Assalamualaikum semua ...
Cuti sekolah akhir tahun tinggal beberapa hari lagi. Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Pinang. Tahun 2013 sudah dua kali percutian kami ke Pulau Pinang. Kali pertama pada bulan Mac yang lalu. Perjalanan kali ini memakan masa yang agak lama ..... jalan jem beberapa kali di lebuhraya disebabkan berlaku 2 kemalangan dan bahu jalan yang sedang dibaiki.
Setiap hentian sebelah dan RnR penuh dengan kenderaan. .... nak parking pandai2 la cari tempat ... membuktikan bahawa ramainya orang yang menuju ke utara tanah air. Nak masuk tol Juru ... sudah berbaris sejauh 9 km . Kenderaan terlalu banyak dan jem hampir keseluruhan jalan di pulau ini. Sabarr aje lah....
Masuk ke Tol Jambatan Pulau Pinang
Sampai di Tanjung Tokong... kami menginap di Palm Court, Sri Tanjung Pinang. Alhamdulillah syukur kerana kami sampai dengan selamat . Dan sekarang waktu untuk merehatkan diri.
Penginapan yang selesa. Terima kasih Pn Zai kerana sudi menerima kami sebagai tetamu di Homestay Damai.
Oleh kerana cuti sekolah ..... maka penginapan agak sukar untuk diperolehi. Kebanyakan tempat penginapan telah penuh. Untuk mengelakkan kesukaran , maka tempahan tempat penginapan perlu di buat lebih awal.
Hari pertama di Pulau Pinang ..... kami hanya ke night market Batu Feringgi.
Masya Allah .... jem lagi untuk ke Batu Feringgi .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan