Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 7 Februari 2014

Puding Karamel Gula Hangus

Assalamualaikum ....

Dah banyak kali buat menu nie.... almaklum family suka sangat dengan puding karamel  . Walaupun sekarang nie banyak kerja-kerja sekolah yang nak diurus , ku tinggalkan dulu  fail panitia, kertas kerja, laporan program,  pbs .... jomm masak puding . Happy2 di dapur ....masak dari hati masak with iman ( teringat kata2 Chef Ammar ) 

Resepi yang mudah, ringkas dan senang untuk disediakan . Dan yang penting ianya SEDAP.

RESEPI PUDING KARAMEL GULA HANGUS

Baha-bahannya :
  • 5 biji telur ayam
  • 1 tin susu cair 
  • 5 sudu gula
  • 1 sudu teh esen vanila 

Bahan untuk karamel :
  • 5 sudu gula pasir
  • 4 sudu air

Masukkan loyang dalam periuk kukus yang telah panas
Cara-caranya :
  1. Cara membuat gula hangus ... Masukkan  gula dalam kuali dan masak hingga gula menjadi keperangan ( masak dengan api yang sederhana ). Kemudian masukkan air dan gaul sebati dan tutup api.
  2. Tuang dalam loyang dan ketepikan.
  3. Pukul telor bersama gula, masukkan telur dan esen vanila.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang karamel dan kukus hingga masak.  kukus selama 30 minit je.
  5. Kukus dan tutup loyang guna aluminium foil.( tak guna aluminium foil pun tak pe )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...