Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 5 Oktober 2017

Perjalanan Ke UMS Labuan

UMS Labuan
2 September 2017 .. Selesai gotong royong qurban di surau .. Jam 12.30 tgh kami  memulakan perjlnn ke klia 2 untuk ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah .. Kami sampai awal di klia 2 ( 3.15 ptg ) . Dtg awal lebih baik ..boleh berehat2 dahulu sebelum chek in . Nak dijadikan cerita .... Masa chek in di kaunter air asia ..... Baru sy sedar ic tak ada dlm handbag. Allahu Akbar ... Mcmne ni ?? Suasana jadi haru ... Rasa nak nangis .. Marah .. geram ... Terasa darah sejuk naik kt kepala . Ya Allah ... Mcm mana nie . Kami bertenang  seketika ..... Hasil perbincangan sy minta suami serta Atirah daftar dahulu  dan masukkan 2 bagasi . .. Mrk masuk ke balai berlepas dgn 2 lg bagasi. Sy buat call ke rmh dn minta seseorg utk hantar IC  ke klia2 . Masa berjln dn hati makin cemas ... Adakah sy boleh ke KK utk pendaftaran atirah di UMS Labuan ???  Jika 7.30 mlm ic tak ada ... Sy tak boleh terbang ke KK . Bermakna sy perlu beli tiket yg baru ... 

Hati menunggu penuh debaran ..  beberapa kali ke kaunter tiket .. ke kaunter khidmat pelanggan utk urusan ke KK sekiranya terlepas flight . Jam 7.20 ptg .. Syukur Alhamdulillah  motor Anakku sampai bersama ic dn passport. Terima kasih anakku krn sanggup bersusah payah demi umi . Menempuh perjalanan yg jauh Sekinchan ke KLIA 2 .. 4 kali ulang alik  perjalanan . Alhamdulillah selamat perjlnnmu anakku . Oleh kerana flight deley ... Mlm itu  sy dpt terbang bersama anak dn suami dan kami selamat tiba di KK . . Syukur Ya Allah .. Inilah hikmah flight deley . 
Musafir hari ke 2 .. menuju destinasi. Seawal  pagi  kami ambil teksi utk ke feri Jeselton . Mungkin krn cuti menyebabkan org terlalu ramai di Feri Jeselton Kota Kinabalu utk ke destinasi masing2. Dari KK ke Labuan hanya 2 feri dlm sehari iaitu pd jam 8.00 pagi dan 1.30 petang . Kami tak dpt tiket Feri ke Labuan walaupun dtg seawal 7.30 pagi dan ada feri tambahan !!. Akhirnya kami sewa kereta myvi (RM100 sehari ) utk ke Terminal feri Manumbuk sejauh 145 km dr KK.  Perjlnn ambil masa 2 jam 15 minit utk sampai ke Menumbuk.
Menuju ke Menumbuk .. jalan lengang 
Nak cari parking di Jeti Menumbuk

Di Terminal Feri Menumbuk ~ Kenderaan Myvi tak dpt dibawa ke Labuan krn feri sudah penuh kemudian  kami parking kereta ditempat yg disediakan dgn bayaran rm10 sahaja untuk 2 hari . Kami ambil tiket Feri Kemanis 1( Menumbuk ~ Labuan ) yg ambil masa hampir 1 jam perjlnn. Tiket feri RM2.50 seorg dan cukai RM2.00 . Masya Allah ..terpaksalah kami bawa bagasi yg banyak menaiki feri. Tetap bersyukur krn perjlnn kami selamat dan dpt tiket feri ke Labuan .  Masa tu keadaan di Terminal Feri Menumbuk sgt sesak dengan orang ramai .. tetapi di sini terdapat banyak feri dan speedbot menghala ke Labuan  berbanding di Terminal Feri  Jeselton.
Oleh kerana barisan sgt panjang di kaunter tiket speedboat .. naik feri la kita . 
Keadaan di dalam feri pun padat ....ramai yang tak dapat tempat duduk terpaksa duduk bersila atas lantai . Jika lapar atau dahaga, boleh beli makanan ringan di gerai jualan di dalam feri .
Feri Kimanis 1
Sampai di Labuan .. Sewa kereta wira  (RM60 ) untuk kegunaan sepanjang di sana . Inilah pengorbanan pd 12 Zulhijjah 1438H ... Masya Allah , Perjalanan yang jauh dan mencabar . Demi menyokong perjuangan jihad seorg anak... Ibubapa sanggup berkorban wang ,  masa dan tenaga . Umi sayang anak2 umi . Pagi keesokannya ... pendaftaran Atirah di UMS Labuan . Semoga anak umi berjaya mencapai impian .
Merasa naik feri ..
Menghampiri jeti Labuan
Sepetang di pantai Labuan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...