Trip bersama kawan2 pada 18 - 21 November 2016 ke Sabah bahh .. Kami sepakat memilih Sabah sebagai tempat percutian .. kami ingin merehatkan minda setelah penat bekerja , pergi bercuti , jalan2 ditempat orang adalah motivasi buat kami . Seperti biasa .. saya dan suami akan uruskan tiket perjalanan . kami mula meninjau tiket2 yg murah untuk ke Sabah. Airasia juga yang ada tiket murah . Terima kasih Airasia . Kami buat tempahan hotel di Kota Kinabalu dan Kundasang , ambil 2 buah kenderaan, booking 2 buah bot untuk pusing pulau2.... Maklumla tempahan untuk 22 orang . Meriahnya group kami .. Menguruskan group yang besar ..dengan pelbagai kerenah dan permintaan buat kita pening kepala .
Hari jumaat 18 November 2016 ..habis sesi persekolahan, kami memulakan perjalanan ke KLIA 2 .. flight jam 6.25 petang maka kami perlu segera sampai di KLIA 2 . Van yang membawa kami hanya berhenti utk solat jumaat sahaja. Setelah sampai di KLIA 2 .. Terus uruskan bagasi dan masuk ke balai berlepas . Flight mendarat dgn selamat di lapangan terbang Kota Kinabalu.. Malam itu kami menginap di Switz Paradise Hotel. Suasana di sekitar hotel ini kurang enak . .. Di bhg bawah bangunan hotel ada casino .. Kami terserempak pula dgn beberapa orang yang mencurigakan dan menakutkan . Ini faktor kami pindah ke hotel lain.
Oleh kerana kami rasa tak selesa dengan suasana di Hotel budjet tempat kami menginap ... akhirnya group saya pindah ke Hotel J&J ... walaupun kami sampai pagi sekitar jam 7.00 pagi .. kami tetap dibenarkan chek in hotel J&J untuk simpan beg dan barang2 sebelum aktiviti pulau. Terima kasih kerana memudahkan urusan kami.
Hari kedua , selesai chek in hotel J & J.. kami bersiap2 untuk ke pulau2 Tunku Abdul Rahman iaitu Pulau Manukan , pulau Mamutik dan pulau Sapi . Kami ambil 2 bot ... satu bot rm370 .. utk snorkling rm15 dan tiket pulau rm3 ( bayaran untuk seorang) . Kami menaiki bot di kawasan pasar Filipin ... jalan kaki sahaja dari J&J hotel . Alahai dekatnya ..
Kami dibawa ketiga2 pulau untuk aktiviti snorkling dan mandi manda . Tapi hanya 5 orang je yang nak mandi2 ... Yang lain ... duduk2 dn makan2 je ( Kami beli dan bawa makanan ) sambil menikmati keindahan laut dan pantai . Selfi sana sini dan kami tengok ikan dari atas jeti je . Hiss ..langsung tak basah .
Setelah selesai aktiviti di pulau2 ... Kami balik semula ke jeti . Perut pun dah lapar dan ia beri isyarat untuk diisi. Terdapat beberapa kedai makan di deretan hotel J & J . Selesai makan tengahari ... Kami berehat sebentar di bilik hotel . Aktiviti petang tu jalan2 dan shopping di sekitar Pasar Filipin .. Boleh cari mutiara , t-shirt , ikan kering , ikan bilis ..macam2 ado . Waktu malam sambung pula beli barang di pasar malam . Kami duduk di J&J hotel depan pasar Filipin ... mmg senang nk shopping. Rupanya beli mutiara di pasar malam lebih murah harganya dari Pasar Filipin . Anda juga boleh menikmati pelbagai seafood di pasar Filipin . Pilih je .. Nak ikan yang mana , udang, sotong ada macam2 lagi jualan mereka.
Rumah Terbalik ( Tiket RM10.60 )...
Bergambar dan possing .... aktiviti wajib di setiap tempat yang dilawati ,
Ahli rombongan ke Sabah ... Di saat akhir 6 orang menarik diri kerana ada hal lain walaupun tiket sudah di tempah awal2.
Hari ke 3 Kundasang .. dalam perjalanan ke Kundasang , lawatan kami singgah di Rumah Terbalik . Setelah membayar tiket utk satu group kami menunggu giliran utk naik ke rumah terbalik . Kami diberi penerangan serta dilarang mengambil gambar semasa di dalam rumah . Perjalanan diteruskan ke Timpohon Gate ... tempat pendaki memulakan pendakian ke gunung Kinabalu. Tiket masuk ( RM3 ) jangan buang tau ... nanti boleh guna untuk masuk ke Poring , Ranau. Selesai lunch dan solat jamak Takdim di masjid Ranau , kami meneruskan lawatan ke Fish massage di kg Luanti dan seterusnya Poring Ranau .
fish massage di Kg Luanti .. Tiket masuk RM5.00 /seorang . Anda juga boleh beli makanan ikan di kaunter masuk . Bagi pengunjung yang memakai stokin ... Ikan tidak akan gigit .
Tengok tu ...Besar2 ikannya ..
Poring Ranau .. Tempat mandi air panas .
Kita gunakan tiket yang sama di Timpohon Gate untuk masuk ke Poring . So simpan baik2 tiket yang kita dapat semasa di Timpohon Gate.
Jom naik canopy walk ( Tiket RM3 seorang ) .. boleh menguji ketahanan fizikal, mental .
Ambil masa 1 jam untuk naik dan turun semula dari canopy walk . Masing2 teruja nak naik canopy walk .. tapi penat weiii .. jalan berbukit . Guna kasut yang sesuai ketika mendaki .. baru kaki selesa .
Perjalanan turun dari canopy walk ..Alhamdulillah berjaya melepasi cabaran . walaupun ada yang pakai kasut tinggi. Tahniah2.
Jom rendam kaki dalam kolam air panas selepas penat mendaki ..
Memang gayatt ... tinggi sangat2 . Tak berani nak pandang bawah .. takut sebenarnya.. huh
Kita akan melalui 5 titian gantung ni . Saya berzikir dan baca doa .. sepanjang melintasi titian gantung ... ya Allah takutnya.
Percutian yang menyeronokkan serta banyak memberi kenangan .
Selesai aktiviti di Poring Ranau ..kami terus chek in The Cottage Hotel. Jadual kami sangat padat sebab kami nak pergi semua tempat . Walaupun penat tapi puas hati. Malam di Kundasang sangat sejuk berbanding KK. Selesai dinner ... adalah waktu istirehat.
Gambar di hadapan hotel The Cottage
Hari ke empat .. Desa Dairy Farm .
Pemandangan di sini sangat cantik seperti kita berada di New Zeland .... Chewahh . Untuk view yang cantik .. Mesti datang sebelum jam 9.00 pagi .. Selepas jam 9 .00 pagi ..puncak kinabalu akan dilindungi kabus . Di sini kita boleh menikmati susu segar dan ais krim yang bestt . Kena beli tau ...bukan free .
Cantikkan view di Desa Dairy Farm
Gunung Kinabalu terlindung oleh kabus.
Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu .. Kami singgah di Pekan Nabalu . Boleh shopping lagi kat sini dan harga t shirt murah sedikit dari pasar Filipin . Kena pandai tawar menawar . Kami juga singgah di Jambatan Tamparulli .. Sekadar bergambar kenangan.
Sebelum meninggalkan Kundasang ... kami melawat Kinabalu War Memorial Kundasang.
Masa masih ada ... Kami sempatkan shopping yang terakhir di pasar Filipin . Masing2 tambah barang untuk dijadikan buah tanggan dari Sabah . Ada yang tambah t shirt ... mutiara .. Ikan bilis dan udang kering .
Saya dan dua rakan pergi ke pasar basah ...kami cari udang dan lobster . Ambil dan timbang beberapa kilo udang bersaiz XL ..kemudian bungkus dlm kotak dengan rapi agar mudah dibawa dgn hand ludgeg . Harga udang XL adalah RM30 sahaja . Harga yg lain tak ingat .
Selesai shopping ..kami terus je ke airport .
Tamat percutian kami ..
Selamat Tinggal Sabah .. Lain kali pasti datang lagi .
Biru biru ujung Kinabalu
Nampak dari jauh , hati saya rindu .