Awal September ke Labuan . Trip singkat kali ini bukan trip percutian tapi menguruskan pendaftaran anak di UMS Labuan . Setelah melalui perjalanan yg jauh untuk sampai ke Labuan ..kami terus ke Transit Hotel bagi merehatkan diri. Hotel ini ditempah lebih awal melalui www.booking.com . Malah terdapat banyak hotel dan homestay jika berkunjung ke sini. Utk kakitangan awam kerajaan .. Di sini juga ada RPP Labuan . Cuma nak dapat kekosongan ..itu yg sgt sukar .
Pendaftaran pada hari kedua sangat lengang ..mungkin kera ramai pelajar sudah mendaftar pada hari pertama . Ibubapa dan penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama dan keluarga boleh menunggu di khemah yang disediakan .
Bas yang disediakan untuk membawa pelajar2 beserta barang2 mereka ke asrama . Ha ha .. berpeluh peluh mereka ulang alik mengangkat barang2 sendiri ke bilik masing2 tanpa bantuan keluarga . Tingkat 3 pulak tu .. Tak pe .. ia sebagai sesi latihan kepada pelajar supaya berdikari .
Selesai pendaftaran bagi pelajar baru .. kami perlu bergerak balik ke KK . Memang tak sempat nak jalan2 di Labuan kerana kesuntukan masa . Kasihan pula anak umi yang ditinggalkan di sini ..Doa umi abi "semoga berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat ".
Sebelum balik singgah makan di tepi pantai .
kali nie kami pilih speedboat ke Menumbuk . 20 minit dah sampai berbanding naik feri satu jam perjalanan. Masa pergi terambil tiket feri sebab barisan speedboat panjang sgt .
Kelihatan rumah2 kediaman di tepi jeti Menumbuk. Sampai di Menumbuk terus ambil kereta di tempat parking dan bayaran RM10 sahaja untuk 2 hari . Murahkan !
Perjalanan ke Kota Kinabalu dari Menumbuk ambil masa hampir 2 jam..Dalam perjalanan .. banyak gerai2 menjual ikan bilis, udang kering dan ikan kering di Kimanis . Ikan bilis yang diusahakan oleh muslim . Beli ikan bilis yang dah siap kopek ..cantik ikan bilisnya RM35 sahaja ..memang puas hati tu sebab borong sampai 5 kilo .
Seafood di pasar malam di KK ..macam2 pilihan ada .
Keesokan pagi sebelum balik ke Semenanjung ... kami gerak ke Kundasang untuk melihat secara dekat Kiram Village . Sebenarnya nak cari penginapan untuk percutian bulan November nanti.
Singgah sebentar di Pekan Nabalu .. cari serunding Tuhau . Sedap sangat serunding nie , Rm20 sebalang besar .
Selesai urusan singgah dahulu di pekan Kundasang utk membeli buah2an .
Petang tu terus ke airport KK untuk balik ke Semenanjug . Alhamdulillah perjalanan kami selamat. November kami datang lagi ke KK . Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan