Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 25 Mei 2014

Coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi

Bertahun umat Islam memakannya , bertahun sudah ia dalam pasaran dan baru sekarang coklat Cadbury dikesan ada DNA babi. Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).
Keputusan analisis mendapati dua sampel dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel, nombor kelompok 200813M01H I2 yang tarikh luput pada 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam, nombor kelompok 221013N01R I1 yang tarikh luput pada 15 Januari 2015.
Satu lagi sampel coklat susu Cadbury (Cadbury Dairy Milk Chocolate) tidak dikesan DNA babi.

Ya Allah .... ampuni dosa kami kerana kami tidak mengetahui. Kita bacalah doa seperti doa Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra...
" Ya Allah! Ya Tuhanku ..aku memohon keampunan terhadap terhadap apa-apa  yang telah mengalir dalam urat2 dan apa-apa yang telah bercampur aduk dalam tali perut " . Mudahan dosa kita diampunkan... in sha Allah.
 Oleh itu kita perlu berhati2 dan beringat ketika membeli barang makanan . Pastikan ianya halal dan sama-samalah  kita jauhi yang haram.

Sebagai umat Islam kita wajib memastikan makanan yang diambil oleh ahli keluarga adalah makanan halal lagi baik. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini.  Maksud Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah : 88 ......
"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. "
Maksud firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah : 168 ...
" Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu ".
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 172 ... Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya ".

Pentingnya penjagaan pemakanan halal :
  1. Makanan dan minuman yang halal lagi baik penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan .
  2. Makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi ( akhlak ) seseorang . Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari) 
  3. Makanan yang halal sangat  penting agar doa kita diterima dan dimakbulkan Allah SWT.
  4. Ia penting agar amal ibadat kita diterima Allah SWT. 
Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan. Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”
Seorang petugas sebuah pasar raya menarik semula penjualan coklat Cadbury yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama

Untuk mengetahui lebih lanjut , Sila rujuk ....
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140525/dn_07/Coklat-Cadbury-dikesan-DNA-babi#ixzz32irhfqvy 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 18 Mei 2014

Arnab

Kami menjaga arnab hanya sekadar hobi je. Seronok dan  gembira melihat ia membesar di depan mata . Melihat gelagatnya menghiburkan hati kami sekeluarga.  Walaupun hobi ... penjagaannya perlu diketahui.
Kita boleh memelihara kucing, arnab, ikan atau apa sahaja.... Dan apabila kita memelihara binatang. ... jagalah binatang itu dengan sebaik-baiknya. Jaga makan minumnya, kebersihan tempat tinggalnya dan kesihatan binatang peliharaan.

Sabda Rasulullah SAW ...
" Diwajibkan ke atas kamu berlaku ihsan/berbuat baik dalam semua perkara.  Apabila kamu hendak membunuh binatang berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu hendak menyembelih berlaku ihsanlah ketika menyembelih ".

PUTIH ..... kerana ia putih gebu . Arnab Angora ini telah dilahirkan pada 29 -3-2014. Putih memiliki sepasang mata yang merah. Cukup cute arnab nie.
Bulunya perlu disikat seminggu sekali untuk mengelakkan bulunya berpintal. Bila badannya kotor, hanya perlu lap sahaja tanpa memandikannya. Gunakan pula tuala yang lain untuk mengeringkan badannya.
Pastikan badan arnab kering untuk mengelakkan arnab terkena selsema. Dapatkan segera rawatan di klinik haiwan jika arnab kesayangan  cirit birit , terkena jangkitan atau sakit . Tindakan awal membawanya ke klinik  dapat membantu dan menyelamatkan binatang peliharaan.
Selain memberi  pallet, sekali sekala kami beri Panda dan Gemuk makan ulam. 
Ulam hanya sesuai untuk arnab dewasa sahaja. 
Ia menggemari ulam pegaga, ulam raja, kadok dan kangkung.  
Kami beri sebiji bola untuk ia bermain di dalam sangkar. 
Hujung minggu kami lepaskannya di halaman, memberi ruang dan peluang untuk arnab2 tu berlari, berkejaran dan bermain di celah-celah pokok bunga. Kerap meluangkan masa bersama arnab serta membelainya dapat menjinakkannya. Harap2 menjadi ..
Najis arnab perlu dibuang dan dibersihkan setiap hari. Membiarkan najis tanpa dibersihkan akan memungkinkan arnab dijankiti penyakit dan boleh membawa kepada kematian arnab. Najis arnab boleh menjadi baja pada pokok tanaman . Pokok2 tanaman  akan menjadi gemuk dan subur cuma .... baunya yang kita tak suka. 

Sabtu, 17 Mei 2014

Sambutan Hari Guru SMK Sungai Besar

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun , Ia sebagai penghargaan kepada para guru. Dalam meraikan sambutan Hari Guru , banyak  aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pastinya ia disambut dengan cukup  meriah .. Tema Hari Guru tahun 2014 ialah :
Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Sambutan Hari Guru di SMK Sungai Besar tahun 2014 ...
Program pertama yang diadakan ialah Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil  sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan ia dipimpin oleh pelajar2 tingkatan 6. 
Program Bacaan Yasin dan Tahlil
Selesai bacaan Yasin... guru keluar dari dewan untuk sesi berarak
Wajah2 ceria guru-guru SMK Sungai Besar
               
Terima kasih cikgu & Jasamu guru tetap dikenang ... itulah ayat pembakar semangat


Program seterusnya ialah Perhimpunan rasmi, guru2 berarak memasuki dewan Bestari , mendengar ucapan wakil pelajar dan mendengar amanat Menteri Pelajaran. Sesungguhnya ia memberi semangat baru buat guru agar terus berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Ucapan dari wakil pelajar 

Nanyian lagu ..Kami Guru Malaysia dan ikrar guru

Program diteruskan dengan pertandingan puzzle, softball, petanque, persembahan dari pelajar dan sesuatu yang memeriahkan majlis ialah cabutan bertuah. 
Gambar: Selamat Hari Guru
           Hadiah paling besar...


Pertandingan petanque yang disertai ... seronok sangat sebab kumpulan kami menjadi johan. Johan kerana salah seorang ahli adalah pemain kebangsaan.
 

Di bilik ketua panitia ..
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan pengawas, pelajar Tingkatan 6 dan semua pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan dan memeriahkan sambutan ini.

Rabu, 7 Mei 2014

Spaghetti Best

Sesekali tukar selera pada spaghetti... ok gak. Anak2 pun memang suka spaghetti. Masak nie lebih mudah, ringkas dan cepat. 
Bahan-bahannya :

1/2 bungkus spaghetti
1 botol sos Tradisional Kimball
1 cawan air
3 ketul ayam yang dihiris halus/ guna daging ayam kisar
3 batang sosej dihiris
3 sudu cili giling
1 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
  1. Rebus spaghetti - rebus air dan campurkan sedikit minyak hingga mendidih. Masukkan spaghetti dan masak hingga lembut. Kemudian toskan spaghetti.
  2. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan cili dan tumis lagi.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air ... tumis hingga ayam masak.
  4. Tuangkan sos Tradisional Kimball , masukkan sosej , air dan garam.
  5. Masak hingga pekat. 

 Tumis ayam hingga betul2 masak.
 Spaghetti siap terhidang... jemput makan.

Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim

Menu yang menjadi kesukaan anak2ku. Apabila mereka berkumpul adik beradik ...ini antara menu yang digemari mereka. 

Bahan-bahannya :

1/2 bungkus spaghetti
2 tin sos carbonara prego ( cendawan )
Sedikit isi ayam/ guna daging kisar pun boleh
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dipotong dadu
7-8 ketul Mushroom butang - dihiris nipis
1/2 cawan susu segar/ susu cair 
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Lada sulah

Cara-caranya :
  1. Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak hingga mendidih kemudian masukkan spaghetti  dan masak hingga lembut.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan ayam dan tambah sedikit air.
  4. Masukkan sos carbonara prego.
  5. Masukkan mushroom tadi dan gaul sebati.
  6. Apabila sudah pekat masukkan susu  sedikit demi sedikit sampai ia berkrim.
  7. letakkan garam dan lada sulah.
Sedia untuk dihidang... Selamat Mencuba

 Mesti cuba
 Spaghetti yang enak..

Undang-Undang Jenayah Dalam Islam

Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Khamis, 1 Mei 2014

NKI SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014 FASA 2

Hari ketiga .... Aktiviti khas disediakan buat guru pengiring,  ketua kontijen,  pemandu dan ajk berkaitan. 
Kuliah Duha ... program khas untuk guru pengiring, ketua kontijen dan ajk berkaitan pada hari kedua di Perlis.
Kuliah subuh pada hari ketiga ..."Kepimpinan Tokoh Islam Terbilang"
Kami  dibawa ke beberapa lokasi. Lokasi pertama ialah Pasar Wang Kelian. Setiap hari ahad .... orang Malaysia boleh memasuki sempadan Thailand meskipun tiada pasport, begitu juga orang Thailand ...boleh memasuki Malaysia.
Pos Imigresen Thailand ....Sempadan untuk memasuki pasar Wang Prachan di Thailand 
Sudah di bumi Thailand ... Pasar Wang Prachan 
Pelbagai barang seperti pinggan mangkuk, barang kraf tangan, makanan, barang perhiasan , pakaian dijual dengan harga yang murah di Pasar Wang Kelian dan Pasar Wang Prachan Thailand.
Suasana di Pasar Wang Prachan
Kemudian kami dibawa ke Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang
Kami memenuhi ruang di dalam dan luar kedai ni
Menikmati Pulut Mempelam Harumanis ... memang bestt
Seterusnya ke Hutan Lipur Bukit Ayer
Menikmati hidangan tengahari secara santai ...
Satu keistimewaan di sini ... peringatan buat pengunjung agar mereka tidak berbuat maksiat.
 Boleh dicontohi oleh taman rekreasi yang lain.
Taman Anggur Perlis.... RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak2. 
Kami masuk percuma @ telah dibayar oleh penganjur.
Teruja  tengok ladang dan buah anggur ...emmm geramnya.
 Jenis anggur yang ditanam ialah Black Opal, Pok Dam dan White Malaga .
Masa kami datang ni, buah anggur masih muda . 
Taman Anggur Perlis boleh dijadikan destinasi yang mesti dikunjungi bersama keluarga. Ia terletak di Pusat Pertanian Bukit Bintang II , 10 km dari bandar Kangar . Ia juga berdekatan dengan Taman Ular, Taman Herba dan Hutan Lipur Bukit Ayer.
Kita juga boleh dapatkan potongan harga tiket dengan menulis surat ke Jabatan Pertanian Negeri Perlis ( jika bawa pelajar sekolah )
 atau boleh menghubungi talian 04-9770433. Ini maklumat yang diterima.
Selesai aktiviti di luar .. kami kembali ke sekolah dan mengikuti program Kotak Bertuah ( Tazkirah Sepontan ).
10 pentazkirah terbaik kumpulan lelaki dipertandingkan semula untuk mencari 5 terbaik. 
5 orang yang terbaik akan menyampaikan tazkirah di 5 buah masjid yang berlainan. Masjid yang terlibat ialah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Masjid Al-Sobirin, Gial,Masjid Al-Mursyid, Guring, Masjid As-Sharani, Kayang dan Masjid Darul Ibadah, Padang Behor.
Tazkirah Imam Muda di masjid... Nur Qaseh bersama di Masjid As-Sharani, Kayang
Tazkirah Imam Muda oleh peserta dari Negeri Sembilan ... penyampaian yang bersahaja tapi cukup hebat .
Dan akhirnya beliau dinobatkan sebagai Pentazkirah Terbaik.
Imam, Bilal dan Tazkirah Imam Muda... semuanya dipimpin oleh peserta NKI SMKA. 
Selesai Tazkirah, semua peserta kembali ke SMKA Arau untuk Forum Remaja .
Aktiviti guru pengiring..
Hari keempat.... kami dibawa ke Masjid Hussain Kuala Perlis. 
Murid terlibat dalam perbincangan kumpulan ..pelan tindakan BADAR
Menikmati keenakan Laksa Perlis . Kedai terletak tidak jauh dari jeti kuala Perlis
Minta separuh je ... Rm2 ...Laksa yang sedap, murah pulak tu. Jika ke Perlis ....mesti cari tau .
Kami segera kembali ke sekolah untuk Majlis penutup
Majlis Perasmian Penutup .... dapat dilihat keakraban dan kegembiraan mereka
Tazkirah terbaik.... peserta dari Negeri Sembilan
Kenangan di Perlis
Jika ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
In sha Allah kita jumpa lagi
Buah tangan dari Perlis ... Terima kasih semua. 
Memang puas hati .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...