Pada musim haji 1439H ini, Kompleks TH Sepang telah digunakan sepenuhnya bagi operasi haji musim 1439H /2018M bagi menggantikan Kompleks TH Kelana Jaya.
Carta alir pergerakan jemaah haji di Kompleks TH Sepang.
Melalui pemerhatian saya, jemaah haji akan dipanggil untuk mengambil barang2 kelengkapan seperti lencana, gelang haji, stiker perumahan dan beg sandang. Kemudian jemaah boleh masukkan bagasi yang telah dilekatkan stiker perumahan. Terdapat ramai petugas2 yang akan membantu jemaah semasa pengurusan masuk bagasi ke dalam Kompleks TH . Bagasi jemaah akan ditanda dgn stiker beserta nombor bagi memudahkan pencarian bagasi ketika urusan chek in.
Apabila jemaah mula dipanggil masuk... Jemaah perlu menunjukkan Buku Kesihatan kepada petugas , seterusnya akan ambil passport ( PMA) dan Bording Pass di kaunter, Ingat ye ...Bila jemaah sudah masuk ke dalam Kompleks TH , mereka tidak dapat lagi untuk bertemu dengan keluarga .. Selesai ambil passport , jemaah perlu cari bagasi dan membawanya ke kaunter untuk urusan Serahan Dan Timbang bagasi . Jemaah akan melalui Imbasan Badan dan scan hand luggages, selesai urusan tersebut jemaah akan melalui Imbasan 10 jari dan gambar akan diambil .selesai urusan scan 10 jari, jemaah akan masuk ke dalam dewan dan mendengar sedikit taklimat dari TH, Sebelum bergerak ke KLIA bacaan doa dan laungan azan berkumandang. Jemaah haji diminta secara sukarela untuk melaungkan azan dan membaca doa keberangkatan ke Tanah Suci . Doa yg cukup syahduu
Ketika bergerak ke KLIA, Jemaah tidak lagi membawa bagasi, cuma ada hand luggage shj.
Di bahagian belakang dewan menunggu (sebelum ke klia) ada 2 kaunters yang telah disediakan untuk kemudahan jemaah haji. Iaitu kaunter TH (untuk simpan duit, bayaran dam dan korban) dan Kaunter Bank Islam ( pertukaran duit ringgit ke riyal) .
Apabila jemaah sudah berada di dalam bas menuju ke KLIA . Bas diescort oleh PDRM trafik dari Movenpick terus ke gate penerbangan (C11). Ahli keluarga pengiring ditinggalkan di Movenpick . Ada ambulans yang mengiring jemaah sepanjang perjalanan Movenpick ~ KLIA.
Apabila sampai KLIA, jemaah turun bas dan mengikut petugas ke kaunter khas imigresen Malaysia ~ Saudi . Ramai petugas TH yang membantu para jemaah . Jemaah perlu pastikan passport dan kad kesihatan jemaah di simpan di dlm beg sandang agar mudah dikeluarkan apabila diperlukan.
Dengan adanya Kaunter Imigresen Saudi di KLIA, ia satu kemudahan yang diberikan kpd jemaah haji Malaysia kerana... jemaah tidak lagi perlu menunggu lama sehingga 3 @ 4 jam urusan imigresen di Madinah atau Jeddah.
Ketika menghantar jemaah , waris boleh bersama menunggu di ruangan menunggu yang disediakan.
Ruangan menunggu yang disediakan oleh TH
Masjid KLIA hanya bersebelahan dengan Kompleks TH . Kawasan yang luas, kemudahan parking disediakan , gerai2 jualan terletak di kawasan masjid ...banyak gerai makan di sini. Jemaah dan waris juga boleh berehat dan solat di masjid yang luas dan selesa .