Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Sabtu, 8 Februari 2014

Kem Kepimpinan Pengawas 2014

Tarikh    : 8 Februari 2014
Hari       : Selasa
Tempat  : Dewan Bestari SMK Sg Besar
Masa      : 7.30 - 5.45 petang

Hari ini ada 2 program di sekolah... pertama Kem Kepimpinan Pengawas dan yang kedua ialah gotong royong  peringkat sekolah. Oleh kerana saya guru badan pengawas.... sudah tentu ,  saya akan terlibat dengan kem... cabaran tau ... sebab program sehari suntuk. Pegang pada kata2 ini... kita mudahkan urusan orang... in sha Allah , Allah SWT akan permudahkan urusan kita. Dan tazkirah untuk diri ini ... buat sesuatu dengan ikhlas untuk dapat keredhaan Allah ... semoga amalan ini dinilai ibadah di sisi-Nya dan diberikan ganjaran pahala .

Tahniah buat Unit Bimbingan  Dan Kaunseling serta unit HEM khususnya Badan Pengawas kerana telah berjaya melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas bagi tahun 2014 . Tahniah juga kepada 120 pengawas SMK Sg Besar yang telah berjaya mengikuti kem kepimpinan hingga selesai.
Semua yang hadir telah memberikan kerjasama dan komitmen  yang cukup baik dalam semua aktiviti yang diadakan.  

Aktiviti yang dilakukan....
1   Ice breaking
2   Pengurusan Perhimpunan Sekolah
3   Peranan Pengawas
4   Team Building
5   Solat Berjemaah
6   LDK
Pelbagai kemahiran diberikan kepada pengawas agar mereka menjadi pengawas yang berkemahiran , berketerampilan , dedikasi dan berdisiplin.In Sha Alllah..... sama2 kita doakan.
Sesi pendaftaran.... lihat mereka senyum gembira sebab dapat ikut kem... syabas

Slot ice breaking bersama Pn Lila
Kemahiran mendengar, fokus, menepati masa dan kerjasama amat diutamakan
Antara kumpulan ..... siapa hidung paling mancung
Siapakah yang paling rendah .....
Mereka dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim seterusnya memupuk perpaduan.
Murid lelaki dan perempuan yang paling putih kulitnya .... aktiviti ice breaking

Pengurusan Perhimpunan Sekolah bersama Pn Rohaida Yasin
Ketua pelajar ....Mohd Fahren Fadzir
Latihan ikrar .... 
Murid diberi bimbingan .... terbaik 

Tekun mendengar ....
Peranan pengawas bersama Ustaz Ahmad Muhid Bin Saian ... 
Alhamdulillah mereka cukup berdisiplin
Makanan untuk murid dan guru .... Alhamdulillah syukur
santai.... menikmati makan tengahari
Walaupun tanpa tikar, tanpa meja dan kerusi....mereka selesa dengan cara begini. Kesukaran , sedikit ketidakselesaan adalah satu proses mendidik mereka menjadi insan yang tabah menghadapi cabaran, rintangan serta membina jati diri yang kental dan cekal.
Bukan sahaja murid... malah guru2 juga sudah biasa makan dalam situasi begini.
Bakal2 pemimpin akan datang..

Aktiviti seterusnya LDK dan Team Bulding... Baca dalam entry seterusnya ye


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...