Alhamdulillah syukur kerana saya dapat menyertai Seminar Mutawwif Dan Mutawwifah Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd pada 31 Mac ~ 1 April 2018 bertempat di Hotel Palace Of The Golden Horses, Sri Kembangan. Tahniah buat THTS kerana berjaya menganjurkan seminar dengan cemerlang. 541 peserta dari seluruh negeri .
Program dua hari ini bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai mutawwif dan mutawwifah Malaysia yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan kepada anak muda terutama mereka yang berkelulusan agama .
Peserta seminar ... mendengar penuh tekun . Program yang sangat padat dengan ilmu , disampaikan pula oleh penceramah yg hebat2 belaka ..
1. YM Tengku Aziz b. Raja Abdullah
2. Ust Hj Sirajuddin Siswadi Putera
3. Dr Hj Sapawi b. Che Mat
4. Dr Jamaluddin b. Hashim
5. Datuk Dr Zahazan b. Mohammed
6. Dr Hjh Shamsiah bt Mohamad
7. Dr Mohd Farid Ravi b. Abdullah
Alhamdulillah Syukur sangatt krn dapat menyertainya ...
Setiap peserta hanya dikenakan bayaran untuk 2 hari seminar adalah RM250 sahaja . Sangatt MURAH !!! jika dibandingkan dgn lain2 travel.
Dengan bayaran itu , peserta duduk hotel 5 bintang , dewan yang selesa , diberi beg berisi senaskah Al Quran ...terima kasih THTS
Banyak2 seminar dan kursus yang pernah di hadiri ... nie pertama kali dpt kurma dan air zam zam .
Tp yg dalam botol tu ,air mineral je ... air zam zam kat luar
Pemerhatian saya lebih kurang 50% peserta terdiri dari anak2 muda. Seronok melihat semangat serta komitmen mereka . Semoga ada rezeki buat mereka untuk menjadi mutawwif dan mutawwifah.
Sempat selfi sebelum program bermula ..
Bakal2 Mutawwif ..