Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 20 Disember 2013

Jom Kita Tanam

Assalamualaikum .....

Jom kita tanam apa yang kita makan di sekeliling rumah terutamanya yang ada kawasan untuk bercucuk tanam. Jika tiada kawasan ... boleh tanam dalam pasu atau poly bag .Jika duduk kampung macam saya boleh tanam macam2 sebab kawasan agak luas. Itulah keistimewaan buat mereka yang tinggal di kampung. 

Banyak kelebihan bagi mereka yang suka bercucuk tanam ....

Bercucuk tanam dapat menjimatkan perbelanjaan dapur dan kita dapat menikmati hasil tanaman sendiri yang segar lagi berkhasiat . Hasil tanaman yang kita tanam bebas dari bahan kimia/ racun berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Dengan berkebun .... ia dapat mengeluarkan peluh seterusnya dapat menyihatkan tubuh badan kita. 

Tanaman yang subur menghijau menjadi lanskap yang cantik di rumah kita. Tapi jika tidak diurus dengan baik .... ia boleh menyemakkan mata.

 Aktiviti bercucuk tanam dapat mengisi masa lapang atau waktu terluang seterusnya menjadi hobi keluarga.  Apabila aktiviti ini dilakukan bersama keluarga  .... kita dapat meluangkan waktu kualiti bersama mereka seterusnya mengeratkan hubungan kekeluargan ...In sya Allah



Tanam kencur



Pokok limau kasturi


Pisang Berangan dan serai

Pokok bunga kantan


Pokok Salak


Pokok pandan yang mudah ditanam


Kecil2 cili api .... sangat pedas


Pokok kacang botol ... buahnya dah kena kutip buat ulam

Pokok cili besar / cili hijau


Pokok limau purut ... 


Daun Kari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...