Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 23 Februari 2014

Memorandum kelemahan PBS akan dihantar kepada PM

Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari (dua dari kanan) dan aktivis pendidikan, Mokhtar Razak Badri (dua dari kiri) menurunkan tandatangan di atas kain rentang bagi menyatakan sokongan terhadap pemansuhan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Bangi. Gambar: SAFWAN MANSOR.
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menghantar memorandum berkaitan kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, SGMM akan menggunakan apa cara sekalipun dalam memastikan memorandum itu disampaikan kepada Perdana Menteri bagi menyuarakan suara guru-guru yang terbeban dengan PBS.

"SGMM juga bersedia berjumpa dengan Perdana Menteri untuk menyampaikan suara guru-guru dan seterusnya memansuhkan PBS.

"Kami ingin memastikan memorandum itu sampai kepada beliau iaitu sebelum April, SGMM percaya Perdana Menteri akan memberikan respons. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima, memorandum itu akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media Himpunan222:MansuhPBS di sini.

Setakat ini, sebanyak 20 NGO telah memberi sokongan dan tujuh tokoh pendidikan dan profesor telah menyatakan sokongan kepada SGMM bagi memansuhkan PBS.

Mohd. Izzat berkata terdapat tujuh isi penting kandungan memorandum tersebut yang menyentuh permasalahan PBS secara keseluruhannya iaitu :

i) Format peperiksaan berdasarkan PBS wajib dikeluarkan serta-merta kerana tiada sebarang format tetap mengenainya.

ii) Mesti mempunyai projek perintis sebelum dilaksanakan sekiranya tiada perlu dimansuhkan.

iii) Kongsikan kajian yang dibuat sejak 2005 hingga 2010 bagi membuktikan keberkesanan PBS.

iv) Menyelaraskan semua sistem dalam talian PBS bagi memudahkan semua guru-guru.

v) Menyediakan terlebih dahulu kemudahan lengkap murid-murid di sekolah seperti dipersetujui dalam perjanjian dengan pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu satu guru dengan nisbah 25 pelajar.

vi) Menyediakan mekanisme maklum balas untuk guru-guru menyuarakan pendapat serta berkongsi kebimbangan mereka.

vii) Meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat siasatan berhubung pembaziran yang berlaku dalam membangunkan sistem PBS

Tambah Mohd. Izzat selepas ini, pihaknya akan terus mendapatkan sokongan dari NGO-NGO serta tandatangani semua pihak bagi membantah pelaksanaan PBS atau memansuhkan PBS.

"Setakat ini, SGMM telah berjaya mendapatkan 500 tandatangan tanda sokongan terhadap kempen untuk mansuh PBS dan kami percaya jumlah itu akan bertambah bermula hari ini.

"Kita berharap pihak kementerian tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap guru-guru yang ingin menurunkan tandatangan bagi memberi sokongan kepada kempen ini," ujarnya.

Sementara itu, Himpunan222:MansuhPBS pada hari ini turut membuat deklarasi dengan pendirian berdasarkan perkara-perkara berikut :

i) Kementerian gagal sediakan kemudahan lengkap berkaitan PBS

ii) Sistem PBS gagal kerana tiada keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang masih berteraskan kefahaman peperiksaan

iii) Kementerian gagal tunjukkan bukti hasil kajian rintis PBS

iv) PBS gagal kerana sebabkan tugas guru semakin kurang PdP berikutan beban merekod data

v) PBS telah mewujudkan murid pasif, malas berfikir, tidak berdaya saing dan hilang kreativiti

vi) PBS telah gagalkan sistem demokrasi pendidikan negara kerana ketepikan beberapa institusi pendidikan

Dalam pada itu, SGMM turut menyeru seluruh NGO berkaitan pendidikan bersatu memberikan sokongan untuk memansuhkab PBS sehingga berjaya. - MalaysiaGazette



Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/memorandum-kelemahan-pbs-akan-dihantar-kepada-pm#ixzz2u8nc5TRq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...