Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 19 Jun 2014

Menggagau Ikan

Musim 1 menuai padi / panen bagi tahun 2014. Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang Engkau berikan.
Ada parit kecil di tengah2 bendang/sawah padi. ... setelah selesai padi dimesin , ia masa yang sesuai untuk menggagau.
Dah lama suami tak menggagau di bendang. Kali nie kami turun sekali ke bendang. Bawa penyauk, jaring, tong dan besen.... kelengkapan untuk menggagau. Semangat tuu.

1 jam lebih menggagau, Alhamdulillah. .... ada rezeki buat kami. Kami dapat banyak haruan dan yang paling bestt bila dapat haruan yang besar2.  Kami bawa anak2 , biar mereka dapat pengalaman menggagau di bendang. 

Masa zaman kanak2 dulu .... selalu ikut arwah ayah dan arwah emak menggagau sama ada di kolam atau parit kecil di bendang. Masa tu memang banyakk dapat ikan.... ikan sepat, puyu, keli dan haruan . Arwah emak akan mewadik/ buat pekasam dan keringkan ikan2 tadi agar ia tahan lama serta mudah untuk disimpan. Maklum la ... zaman dulu bukannya ada peti ais .  Sekarang. ... bukan main susah nak dapat ikan wadik.
Siap sebahagian mesin padi ... terus turun menggagau ikan. 
Inilah parit di bendang
Tempat menggagau ikan .... panjang tu paritnya.
Sebelah kanan dah siap mesin padi ... sebelah kiri belum siap.
Bersemangat bila dapat ikan besar
Teknik menggagau .... seluk lubang yang ada dalam parit tu
Hasil menggagau .... banyakk dapat haruan.
Hasilnya berbaloi .... walaupun  menggagau dalam cuaca yang panass terik

Ahad, 15 Jun 2014

Asam Pedas Sg Sembilang

Assalamualaikum. .....
Sesiapa yang gemar masakan asam pedas bolehlah mencuba keenakan makanan tersebut di kedai Asam Pedas Sg Sembilang yang terletak di Kampung Sg Sembilang Jeram, kuala Selangor.

Ketika kami datang untuk kali ketiga.... gerainya semakin besar kerana ia mendapat sambutan dari orang ramai. Ketika itu ramai pelanggan di dalam dan di luar gerai. Kami menunggu dengan penuh sabar walaupun cuaca ketika itu sangat panas.  Oleh kerana bahagian dalam kedai sudah penuh ... jadi , kami pilih tempat duduk di bawah pokok kelapa.

Menikmati hidangan tengahari yang dihidangkan panas-panas . Berpeluh-peluh kami makan kerana kepedasan, kepanasan hidangan ditambah dengan cuaca yang panas . Bagi yang tak suka asam pedas mereka boleh oder makanan lain. 
Gerai asam pedas Sg Sembilang
Ramai yang datang ketika nie

Meja tengah tu kosong sebab cuaca panass
Boleh rujuk menu dan harga sebelum oder. Masa kami datang ... asam pedas ikan Sembilang tak ada sebab tiada bekalan ikan. 
Asam pedas ikan pari  ...  anda mesti cuba .
Mee kari ... sedapp
Dihidangkan panas2
Sabar menunggu

Jumaat, 13 Jun 2014

Masalah Visa Umrah

Ramai yang berhajat ingin menunaikan umrah sempena cuti sekolah ini. Berbulan bulan mereka merancang masa yang sesuai untuk menunaikan umrah. Tiba masa yang dinantikan , ada yang dapat pergi dan ada jua yang terpaksa ditangguhkan kerana masalah visa umrah. Mei tahun ini ... ribuan jemaah  tidak mendapat Visa umrah seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan .

4 orang ahli keluargaku dijadualkan terbang ke Jeddah pada 1 Jun 2014 tetapi ditunda penerbangan kerana belum mendapat visa umrah. Alhamdulillah ... setelah seminggu menunggu penuh debaran ,  akhirnya mereka mendapat visa   dan tarikh penerbangan  pada 9 Jun 2014. Manusia hanya merancang tetapi Allah jua perancang yang terbaik. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Bagi anak saudara , rakan2 dan jemaah yang tidak dapat visa pada bulan Jun ini, bersabarlah . In sha Allah mudahan dapat rezeki dan peluang pada masa akan datang.

Apabila penerbangan kakakku ditangguhkan ... sempatlah dia menghadiri majlis walimatul urus anak buah. Dan yang paling baik  mereka sempat bertemu dengan kakak sulungku yang telah  kembali ke rahmatullah pada 3 Jun 2014. Inilah hikmah kelewatan visa... satu lagi kebaikan ialah penerbangan mereka ( AirAsia) terus ke Jeddah tanpa perlu transit di Pakistan ... jadual asal menaiki Pakistan Air dan perlu transit di Pakistan.  Bagi jemaah yang sudah berumur/tua dan uzur sebaiknya tidak perlu transit di mana2 tempat kerana ia akan mengambil masa dan memenatkan jemaah . 
Perubahan tarikh dan perubahan kapal terbang menyebabkan mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM130 seorang . Bayaran asal RM6450. 

Banyak ujian dan cabaran yang perlu dihadapi sama ada sebelum,  semasa atau  selepas menunaikan umrah. Jadual penerbangan ke Jeddah sepatutnya jam 2 pagi tapi delay .... kapal terbang berlepas jam 5.30 pagi. Alhamdulillah syukur kerana mereka telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Jeddah setelah 8 jam penerbangan.  Setelah selesai urusan imegrisen mereka  meneruskan 5 jam perjalanan ke Madinah untuk program ziarah. Alhamdulillah di Madinah... hotel penginapan berhampiran dengan masjid Nabawi. 
Ujian seterusnya  ... 8 jam perjalanan menaiki bas menuju ke Mekah. Perjalanan jauh memang memenatkan tetapi niat datang ke Mekah dan  Madinah untuk beribadah ... oleh itu bersabarlah dengan semua ujian. Mudah - Mudahan kesusahan dan kepayahan ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. 

Di Mekah ... hotel sejauh 1 km dari Masjidil Haram. Inilah antara ujian dalam beribadat ... berjalan  jauh  serta berbukit , berdebu kerana banyaknya pembinaan diiringi pula dengan cuaca yang sangat panas. Subhanallah. .... ya Allah ! berilah mereka kesihatan,  kesabaran serta ketabahan untuk beribadat. Permudahkan segara urusan mereka ya Allah. Bagaimana saya mengetahuinya !!!
Pertama kerana saya sudah melaluinya
Kedua kerana saya sentiasa berhubungan dengan mereka melalui telefon dan wassap. 

Ujian berikutnya .... kakak merupakan seorang guru ... perlu ambil cuti tanpa gaji apabila mereka lewat mendapat visa dan tarikh penerbangan ditangguhkan ,  cuti sekolah telah habis sedangkan penerbangan balik setelah 7 hari persekolahan . Dalam kes begini, ada guru yang boleh habiskan crk yang ada atau cuti tanpa gaji. Ia bergantung kepada budi bicara pengetua/guru besar. Tapi kes kakak saya... ia perlu ambil cuti tanpa gaji.... sabar ye.
Sebenarnya banyak ujian dan cabaran yang perlu dihadapi bagi yang ingin menunaikan umrah atau haji. Anggaplah ujian yang Allah berikan sebagai menguji keimanan dan ketaqwaan, ujian itu adalah asbab untuk Allah memberikan pahala dan seterusnya ujian itu untuk menggugurkan dosa2 kita. Mudahan akan mendapat umrah yang mabrur.
Di hadapan Masjid Nabawi
Semoga diberikan kesihatan,  kesabaran dan tabah dalam beribadah
Ziarah ke Bukit Uhud

Rabu, 11 Jun 2014

Isu : Gelatin Babi hanya untuk negara bukan Islam

SEREMBAN - Kenyataan kontroversi dikeluarkan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menerusi sebuah portal, baru-baru ini sebenarnya bertujuan menjawab kemusykilan umat Islam yang mendiami darul harbi atau negara bukan Islam dan sukar mendapat produk halal.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, perkara tersebut hanya disedari beliau selepas membuat penelitian terperinci terhadap laman web ulama tersohor berkenaan, semalam.

“Jelas sekali, jawapan diberikan beliau membabitkan penggunaan gelatin babi adalah berasaskan kepada persoalan dihadapi umat Islam yang tinggal dalam darul harbi sahaja dan bukannya untuk negara Islam.

“Beliau mengambil kira kesukaran mereka untuk mendapatkan produk halal di negara terbabit, di mana kebanyakan produknya mengandungi gelatin babi atau haiwan yang tidak disembelih,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, atas sebab berkenaan, maka kaedah qadhiyyatul istihalah atau transformasi bahan iaitu bahan yang tidak halal apabila sebati menjadi makanan halal, maka hukumnya juga bertukar kepada halal, telah disarankan oleh Dr Yusuf untuk diguna pakai penduduk Muslim negara itu.

“Ini mungkin berasaskan kepada kaedah fiqh iaitu addharuratu tubihuk mahzuurah iaitu kerana darurat, sesuatu yang haram diharuskan dan addharuratu tuqaddaru bi qadariha iaitu kadar keharusan itu pula mengikut keadaan daruratnya, sekali gus menunjukkan ia bukanlah terbuka dengan seluas-luasnya.

“Kesimpulannya, kaedah qadhiyyatul istihalah tidak boleh dipraktikkan di negara Islam atau negara bukan Islam yang senang mendapatkan produk dan bahan-bahan halal,” katanya.

Beliau berkata, ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud, “(bahan) yang halal itu jelas (dinyatakan)” dan “setiap bahan yang haram banyaknya, maka sedikit pun menjadi haram juga”.

“Kaedah fiqh juga menyatakan yang maksudnya, “apabila bercampur di antara bahan yang halal dengan haram (dalam satu transformasi), maka bahan itu dikira haram”.

“Perlu diketahui, babi merupakan tergolong dalam najis ‘ainiyyah iaitu zatnya dapat dilihat, dicium dan dirasa berdasarkan nas al-Quran, dalil dan al thubut yang qat’ie. Maka tahwil yang diusahakan untuk menukar babi kepada benda lain sama sekali tidak merubah kenajisannya,” katanya.

Justeru, beliau berharap penjelasan diberikan dapat merungkai kekeliruan sesetengah pihak yang mungkin beranggapan bahawa daging atau gelatin babi apabila ditransformasikan dan menjadi sebati sebagai makanan, maka statusnya menjadi halal dan harus dimakan.

“Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Dr Yusuf atau merujuk kepada Fiqh Al-Jaaliyat Al-Islamiyyah Fil Gharb (Fiqh Untuk Penduduk Islam di Negara Barat),” katanya.

Sumber Sinar Harian 10 Jun 2014

Selasa, 10 Jun 2014

Selamat Pengantin Baru

Apabila tiba cuti persekolahan,  banyak majlis walimatul urus diadakan.  Kadang- kadang kami menerima 5 jemputan majlis perkahwinan dalam satu hari. Jika tiada halangan , in sha Allah kami akan menghadiri jemputan tersebut.
Cuti nie .... 2 orang anak saudara dan seorang cucu telah melangsungkan perkahwinan.  Tahniah dan diucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka. Didoakan semoga pernikahan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga.

Firman Allah SWT ayat : 21
Mafhumnya  : 
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ". 
Suhaimi Bin Samad bersama Siti Nor Khadijah Binti Jinal Abidin
Bersama kita melihat peringatan Allah melalui  ayat al-Quran di bawah :
Maksud Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab : 59
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ". 

Cucu ... Yazid Bin Ahmad dan pasangannya Siti Fatiah Binti Sulaiman
( 1 Jun 2014 )
Maksud Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' : 34
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar ".
Semoga sentiasa dalam Rahmat Ialhi
Anak buah ... Abdul Rahim Bin Ahamad dan Rahimatun Binti Sulaiman 
8 Jun 2014 di Jengka 4, Maran Pahang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...