Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 21 September 2018

Jemaah Haji di Kompleks TH Sepang

Gambar2 ini adalah jemaah haji Malaysia yang telah pergi menunaikan haji tahun 2018 / 1439H. Catatan ini mungkin dapat memberi gambaran kepada bakal2 jemaah haji bgm proses atau urusan ketika di Kompleks TH Sepang dan balai berlepas KLIA. Perkhidmatan TH dalam menguruskan jemaah memang terbaik dan dpt pujian dari jemaah haji... Tahniah TH
Hotel Movenpick Sepang
Pemandangan pokok kurma waktu makam 
Kompleks TH Sepang 
Bagasi 500 jemaah haji ... tersusun dan teratur . Stiker berwarna dan bernombor dilekat pada bagasi dan lencana jemaah bagi memudahkan jemaah mencari bagasi masing2 untuk urusan Serahan Dan Timbang Bagasi . Bagasi juga telah dilekatkan dgn stiker perumahan .
Jemaah menunggu giliran untuk Serahan Dan Timbang Bagasi
Apabila jemaah dipanggil masuk ke dalam kompleks TH , jemaah perlu menunjukkan buku kesihatan kepada petugas TH, Seterusnya ambil passport dan bording pass di kaunter . Jemaah seterusnya cari bagasi sendiri dan bawa ke Kaunter Bagasi untuk Serahan Dan Timbang Bagasi

Jemaah haji mencari bagasi masing2 dibantu petugas2 TH 

Sebenarnya .... Bagasi akan diserahkan kepada petugas TH lebih awal ( sebelum jemaah dipanggil masuk ke dalam kompleks ) . Sebelum diserah kepada petugas ..... Bagasi perlu dilekatkan dengan stiker perumahan . Jemaah haji dinasihatkan datang lebih awal 3 jam sebelum melapor diri ( Rujuk Surat Penerbangan Jemaah ) Datang awal untuk ambil barang2 kelengkapan seperti lencana haji, gelang, stiker perumahan dan beg galas ( Semua urusan ini untuk jemaah haji muassasah )

Jemaah menunggu giliran untuk scan diri dan hand luggage

Kena buka tali pinggang, jam tangan  dan telefon . Cecair melebihi 100ml tidak dibenarkan (perlu dimasukkan ke dalam bagasi besar)  . Ubat gigi, gunting, pengetip kuku, extension wayar perlu masuk bagasi besar . Powerbank 20mAh ke bawah sahaja yang dibenarkan dan dimasukkan dalam beg galas . Maaf ...Botol air minuman tidak dibenarkan ye.

Seterusnya jemaah akan melalui imbasan 10 jari

Sabar menunggu
Di luar dewan ... ada cafe untuk menjamu selera . Jemaah yang daftar tengah malam .. cafe dah tutup tau .
Jemaah haji mendengar taklimat dari PEKTA / guru Agama dan taklimat dari pegawai TH
Jemaah ini  akan terus ke Madinah ... 8 hari di sana , mereka akan bergerak pula ke Mekah . Miqat umrah mereka adalah di Zulhulaifah .
Jemaah ini telah berpakaian ihram ... mereka akan terus ke Jeddah 
Kaunter Tabung haji ...memudahkan jemaah untuk menyimpan duit malaysia, membayar dam dan qurban . Satu lagi kaunter untuk pertukaran wang riyal . Tak perlu bawa duit Malaysia dengan banyak ..lebih mudah keluarkan duit dari kaunter TH ketika di Tanah Suci ..terus dapat riyal .
Mndengar taklimat
jemaah sudah berpakaian ihram ...
Jemaah lelaki ..pastikan pakai selipar atau kasut yang menampakkan kesemua jari kaki .
Tiada lagi memakai pakaian yang berjahit !! kena ingat tu .
selesai taklimat , Bacaan doa oleh jemaah/ guru agama . .. memohon keampunan , keselamatan dan Rahmat Allah . Kemudian laungan azan oleh jemaah  ... jemaah akan digerakkan mengikut barisan kerusi  menuju bas untuk dibawa ke KLIA
wajah2 gembira menuju Baitullah
sebelum menaiki bas , jemaah sekali lagi perlu menunjukan passport mereka kepada petugas TH
Petugas TH terus membantu jemaah bagi melancarkan urusan perjalanan . Bas akan diiring oleh polis trafik hingga ke KLIA. Semua kenderaan awam akan dihentikan bagi memberi laluan kepada  bas2 jemaah haji... terasa pulak macam VVIP kan .
Apabila sampai di KLIA ... jemaah terus dibawa ke balai berlepas untuk urusan Imigresen Saudi . Sekali lagi akan melalui Imbasan diri dan hand luggage ..
Jemaah dinasihatkan agar membawa sedikit makanan seperti roti dan biskut agar tidak kelaparan sewaktu urusan perjalanan . Ia jadi sangat perlu terutama jemaah yang akan makan ubat seperti ubat darah tinggi atau ubat2 yang lain . Memang kesian bila melihat ada jemaah yang kelaparan sementara menunggu flight . Kebanyakan jemaah haji pula terdiri dari mereka yang berumur 50an ke atas .
Jemaah sudah berpakaian ihram ... mereka terus ke Mekah . 
Jemaah yang melakukan Haji Tamattok akan berniat ihram Umrah di Qarnul Manazil . Jemaah yang menunaikan Haji Ifrad akan terus berniat haji ketika di miqat Qarnul Manazil . 
Haji Ifrad biasanya dilakukan oleh jemaah haji yang dapat penerbangan akhir . ( 10 hari sebelum wukuf ) 
Ruang menunggu di Balai Berlepas KLIA .. Jemaah akan turun di Jeddah terus ke Mekah
Pergiku sebagai dhyuffurrahman , kembaliku dengan kemabruran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...