Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 20 Oktober 2017

Percutian ke Lombok 4h3m

Trip ke Lombok pada 15 ~18 Oktober 2017 ... rombongan kami seramai 17 orang . Tiket kami urus sendiri dan ambil agen travel untuk memudahkan urusan semasa di sana . Seawal jam 5 pagi kami telah berkumpul di klia2 ... 8.30 pagi kami pun berlepas ke Lombok  , penerbangan ambil masa selama 3 jam . Syukur alhamdulillah .. jam 11.30  pagi kami selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Lombok dan pak Fitrah ( wakil agen ) sedia menunggu ketibaan  kami . 

Lombok adalah pulau di Nusa Tenggara , Indonesia dan Mataram merupakan bandar utama di kepulauan Lombok . Penduduknya hampir 3 juta orang yang kebanyakannya berketurunan sasak . Sebahagian besar pendudukanya adalah beragama Islam . Pulau lombok juga dikenali dengan nama pulau seribu masjid dek kerana ada lebih 700 masjid di sini. 
Kami terus dibawa untuk menikmati makan tengahari di Rumah Makan Khas Lombok . Lama sungguh menunggu makanan dihidangkan. Selesai makan ..kami singgah di masjid utk jamak takdim zohor dan asar.
Kita akan lihat banyak sekali penggunaan buluh sama ada di hotel, chalet , kedai makan  atau di mana2  sahaja . Sungguh unik , kreatif dan cantik sekali . Saya sukakannya .
Lawatan pertama adalah di Desa Sukarara melihat kerajinan tenun songket . Mengikut budaya di Lombok , setiap gadis perlu ada kemahiran menenun sebelum mereka layak berkahwin . Di sini pelawat akan ditunjukkan cara menenun , malah pengunjung juga boleh mencuba menenun . Bila melihat kain tenun yang cantik2 .. mestii nak beli sehelai dua buat kenangankan . Kami pun pilih beberapa helai bila dah berkenan . Harga bergantung pada kualiti kain dan tenunan .. dari 100 ribu lebih hingga cecah 1 juta ( mahalnya hi hi ) . Saya beli yang mampu bayar je ..  
Tempat Lawatan kedua .. tempat pembuatan perhiasan dari tanah liat . Barang2nya cantik .. kami tak beli apa2 pun .. berat tu jika nak bawa balik .
Nak cuba buat pasu kecil pun boleh .
Tempat shopping jajan ... 
Sebelum chek in hotel .. makan malam dulu . 
Grand Senggigi Hotel ..2 malam di sini .  
Lombok memiliki pantai2 yang cantik , air laut yang biru
Hari kedua , aktiviti snorkling di Gili Air , Gili Meno dan Gili Trawangan . Kami ambil glass boat dari Senggigi, biar mudah untuk mereka2 yang tak ikut snorkling . Tengok ikan dari atas bot je ..tak yah nak terjun laut. Kami tambah 175 ribu seorang untuk upgred feri kepada glass boat waktu pergi dan bot laju masa balik . Selesai aktiviti snorkling di tiga gili ( gili maksudnya pulau ) .. kami terus ke Gili Trawangan untuk chek in di Bagaz Cottage dan Lumbung Cottage .
Sangat ramai penggunjung di setiap gili dan orang Eropah paling ramai . Cara berpakaian mereka tu yang tak sanggup nak tengok . 
Sebahagian menginap di Bagaz Cottages dan sebahagian lagi di Lumbung Cottage , Gili Trawangan . 
Kenderaan bermotor tidak dibenarkan di Gili demi menjaga kelestarian di pulau . Cidomo .. penggangkutan yang ada di Gili Trawangan , 50 ribu seorang untuk satu hala perjalanan ke Ombak Sunset . Boleh dinaiki 3 atau 4 orang sahaja .. Maknanya 200 ribu sehala ( RM64 ) ..sangatt MAHAL . Boleh juga sewa basikal dengan kadar 30 - 60 ribu bergantung kepada masa yang diambil . 
Di sini ada beberapa kedai yang menyediakan pakej bagi mereka yang nak snorkling atau lain2 aktiviti .
Jom lihat keindahan pantai  yang memutih dan air laut yang jernih di Gili Trawangan . 
Subhanallah ..sungguh indah ciptaan Ilahi .
Ombak Sunset .. Tempat wajib bagi mereka yang datang ke Gili Trawangan . Bergambar di sini tanda anda sudah sampai ke  Lombok. Banyak buaian ada kat sini .. pilih je nak yang mana . Menunggang kuda dan foto di laut ( bayarannya 50 ribu seorg ) .
Hari ketiga , aktiviti bebas di Gili Trawangan .. rakan2 saya sewa basikal untuk meninjau kawasan . Banyak tempat cantik untuk sesi fotografi . Nak cari tempat makan pun mudah di Gili ... ada  pasar malam . Tengahari kami menaiki bot laju ke Senggigi ... ombak laut sangat kuat menyebabkan perjalanan kami menakutkan . Sakit perut dibuatnya apabila bot asyik  melambung ...suatu pengalaman yang tak boleh dilupakan . 

Hari keempat , kami dibawa melawat Perkampungan Sasak untuk melihat adat dan budaya mereka. Desa Sasak merupakan tempat tinggal suku asli penduduk Lombok . Lantai rumah mereka dibuat dari tanah bercampur najis lembu . 
Selesai percutian 4h 3m di Lombok . Bye bye Lombok .

Ahad, 8 Oktober 2017

Seketika di Labuan

Awal September ke Labuan . Trip singkat kali ini bukan trip percutian tapi menguruskan pendaftaran anak di UMS Labuan . Setelah melalui perjalanan yg jauh untuk sampai ke Labuan ..kami terus ke Transit Hotel bagi merehatkan diri. Hotel ini ditempah lebih awal melalui www.booking.com . Malah terdapat banyak hotel dan homestay jika berkunjung ke sini. Utk kakitangan awam kerajaan .. Di sini juga ada RPP Labuan . Cuma nak dapat kekosongan ..itu yg sgt sukar .

Pendaftaran pada hari kedua sangat lengang ..mungkin kera ramai pelajar sudah mendaftar pada hari pertama . Ibubapa dan penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama dan keluarga boleh menunggu di khemah yang disediakan . 
Bas yang disediakan untuk membawa pelajar2 beserta barang2 mereka ke asrama . Ha ha .. berpeluh peluh mereka ulang alik mengangkat  barang2 sendiri ke bilik masing2 tanpa bantuan keluarga . Tingkat 3 pulak tu .. Tak pe .. ia  sebagai sesi latihan kepada pelajar supaya berdikari .
Selesai pendaftaran bagi pelajar baru .. kami perlu bergerak balik ke KK . Memang tak sempat nak jalan2 di Labuan kerana kesuntukan masa . Kasihan pula anak umi yang ditinggalkan di sini ..Doa  umi abi  "semoga berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat ". 
Sebelum balik singgah makan di tepi pantai .
kali nie kami pilih speedboat ke Menumbuk . 20 minit dah sampai berbanding naik feri satu jam perjalanan. Masa pergi terambil tiket feri sebab barisan speedboat panjang sgt . 
Kelihatan rumah2 kediaman di tepi jeti Menumbuk. Sampai di Menumbuk terus ambil kereta di tempat parking dan bayaran RM10 sahaja untuk 2 hari . Murahkan !  
Perjalanan ke Kota Kinabalu dari Menumbuk  ambil masa hampir 2 jam..Dalam perjalanan .. banyak gerai2 menjual ikan bilis, udang kering dan ikan kering  di Kimanis . Ikan bilis yang diusahakan oleh muslim . Beli ikan bilis yang dah siap kopek ..cantik ikan bilisnya RM35 sahaja ..memang puas hati  tu sebab borong sampai 5 kilo . 
Seafood  di pasar malam di KK ..macam2 pilihan ada . 
Keesokan pagi sebelum balik ke Semenanjung ... kami gerak ke Kundasang untuk melihat secara dekat Kiram Village . Sebenarnya nak cari penginapan untuk percutian bulan November nanti. 
Singgah sebentar di Pekan Nabalu .. cari serunding  Tuhau . Sedap sangat serunding nie , Rm20 sebalang besar .
Selesai urusan singgah dahulu di pekan Kundasang utk membeli buah2an . 
Petang tu terus ke airport KK untuk balik ke Semenanjug . Alhamdulillah perjalanan kami selamat. November kami datang lagi ke KK . Bye

Khamis, 5 Oktober 2017

Perjalanan Ke UMS Labuan

UMS Labuan
2 September 2017 .. Selesai gotong royong qurban di surau .. Jam 12.30 tgh kami  memulakan perjlnn ke klia 2 untuk ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah .. Kami sampai awal di klia 2 ( 3.15 ptg ) . Dtg awal lebih baik ..boleh berehat2 dahulu sebelum chek in . Nak dijadikan cerita .... Masa chek in di kaunter air asia ..... Baru sy sedar ic tak ada dlm handbag. Allahu Akbar ... Mcmne ni ?? Suasana jadi haru ... Rasa nak nangis .. Marah .. geram ... Terasa darah sejuk naik kt kepala . Ya Allah ... Mcm mana nie . Kami bertenang  seketika ..... Hasil perbincangan sy minta suami serta Atirah daftar dahulu  dan masukkan 2 bagasi . .. Mrk masuk ke balai berlepas dgn 2 lg bagasi. Sy buat call ke rmh dn minta seseorg utk hantar IC  ke klia2 . Masa berjln dn hati makin cemas ... Adakah sy boleh ke KK utk pendaftaran atirah di UMS Labuan ???  Jika 7.30 mlm ic tak ada ... Sy tak boleh terbang ke KK . Bermakna sy perlu beli tiket yg baru ... 

Hati menunggu penuh debaran ..  beberapa kali ke kaunter tiket .. ke kaunter khidmat pelanggan utk urusan ke KK sekiranya terlepas flight . Jam 7.20 ptg .. Syukur Alhamdulillah  motor Anakku sampai bersama ic dn passport. Terima kasih anakku krn sanggup bersusah payah demi umi . Menempuh perjalanan yg jauh Sekinchan ke KLIA 2 .. 4 kali ulang alik  perjalanan . Alhamdulillah selamat perjlnnmu anakku . Oleh kerana flight deley ... Mlm itu  sy dpt terbang bersama anak dn suami dan kami selamat tiba di KK . . Syukur Ya Allah .. Inilah hikmah flight deley . 
Musafir hari ke 2 .. menuju destinasi. Seawal  pagi  kami ambil teksi utk ke feri Jeselton . Mungkin krn cuti menyebabkan org terlalu ramai di Feri Jeselton Kota Kinabalu utk ke destinasi masing2. Dari KK ke Labuan hanya 2 feri dlm sehari iaitu pd jam 8.00 pagi dan 1.30 petang . Kami tak dpt tiket Feri ke Labuan walaupun dtg seawal 7.30 pagi dan ada feri tambahan !!. Akhirnya kami sewa kereta myvi (RM100 sehari ) utk ke Terminal feri Manumbuk sejauh 145 km dr KK.  Perjlnn ambil masa 2 jam 15 minit utk sampai ke Menumbuk.
Menuju ke Menumbuk .. jalan lengang 
Nak cari parking di Jeti Menumbuk

Di Terminal Feri Menumbuk ~ Kenderaan Myvi tak dpt dibawa ke Labuan krn feri sudah penuh kemudian  kami parking kereta ditempat yg disediakan dgn bayaran rm10 sahaja untuk 2 hari . Kami ambil tiket Feri Kemanis 1( Menumbuk ~ Labuan ) yg ambil masa hampir 1 jam perjlnn. Tiket feri RM2.50 seorg dan cukai RM2.00 . Masya Allah ..terpaksalah kami bawa bagasi yg banyak menaiki feri. Tetap bersyukur krn perjlnn kami selamat dan dpt tiket feri ke Labuan .  Masa tu keadaan di Terminal Feri Menumbuk sgt sesak dengan orang ramai .. tetapi di sini terdapat banyak feri dan speedbot menghala ke Labuan  berbanding di Terminal Feri  Jeselton.
Oleh kerana barisan sgt panjang di kaunter tiket speedboat .. naik feri la kita . 
Keadaan di dalam feri pun padat ....ramai yang tak dapat tempat duduk terpaksa duduk bersila atas lantai . Jika lapar atau dahaga, boleh beli makanan ringan di gerai jualan di dalam feri .
Feri Kimanis 1
Sampai di Labuan .. Sewa kereta wira  (RM60 ) untuk kegunaan sepanjang di sana . Inilah pengorbanan pd 12 Zulhijjah 1438H ... Masya Allah , Perjalanan yang jauh dan mencabar . Demi menyokong perjuangan jihad seorg anak... Ibubapa sanggup berkorban wang ,  masa dan tenaga . Umi sayang anak2 umi . Pagi keesokannya ... pendaftaran Atirah di UMS Labuan . Semoga anak umi berjaya mencapai impian .
Merasa naik feri ..
Menghampiri jeti Labuan
Sepetang di pantai Labuan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...