursus di tempat begini, jauhnyee .. parking jauh di bawah dan perlu menaiki 61 anak tangga...bg kawanku yg asma.....cukup kasihan padanye. Sampai di atas perlu mendaki lagi untuk sampai ke bilik penginapan. Emm sampai di bilik... katil dua tingkat...mcmne nak naik ...umur dah 50an dan berat badan pun dah berlebihan....hi hi sabar je la ye. Peraturan kem ..... pinggan dan cawan perlu dicuci sendiri. Biasanya kursus di hotel ...tapi kali ini di kem tentunya ia berbeza. Dan ketika ini air masih menjadi masalah.. inilah rungutan bg yang tak biasa atau tak pernah masuk kem.
Pihak JPN memohon maaf atas segala kesukaran yg terpaksa dilalui oleh guru2. Ini disebabkan kerana.....semua kursus hanya boleh diadakan di premis kerajaan sahaja. ....akhirnya mrk redha kerana memahami situasi.
Oleh kerana saya dah biasa masuk kem, perkara ini tidak menjadi masalah bg diriku...alhamdulillah. 2013 ..... 3 kali saya tidur di kem untuk program JPN dan program sekolah. Sebenarnya.....kem Tekali adalah jauh lebih baik dari dahulu . Dan ia adalah kem terbaikk.
Di sini saya tunjukkan beberapa gambar yang sempat diambil ketika berkursus di sana..
![]() |
laluan utk ke parking |
![]() |
Tapak perkemahan dan parking |
![]() |
Dari parking menaiki anak tangga menuju ke tempat penginapan. Boleh tahan tingginya... |
![]() |
Bangunan pejabat ... |
![]() |
Kolam renang .... dapat juga kami terjun kolam renang ni kerana waktu tu ada jurulatih bertauliah sedang memberi latihan kepada guru2 . |
![]() |
Kolam renang dengan kedalaman 15 kaki |
![]() |
ke bilik penginapan .... mendaki lagi tau. Jika kursus kat sini ... pemilihan kasut yang sesuai amat penting terutama jika kursus yang memerlukan berpakaian formal. Tak yah le pakai tumit tinggi ye.. |
![]() |
Dewan yang besar dan cantik...... |
![]() |
Bila dah habis sesi ceramah .... bersepah guru2 ni kat luar dewan ... nak cari line telefon . Jika ada yang nak camping atau kena kursus di sini ... .. line internet tak de ye. Mudahan akan datang ... masalah ini dpt diselesaikan. |
![]() |
Laluan berbumbung ....memberi kemudahan |
![]() |
Dewan makan yang luas dan selesa tiada capaian internet di sini..... syahduuu |
assalamualaikum puan,maaf bertanya..ada tak no. telefon kem untuk saya hubungi ?
BalasPadamtrima kasih
waalaikumsalam .. saya mohon maaf kerana tiada no telefon tersebut
BalasPadam