Assalamualaikum wbt...
Tanaman pokok bunga dengan pelbagai warna dan bentuk dapat menambah seri laman kita. Menanam pokok bunga dan tumbuhan lain mewujudkan suasana yang nyaman, menyejukkan serta meredupkan laman , menenangkan dan menyegarkan.
Kami menjadikan aktiviti berkebun ini sebagai hobi. Waktu terluang akan digunakan untuk berkebun . ... mencantas pokok, menyangkul, membersih laman , menyiram dan sebagainya, dapat mengeluarkan peluh seterusnya dapat menyihatkan tubuh badan.
Melihat kehijauan tanaman dan bunga2 yang cantik dapat menenangkan fikiran . Haruman dari pokok bunga .... menyegarkan laman dan ia sebagai pewangi semula jadi. Bila waktu malam .... baunya lebih kuat berbanding waktu siang.
Bila dah banyak pokok bunga .... pasti kerjanya banyak juga kan.
Jom kita layan bunga2 ini...
Pokok Pinang Raja
Halia Bara
Pokok Tenggek Burung
Heliconia
Koleksi Orkid
Pokok Bunga Garlic Vine adalah dari family Bignoniaceae. Sejenis pokok yang memanjat
Pokok Bunga Kertas atau Bougainvillea
Bunga sebagai penyeri laman
Melihat bunga membawa kedamaian dan kegembiraan