Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Isnin, 22 September 2014

Krisis di Yaman

Didoakan agar semua pelajar Malaysia di Yaman dalam keadaan selamat. Pergolakan yang berlaku di Yaman memberi kesan kepada mereka. Tersebar berita mengenai keadaan mereka di Yaman ..  pray4Yaman

Berita terkini konflik pelajar Malaysia di Yaman pada september 2014. Menerusi kenyataan rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) pada 19 September 2014, republik Yaman sekali lagi dilanda pergolakan apabila berlaku peperangan antara pasukan pemberontak Houthi Syiah dengan tentera kerajaan Yaman. Justeru, pelajar Malaysia yang menuntut di salah sebuah Universiti di Sanaa Yaman turut terkena tempias akibat pergolakan tersebut. Berdasarkan maklumat terkini pada 21 September
Sumber: Berita Terkini Konflik Pelajar Malaysia Di Yaman 2014 | melvister.com
 
Ini pula info dari fb Persatuan Pelajar Malaysia Yaman ..
1. Pagi khamis (18.9.2014) - Bermula dgn Bukit Syamlan, kemudian serangan mula merebak ke sekitar kawasan Jalan 30 & Jamiah Iman.

Melalui pelajar² yang terperangkap sebelum ni, memaklumkan senjata yg digunakan ialah Ak-47, RPG, Sniper, Machine gun anti pesawat & kereta kebal.

Sehingga kini, pergolakan mula merebak ke kawasan² lain. 4 kawasan telah diisytiharkan perintah berkurung dari jam 9.00 malam - 6.00 pagi. Kawasan tersebut ialah : Mazbah, Syamlan, Zahban & Dola'.

Kebanyakan kedai & supermarket tidak beroperasi seperti biasa. Jalan utama lengang dan banyak sekatan mula dijalankan oleh askar.

Melalui media akhbar tempatan melaporkan bahawa Perdana Menteri Yaman telah meletakkan jawatan. Dan beberapa institusi pengajian dikuasai oleh pemberontak Houthi.

2. Arahan berpindah telah dikeluarkan oleh pihak persatuan melihat keadaan ketika itu agak 'panas' dgn serangan berbalas tembakan disekitar kawasan tempat tinggal pelajar. 

Keadaan pelajar buat masa ini semua selamat. Sebahagian kecil mengalami masalah kesihatan seperti demam, cirit birit dan selsema. Manakala sebahagian wanita pula sedang hamil bermasalah jika pemindahan kerap berlaku. Setakat ni sudah 3 kali pelajar² dipindahkan :

1. Dari kediaman pelajar dipindahkan ke Muassasah Darul Quran Kareem Malaysia Yemen 
2 Berpindah dari Muassasah Darul Quran Kareem Malaysia Yemen ke Pejabat Kedutaan
3. Perpindahan ketiga dari Pejabat Kedutaan ke penempatan sementara.

Kebanyakan pelajar tidak sempat membawa keperluan / mengeluarkan wang.

Ini memaksa pihak persatuan berusaha mendapat sumbangan bagi menampung keperluan kos harian pelajar selain kutipan dikalangan pelajar.

Sila baca pandangan Dr Kamaruzaman ( Presiden AFMY )

Kenyataan Media | ASIAN FEDERATION OF MUSLIM YOUTH GESA KEMBALIKAN KESTABILAN DI YAMAN

AFMY melahirkan kebimbangan terhadap pergolakan dan ketidakstabilan yang mulai berlaku di Yaman. Terbaru, serangan dan pertempuran diantara askar dan puak pemberontak Syiah Houthi di Universiti Al-Iman, Sana'a memberikan isyarat bahawa krisis ini semakin merebak jika tiada penyelesaian segera. 

Yaman merupakan sebuah negara republik yang terletak di pinggir Barat Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia). Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab (jarak 1458 km) dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur, (288 km) dan Laut Merah di sebelah barat dan mempunyai anggaran populasi penduduk sebanyak kira-kira 13 juta orang.

AFMY berpandangan ketidakstabilan mutakhir ini di Yaman kerana 4 faktor utama iaitu;

1] Cubaan penguasaan kuasa besar Amerika Syarikat kerana kedudukan geografi Yaman yang strategik.

Yaman secara umumnya mempunyai Selat dikenali 'Bab Al Mandab' dan selat ini menghubungkan Laut Merah dan Teluk Aden. Bab Al Mandab ini mempunyai kedudukan yang paling strategik iaitu sebuah kawasan laluan perkapalan yang paling aktif di dunia. 

Republik Yaman mempunyai 120 buah pulau, kebanyakannya di Laut Merah. Di antaranya ialah Socotra yang terletak di Lautan Hindi, Perim yang terletak di Bab Al Mandab dan Kamaran yang terletak di Laut Merah. 

2] Perbezaan aliran mazhab

Pertembungan diantara perbezaan aliran mazhab Sunni dan Syiah Zaidiyyah yang dikenali sebagai 'Houthi' memberikan kesan terhadap konflik di Yaman. Ini ekoran, pemimpin mereka iaitu Abdel Malek al-Huthi telah memberontak pada tahun 2004 terhadap pemerintah Yaman iaitu Presiden Ali Abdullah Saleh dan menuduh beliau telah meminggirkan komuniti Syiah secara politik dan ekonomi. Maka kekacauan lebih tertonjol berlaku mulai tahun 2011.

Seperti sedia maklum, Syiah Zaidiyah adalah antara mazhab Syiah yang paling hampir dengan mazhab Syafi'e dan tiada permasalahan di peringkat awal namun disebabkan tindakan Iran yang mempengaruhi Syiah Zaidiyyah di Yaman, maka konflik dan masalah mulai timbul.

Ini juga ekoran insiden pertumpahan darah di Dammaj pada tahun 2013 yang lepas dalam penguasaan masjid-masjid di antara kedua-dua aliran mazhab tersebut.

3] Ketokohan pemimpin Parti Islah dan pengasas Universiti Al-Iman, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani.

Ketokohan dan keilmuan yang ada pada Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dalam menggerakkan sistem pendidikan Islam di Yaman menyebabkan ada pihak yang berusaha untuk menjatuhkan dan mengugat pengaruh beliau.

Peranan ulamak Yaman, Syeikh Abdul Majid dalam mengasas Universiti Al-Iman, Sana'a yang kini musnah akibat diserang oleh pemberontak Syiah Houthi menunjukkan petanda bahawa ada penentangan terhadap Syeikh Abdul Majid yang sebelum ini lantang terhadap Iran. Ulamak Yaman tersebut mendakwa Iran merupakan punca dalam mempengaruhi Syiah Zaidiyyah di Yaman maka sejak itu masalah dan konflik mulai timbul.

4] Penentangan Gerakan Al-Qaeda terhadap pemberontak Syiah Houthi

Semenjak berlakunya pertempuran dan pertumpahan darah berlaku yang mengorbankan kira-kira seratus nyawa ke atas sebuah sekolah Salafi di Dammaj oleh kelompok militan Syiah Zaidiyyah iaitu Houthi pada tahun 2013 maka gerakan Al-Qaeda telah memberi ancaman berterusan kepada pemberontak Syiah Houthi.

Gerakan Al-Qaeda telah bersumpah untuk melancarkan serangan menuntut bela ke atas serangan yang telah dilakukan oleh Syiah Houthi di Dammaj sebelum daripada itu. Maka berlaku pertempuran diantara gerakan Al-Qaeda dan pemberontak Syiah Houthi dan pertempuran ini mengorbankan angka korban yang tinggi.

Selaras dengan gagasan AFMY untuk membawa mesej persaudaraan dan keharmonian seperti yang dianjurkan Islam khususnya di Asia, maka AFMY menggesa agar kestabilan di Yaman dapat dikembalikan semula agar angka korban tidak terus meningkat dan segala perselisihan dapat diselesaikan melalui jalan damai dan gencatan senjata. 

Ini sangat penting bagi menghindari dan menutup ruang dan peluang campur tangan kuasa besar Barat yang sentiasa cuba mengambil kesempatan atas setiap krisis yang berlaku di negara-negara Asia Barat.

DR KAMARUZAMAN BIN YUSOFF
Presiden,
Asian Federation of Muslim Youth [AFMY]
21 September 2014

Jumaat, 19 September 2014

Resepi Ayam Masak Madu

Resepi Ayam Masak Madu

Anak-anak memang suka lauk ayam . Kalau boleh hari2 nak lauk ayam ... Jom cuba  ayam masak madu .
Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam dipotong kecil
2 sudu rempah kari
1 sudu serbuk kunyit
2" halia (ditumbuk)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
6 sudu besar cili yang siap diblend
1 biji bawang besar ( blend)
5 sudu madu
1 sudu gula merah
3 susu tomato puree
1 biji buah tomato ( blend )
1 biji bawang besar ( dipotong bulat )
garam secukup rasa

Bahan dihiris :-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia

Cara Memasak :
  1. Bersihkan ayam dan toskan . Gaulkan ayam bersama rempah kari, serbuk kunyit, halia, bawang merah , bawang putih dan garam. Perapkan ayam selama 2 jam atau lebih.
  2. Goreng ayam tapi jangan terlalu garing . 
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris , jika bahan perapan masih ada .... boleh tumis sekali. Masukkan cili serta bawang yang diblend ... tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, buah tomato,  gula merah, dan madu .. tambahkan sedikit air.
  5. Apabila kuah sudah mendidih masukkan ayam , perasakan garamnya. 
  6. Taburkan bawang besar dan tunggu hingga pecah minyak.
  7. Boleh angkat dan makan bersama nasi putih, nasi tomato atau nasi minyak. 
Ayam masak madu bersama nasi tomato

Nasi Tomato

Set Nasi Tomato untuk keluarga ... menyelerakan
Jom kita masak nasi tomato. Boleh la  dihidang untuk keluarga juga buat tetamu yang datang.... Jika kita selalu masak nasi arab, nasi daging .... kali nie , masak la pula nasi tomato.  Mereka pasti puas hati dengan hidangan nie... ( bagi yang suka )
Kari kambing ....

 Acar Timun 
 Nasi Tomato
Bahan-bahan untuk Nasi Tomato ( 4-5 orang )
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air
1 biji buah tomato ( Potong kecil )
1 kuntum bunga lawang
2" kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar ( potong kecil )
3 sudu besar tomato puree
Garam secukup rasa
Sedikit minyak jagung untuk menumis

Bahan untuk dihiris :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1" halia

Cara memasaknya :
  • Bersihkan beras dan rendam beras selama 30 minit. Beras jenis nie perlu direndam dahulu sebelum dimasak. Setelah direndam toskan beras.
  • Panaskan  minyak , tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis 1-2 minit. Kemudian masukkan bahan yang dihiris bersama hirisan bawang besar dan tumis hingga naik bau. 
  • Masukkan buah tomato , tomato puree ... masak hingga layu.
  • Masukkan air , kemudian masukkan beras , garam dan gaul rata. Biarkan nasi masak dengan sempurna.
  • Setelah nasi masak, bolehla diangkat dan dihias dengan taburan  bawang goreng dan daun sup .
Hidangkan nasi tomato bersama kari daging, acar timun dan ayam masak madu.  

Ayam masak madu ...
Selamat Mencuba...

Khamis, 4 September 2014

Nasi Goreng Seafood

Hari tu saya tercari-cari resepi nasi goreng seafood yang best. Dalam menggoogle ..... bermacam-macam resepi yang diperolehi dan akhirnya saya mencuba resepi ini. Wow.... ternyata disukai oleh anak2. Dah semakin kerap memasaknya ... 

Nasi Goreng Seafood
( Resepi asal dari blog kisah kita )

Bahan-bahannya :
3-4 mangkok nasi putih
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )

4 ulas bawang merah ( ditumbuk )
Sedikit sawi ( dipotong )
5-6 ekor udang
4-5 ekor sotong ( dipotong bulat )
2 sudu cili giling
2 sudu sambal belacan ( guna sambal belacan adabi )
1 sudu sos tiram
3-4 biji cili padi ( dipotong ) 
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang untuk hiasan

Caranya :
  • Tumiskan bawang hingga naik bau.
  • Masukkan cili giling, sambal belacan dan cili padi ...tumis seketika
  • Masukkan sos tiram dan kacau lagi
  • Masukkan sotong dan udang , masak seketika
  • Masukkan garam , sayur dan akhir sekali masukkan nasi dan gaul rata
  • Angkat nasi dan boleh serikan dengan daun sup serta timun.

Air Kathira

Terlalu kerap saya membuat air kathira  kerana seisi rumah menggemarinya. Malah tetamu yang datang juga sering bertanyakan bagaimana untuk menyediakannya. Saya kongsikan di sini cara penyediaannya.

Bahan-bahannya :

3 Liter air
3 kg gula pasir
1 botol kecil Sunquick ( Oren )
1 botol esen Epal ( Hijau )
1 botol esen pisang

Cara membuatnya :

  • Masak air bersama gula hingga gula cair dan mendidih 
  • Masukkan Sunquick , kemudian masukkan esen Epal ( Hijau ) .... gaul sebati
  • Tutup api 
  • Barulah masukkan esen pisang dan kacau rata.
Ok dah siap pati air kathira !!  
Bila nak minum .... ambil sedikit pati air kathira campurkan dengan air  serta masukkan air batu/ kiub ais . 
Saya ajar kakak saya cara membuatnya..... sangat laris apabila dia  menjualnya di kedai makan.
Selamat Mencuba

Honey Dew Koktail Special

Setiap kali ada program baraan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri .... pastinya Honey Dew Koktail menjadi menu wajib buat anak2.  Bukan sekadar  anak2 suka... malah kawan2 mereka juga menyukainya. Jom kita cuba membuatnya...
Bahan-bahannya :
1 biji honey dew
1 cawan sagu
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin longan/laici
1 tin nenas
1 paket nata ( isi sahaja )

Cara-caranya :
1  Basuh sagu dan toskan
2  Didihkan 5 cawan air
3  Masukkan 3 sudu gula ( ikut suka )
4  Titiskan pewarna hijau yang dibenarkan
5  Setelah air mendidih , masukkan sagu dan kacau hingga masak
6  Sejukkan
7  Blend honey dew bersama susu cair
8  Campurkan bahan yang dikisar ke dalam sagu tadi
9  Masukkan buah-buahan dan susu pekat
10 Campurkan ketulan ais sebelum dimakan.
Anda mesti cuba honey dew koktail special nie..

 Selamat Mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...