Ramai yang berhajat ingin menunaikan umrah sempena cuti sekolah ini. Berbulan bulan mereka merancang masa yang sesuai untuk menunaikan umrah. Tiba masa yang dinantikan , ada yang dapat pergi dan ada jua yang terpaksa ditangguhkan kerana masalah visa umrah. Mei tahun ini ... ribuan jemaah tidak mendapat Visa umrah seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan .
4 orang ahli keluargaku dijadualkan terbang ke Jeddah pada 1 Jun 2014 tetapi ditunda penerbangan kerana belum mendapat visa umrah. Alhamdulillah ... setelah seminggu menunggu penuh debaran , akhirnya mereka mendapat visa dan tarikh penerbangan pada 9 Jun 2014. Manusia hanya merancang tetapi Allah jua perancang yang terbaik. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Bagi anak saudara , rakan2 dan jemaah yang tidak dapat visa pada bulan Jun ini, bersabarlah . In sha Allah mudahan dapat rezeki dan peluang pada masa akan datang.
Apabila penerbangan kakakku ditangguhkan ... sempatlah dia menghadiri majlis walimatul urus anak buah. Dan yang paling baik mereka sempat bertemu dengan kakak sulungku yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Jun 2014. Inilah hikmah kelewatan visa... satu lagi kebaikan ialah penerbangan mereka ( AirAsia) terus ke Jeddah tanpa perlu transit di Pakistan ... jadual asal menaiki Pakistan Air dan perlu transit di Pakistan. Bagi jemaah yang sudah berumur/tua dan uzur sebaiknya tidak perlu transit di mana2 tempat kerana ia akan mengambil masa dan memenatkan jemaah .
Perubahan tarikh dan perubahan kapal terbang menyebabkan mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM130 seorang . Bayaran asal RM6450.
Banyak ujian dan cabaran yang perlu dihadapi sama ada sebelum, semasa atau selepas menunaikan umrah. Jadual penerbangan ke Jeddah sepatutnya jam 2 pagi tapi delay .... kapal terbang berlepas jam 5.30 pagi. Alhamdulillah syukur kerana mereka telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Jeddah setelah 8 jam penerbangan. Setelah selesai urusan imegrisen mereka meneruskan 5 jam perjalanan ke Madinah untuk program ziarah. Alhamdulillah di Madinah... hotel penginapan berhampiran dengan masjid Nabawi.
Ujian seterusnya ... 8 jam perjalanan menaiki bas menuju ke Mekah. Perjalanan jauh memang memenatkan tetapi niat datang ke Mekah dan Madinah untuk beribadah ... oleh itu bersabarlah dengan semua ujian. Mudah - Mudahan kesusahan dan kepayahan ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Di Mekah ... hotel sejauh 1 km dari Masjidil Haram. Inilah antara ujian dalam beribadat ... berjalan jauh serta berbukit , berdebu kerana banyaknya pembinaan diiringi pula dengan cuaca yang sangat panas. Subhanallah. .... ya Allah ! berilah mereka kesihatan, kesabaran serta ketabahan untuk beribadat. Permudahkan segara urusan mereka ya Allah. Bagaimana saya mengetahuinya !!!
Pertama kerana saya sudah melaluinya
Kedua kerana saya sentiasa berhubungan dengan mereka melalui telefon dan wassap.
Ujian berikutnya .... kakak merupakan seorang guru ... perlu ambil cuti tanpa gaji apabila mereka lewat mendapat visa dan tarikh penerbangan ditangguhkan , cuti sekolah telah habis sedangkan penerbangan balik setelah 7 hari persekolahan . Dalam kes begini, ada guru yang boleh habiskan crk yang ada atau cuti tanpa gaji. Ia bergantung kepada budi bicara pengetua/guru besar. Tapi kes kakak saya... ia perlu ambil cuti tanpa gaji.... sabar ye.
Sebenarnya banyak ujian dan cabaran yang perlu dihadapi bagi yang ingin menunaikan umrah atau haji. Anggaplah ujian yang Allah berikan sebagai menguji keimanan dan ketaqwaan, ujian itu adalah asbab untuk Allah memberikan pahala dan seterusnya ujian itu untuk menggugurkan dosa2 kita. Mudahan akan mendapat umrah yang mabrur.
Di hadapan Masjid Nabawi
Semoga diberikan kesihatan, kesabaran dan tabah dalam beribadah
Ziarah ke Bukit Uhud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan