Pak Anjang
Unit Akademik SMK Sungai Besar telah mengadakan program Motivasi bermula 22 hingga 24 Januari 2014. Murid yang terlibat adalah murid tingkatan 4 aliran sains dan semua murid tingkatan 5. Tahniah buat Unit Akademik , Unit Kaunseling dan mereka yang terlibat ..
Walaupun program berlangsung selama 3 hari, tapi baru hari ini saya berkesempatan bersama dalam program Pak Anjang kerana jadual saya bersama murid tingkatan 5. Pak Anjang atau Dr Abd Halek Bin Abd Rahman, seorang motivator.
Apabila saya sampai di Dewan Bestari, ( masa tu sesi luahan hati seorang anak ) saya melihat rakan2 guru asyik mengesat air mata. Ibubapa yang hadir juga menitiskan airmata apabila mereka mendengar rintihan anak2 memohon ampun dan maaf kepada ibubapa mereka. Ayahhh....kakak mohon ampun ayah, ibuuuuu.... maafkan dan ampunkan kakak... ibuuu.
kakak sayang ayah, kakak sayang ibuu. Anak yang membawa bunga ros mencari seterusnya mendakap ibubapa masing2 memohon keampunan, redha dan restu ibubapa.

satu persatu anak2 murid datang ke hadapan dan menyuarakan rintihan dan rasa kesal mereka . Kata2 dari pak Anjang, cukup menyentuh hati........... Airmata ini tidak boleh dibendung lagi ....
Bagi saya ia program yang cukup memberi kesan di hati anak2 murid, Mengetuk pintu hati mereka supaya berusaha bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan dalam akademik di samping menjadi anak yang menghormati dan menyayangi ibubapa.
Walaupun hari bekerja, ibubapa ambil kesempatan untuk hadir sama
Antara bapa yang hadir
Murid pertama yang meluahkan rasa hati ...moga cemerlang dunia akhirat
Bunga ros tanda kasih seorang anak buat ibu yang tercinta
Selepas solat, Ibu dan ayah sedekahkan al-fatihah buat anak2 dan sebut nama anak2 . In sha Allah , mereka menjadi anak yang taat, lemah lembut dan mendengar kata .
Pak Anjang memberi sokongan kpd murid ini.... satu2nya murid yang mahu berbicara walaupun tanpa kehadiran ibubapa...
Antara kata2nya yang saya ingat :
Ayah dan ibu saya tak datang dan saya tahu .... mereka tak datang sebab bekerja untuk menyekolahkan saya. saya sayang mereka .... Dia meneruskan kata2 dengan linangan airmata.
Apabila saya mendengar bahawa kedua ibubapanya tidak hadir... cepat2 saya minta pertolongan guru untuk menjadi pengganti ayahnya. Jiwanya sedang sedih, hiba dan ia perlu diberi semangat dan kekuatan.... Pelukan pasti mendamaikan hatinya.
Inilah pengalaman yang saya kutip dalam setiap kem yang saya dan rakan2 kendalikan.
Alhamdulillah ...
Kasih ayah berkorban harta, kasih ibu membawa ke syurga
Senyuman gembira ...
Imej pelik muncul ketika gambar diambil ... sedangkan tiada sesiapa yang duduk di kerusi itu.
Hasil penelitian dari beberapa rakan dan gambar2 yg diambil... kami pasti tiada sesiapa disitu. Wallahua'lam.
Pak Anjang memimpin bacaan doa
Ibu mendoakan anak2 dengan doa yang baik2
Pesanan ibu buat permata hati
Diakhir program .... ketika bersalaman dengan penjaga yang hadir, mereka memuji program motivasi yang diadakan , siap bagi cadangan agar diteruskan.
Tahniah unit Akademik