Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Isnin, 24 Februari 2014

Program Catuan Air Di Seluruh Selangor



SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok ( 25 Februari 2014 ) bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.

"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini Isnin.

Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

Abdul Khalid berkata jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata menerusi program catuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/program-catuan-air-di-seluruh-selangor-mulai-esok-khalid-30714?cp

Ahad, 23 Februari 2014

Memorandum kelemahan PBS akan dihantar kepada PM

Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari (dua dari kanan) dan aktivis pendidikan, Mokhtar Razak Badri (dua dari kiri) menurunkan tandatangan di atas kain rentang bagi menyatakan sokongan terhadap pemansuhan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Bangi. Gambar: SAFWAN MANSOR.
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menghantar memorandum berkaitan kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, SGMM akan menggunakan apa cara sekalipun dalam memastikan memorandum itu disampaikan kepada Perdana Menteri bagi menyuarakan suara guru-guru yang terbeban dengan PBS.

"SGMM juga bersedia berjumpa dengan Perdana Menteri untuk menyampaikan suara guru-guru dan seterusnya memansuhkan PBS.

"Kami ingin memastikan memorandum itu sampai kepada beliau iaitu sebelum April, SGMM percaya Perdana Menteri akan memberikan respons. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima, memorandum itu akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media Himpunan222:MansuhPBS di sini.

Setakat ini, sebanyak 20 NGO telah memberi sokongan dan tujuh tokoh pendidikan dan profesor telah menyatakan sokongan kepada SGMM bagi memansuhkan PBS.

Mohd. Izzat berkata terdapat tujuh isi penting kandungan memorandum tersebut yang menyentuh permasalahan PBS secara keseluruhannya iaitu :

i) Format peperiksaan berdasarkan PBS wajib dikeluarkan serta-merta kerana tiada sebarang format tetap mengenainya.

ii) Mesti mempunyai projek perintis sebelum dilaksanakan sekiranya tiada perlu dimansuhkan.

iii) Kongsikan kajian yang dibuat sejak 2005 hingga 2010 bagi membuktikan keberkesanan PBS.

iv) Menyelaraskan semua sistem dalam talian PBS bagi memudahkan semua guru-guru.

v) Menyediakan terlebih dahulu kemudahan lengkap murid-murid di sekolah seperti dipersetujui dalam perjanjian dengan pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu satu guru dengan nisbah 25 pelajar.

vi) Menyediakan mekanisme maklum balas untuk guru-guru menyuarakan pendapat serta berkongsi kebimbangan mereka.

vii) Meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat siasatan berhubung pembaziran yang berlaku dalam membangunkan sistem PBS

Tambah Mohd. Izzat selepas ini, pihaknya akan terus mendapatkan sokongan dari NGO-NGO serta tandatangani semua pihak bagi membantah pelaksanaan PBS atau memansuhkan PBS.

"Setakat ini, SGMM telah berjaya mendapatkan 500 tandatangan tanda sokongan terhadap kempen untuk mansuh PBS dan kami percaya jumlah itu akan bertambah bermula hari ini.

"Kita berharap pihak kementerian tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap guru-guru yang ingin menurunkan tandatangan bagi memberi sokongan kepada kempen ini," ujarnya.

Sementara itu, Himpunan222:MansuhPBS pada hari ini turut membuat deklarasi dengan pendirian berdasarkan perkara-perkara berikut :

i) Kementerian gagal sediakan kemudahan lengkap berkaitan PBS

ii) Sistem PBS gagal kerana tiada keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang masih berteraskan kefahaman peperiksaan

iii) Kementerian gagal tunjukkan bukti hasil kajian rintis PBS

iv) PBS gagal kerana sebabkan tugas guru semakin kurang PdP berikutan beban merekod data

v) PBS telah mewujudkan murid pasif, malas berfikir, tidak berdaya saing dan hilang kreativiti

vi) PBS telah gagalkan sistem demokrasi pendidikan negara kerana ketepikan beberapa institusi pendidikan

Dalam pada itu, SGMM turut menyeru seluruh NGO berkaitan pendidikan bersatu memberikan sokongan untuk memansuhkab PBS sehingga berjaya. - MalaysiaGazette



Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/memorandum-kelemahan-pbs-akan-dihantar-kepada-pm#ixzz2u8nc5TRq

Mesyuarat Lawatan Penanda Aras Ke Gontor Indonesia

Lawatan penanda aras dan perkongsian ilmu di Gontor, Indonesia. 
 Seramai 35 peserta akan menyertai lawatan ini. Oleh kerana lawatan dan perkongsian ilmu hingga ke luar negara .... maka mesyuarat pun mestilah di luar sekolah. ... Restoran Sekin jadi pilihan . Semoga apa yang dibincang dan dirancang akan berjalan dengan sempurna. 

.  Apa yang menarik pada Pondok Modern Darussalam Gontor, Saya akan ceritakan kemudian .

Di sini kami bermesyuarat
Makan dulu baru meeting 


Menu di Restoran Sekin .....
Meeting pun bermula ...

Sabtu, 22 Februari 2014

Pondok Modern Darussalam Gontor, Indonesia

Pondok Gontor ditubuhkan pada 10 April 1926 di Ponorogo, Jawa Timur oleh tiga bersaudara iaitu  KH Ahmad Sahal, KH Zainuddin Fananie, dan KH Imam Zarkasy . Pada awalnya Pondok Gontor hanya mempunyai Tarbiyatul Atfhfal ( Taman kanak-kanak ) kemudian meningkat dengan wujudnya Kuliyyatul Mu'alimin Al-Islamiah ( KMI ) yang setaraf dengan lulusan sekolah menengah. Pada tahun 1963 , Pondok Gontor telah mendirikan Institusi Pengajian Islam Darussalam ( ISID ).

Pada tahun 1994 , didirikan pondok khusus untuk pelajar puteri ( perempuan ) untuk tahap KMI dan pendidikan tinggi yang khusus menerima alumni KMI. Pondok khusus putri ini menduduki tanah wakaf seluas 187 hektar. Hingga kini Pondok Gontor telah mempunyai 17 cawangan yang terdiri 13 kampus di seluruh Indonesia.

Pendidikan menengah di Pondok Gontor adalah selama 4 @ 6 tahun. Waktu belajar di Pondok Gontor bermula 4.30 pagi hingga 10.00 malam. Pendidikan formal bermula jam 7.00 pagi hingga 12.15 tengahari.
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ditetapkan sebagai bahasa pergaulan dan bahasa pengantar pendidikan
kecuali mata pelajaran tertentu yang perlu disampaikan dengan Bahasa Indonesia. Bahasa Arab dipelajari kerana banyak buku mengenai hukum hakam Islam ditulis dalam Bahasa Arab. Bahasa Inggeris merupakan alat untuk mempelajari ilmu pengetahuan/umum.

Kami dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar di Pondok Gontor boleh menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta boleh bertutur  menggunakan kedua-dua bahasa setelah belajar selama enam bulan sahaja. Sungguh mengkagumkan ...  itulah antara perkara menarik yang ingin kami ketahui. Kami juga ingin mengetahui kaedah pembelajaran di sana dan bagaimana pelajar2nya menjadi pelajar yang cukup berdisiplin. Perkongsian ilmu yang cukup bermanfaat ...

Pondok Modern Darussalam Gontor





Pasukan pengibar bendera merah putih
Pondok Modern Darussalam Gontor Putri

Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Pondok_Modern_Darussalam_Gontor

Jumaat, 21 Februari 2014

Keajaiban Bersedekah

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,
3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.
Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.
Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.
Bertemu Dengan Ramai Jutawan
Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.
Mereka 'tersangat' kaya.
Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.
Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.
Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.
Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.
Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.
Nasihat Dari Para Jutawan
Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.
Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."
Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.
Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka
Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.
Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.
Tiba tiba, bila saya buka beg duit.
Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?
Aduh !!!!!
Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.
Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.
Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."
Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.
"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.
Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.
Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?
Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.
"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."
Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.
Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.
Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.
Allahuakbar.
Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.
Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.
Syukur Alhamdulillah.
Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.
Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.
Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.
Kali ini, saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."
Jangan takut untuk bersedekah.
Allah Allah.....
Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.
Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.
Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.
Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."
Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi.
* Ini adalah perkongsian dari rakan ...
 Gambar sekadar hiasan

Taufiq dan Hidayah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH PAGI INI...
Taufiq dan Hidayah pula

"Wabillahi taufiq wal hidayah..." Biasa kita dengar...tapi tak biasa kita memahami maksudnya. Atau "Wabilhidayah wattaufiq..." Yang mana satu dulu ni... taufiq dulu baru hidayah ke atau hidayah dulu baru taufiq ? Apa dia taufiq dan apa dia hidayah ?

Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, bahawa taufiq itu ialah iradat Allah yang datang dari-Nya sendiri terhadap hamba-Nya untuk melakukan yang baik, diberinya keizinan untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya, didorong oleh kecintaan kepada-Nya.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepada-NYA. Ianya berdalilkan firman Allah SWT yang mafhumnya :

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada  mereka akan jalan-jalan kami.”  (Surah Al-Ankabut : ayat 69)

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya.

Adapun hidayah pada lughah ialah petunjuk, pada istilah syarak pula ialah petunjuk dan pimpinan @ bimbingan dari Allah kepada hamba-Nya yang dikehendaki sahaja untuk menerima kebenaran.

Imam Ghazali r.a memberikan kupasan yang menyeluruh, maka dari kata taufiq lahirlah kata-kata lain yang penting untuk dimiliki oleh setiap orang antaranya taufiq, hidayah, inayah, tasdid dan ta'yid. Tapi didalam masyarakat yang popular hanya tiga saja, iaitu taufiq, hidayah dan inayah, sedang ta'yid dan tasdid jarang kita dengar.

JENIS-JENIS HIDAYAH
Hidayah itu ada dua jenis:
1. Hidayah berupa keterangan (hidayatul irsyad wal bayan)
2. Hidayah berupa pertolongan (hidayatut taufiq wal ilham).
Kedua-dua hidayah ini dapat dirasakan oleh orang yang bertakwa. Adapun selain mereka hanya mendapatkan hidayatul bayan saja. Ertinya mereka tidak mendapatkan taufiq dari Allah untuk mengamalkan ilmu dan petunjuk yang sampai kepada dirinya. Padahal, hidayatul bayan tanpa disertai taufiq untuk beramal bukanlah petunjuk yang hakiki dan sempurna.

Hidayah juga merupakan keimanan yang menetap di dalam hati seseorang. Keimanan yang mencakup tiga aspek i’tiqadiy (keyakinan di dalam hati), Iqrariy (pengikraran dengan lisan), dan ‘amaliy (realisasi dengan anggota badan). Termasuk Hidayah Taufiq adalah kemudahan di dalam merealisasikan ilmu dalam amal tersebut.

Hidayah dalam pengertian ini adalah Hidayah Taufiq, hanya Allah yang mampu menciptakannya di dalam hati seseorang. Hidayah ini hanya untuk orang-orang yang bertakwa.

KESIMPULAN :
Hidayah bermakna petunjuk atau bimbingan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang bertakwa.Taufik adalah keizinan Allah berupa terwujudnya amal-amal baik. Dan Inayah pula bererti bantuan dan pertolongan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang terpilih untuk melakukan kebaikan itu. Keseluruhan dari kata-kata tersebut maknanya perlu disandarkan kepada Allah jua.

Itulah juga kata-kata yang selalu menjadi penutup kata di setiap khutbah, ceramah, kuliah atau dalam setiap majlis ucapan.
Wallahu a'lam -
Terima kasih Ust Kay.

Ahad, 9 Februari 2014

Kursus Asas Tajwid

Tarikh      : 8 - 9 Februari 2014
Tempat    : Hay Resort, Sabak Bernam
Program  : Kursus Asas Tajwid

Tahniah dan syabas buat kumpulan ini... yang meluangkan masa untuk mempelajari dan memperbaiki bacaan al-Quran. Mereka datang dari jauh semata2 ingin memperbaiki bacaan al-Quran masing-masing. Sungguh mulia usaha yang mereka lakukan. Mudahan amalan mulia ini berterusan dan mendapat rahmat Ilahi. Tahniah juga buat suamiku dan rakan2nya ( Akademi Kembara Ilmu ) yang telah berjaya mengurus, mengatur seterusnya memberi bimbingan dan tunjuk ajar. 

Keutamaan untuk mempelajari al-Quran .....
Dalam kitab Shahih Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ…ْ Ù…َÙ†ْ تَعَÙ„َّÙ…َ الْÙ‚ُرْآنَ ÙˆَعَÙ„َّÙ…َÙ‡ُ .

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Dan dalam Al-Qur`an disebutkan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk membaca Al-Qur`an dengan tartil,

ورتل القرءان ترتيلا . (المزمل : (4)

“Dan bacalah Al-Qur`an dengan setartil-tartilnya.” (Al-Muzzammil: 4)

Kelas Tajwid hari kedua
Kesungguhan mereka belajar tajwid untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Peserta ada yang sudah berkeluarga dan ada yang bujang.
Peserta kursus dari Prudential BSN Group al-Isra' HQ
Solat  subuh berjemaah
Berkongsi pengalaman ...
Test laungan azan ... 
Anak-anak menunggu ibubapa yang sedang berkursus 
Tahsin bacaan al-Quran secara individu
memperdengarkan dan memperbaiki laungan azan 
Ada yang melucukan ...
Antara tenaga pengajar 

Bergambar setelah selesai kursus 
Dalam perjalanan pulang ... mereka singgah untuk menikmati keenakan mentarang bakar
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti Kursus  Asas Tajwid boleh menghubungi akademikembarailmu@gmail.com

Team Building @ Kem kepimpinan

Selesai solat zohor berjemaah... aktiviti diteruskan dengan slot LDK bersama Tn Hj Hasanuddin. Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan serta pembentangan  berkenaan kekuatan dan kelemahan pengawas. Sesi luahan rasa .....

Pengawas dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk mereka berbincang
Dah siap ..... tunggu nak bentang je...tak sabar tu
Mendengar pembentangan ...
Sesi pembentangan ....bersemangat Amir semasa pembentangan
Setiap kumpulan perlu membentangkan tugasan mereka.... 
Program diteruskan dengan aktiviti team building..dan mereka sangat teruja..  Hanya tiga permainan yang  dapat dilaksanakan  .... disebabkan kengkangan masa . Di akhir aktiviti sewaktu binding@ rumusan... setiap kumpulan menyatakan beberapa nilai2 positif yang  mereka dapat hasil dari games yang disertai. .. mereka perlu bekerjasama, bantu membantu, hormat menghormati, tolak ansur, fokus, perlu strategi, sabar dan  redha  utk mencapai suatu matlamat.
Mendengar arahan sebelum memulakan pertandingan ini. Kumpulan yang dapat mengumpul gelang getah paling banyak dikira pemenang.
Pertandingan bermula....
kerjasama dan strategi yang baik amat penting untuk berjaya
Banyak betul gelung getah...
Aksi ketua2 kumpulan ...
apa yang penting.... kerjasama ( wonder pets)
Mengira getah .... yang paling banyak adalah pemenang
Tahniah buat juara.... 69 getah berjaya dikumpul
Sesi bainding @ rumusan....

Aktiviti yang kedua .... 
Mereka berbincang ... bagaimana nak memindahkan cawan yang penuh dengan air hanya menggunakan kertas surat khabar tanpa perlu memegang atau menyentuh cawan.
Sekali lagi.... kerjasama, sepakat, strategi amat penting untuk berjaya... 
Sudah terangkat  .... adakah berjaya sampai ke hujung ... kita nantikan !!

Hati2 jangan sampai  tumpah .... nanti kertas basah dan koyak... cawan akan jatuh.
Hanya 3 kumpulan yang berjaya sampai ke penghujung ..... air tak tumpah dan akhbar tak basah. 
Aktiviti seterusnya ... bawa belon yang berisi air

Sambut ... jika pecah belon ...kalah tau

Majlis penutup... 
Bacaan doa oleh ustaz Ahmad Muhid
Ucapan PK HEM En Arshad Bin Shahuddin
Cenderahati ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...